in

Pushing Daisies

Pushing Daisies (Musim Ke-2)

Tarikh Siaran: 15 September 2009, Selasa
Masa: 9.30malam
13 Episod

Pelakon:  Lee Pace, Anna Friel, Chi McBride, Kristin Chenoweth, Swoosie Kurtz

Pushing Daisies kembali untuk musim ke-2 September ini hanya di 8TV. Tayangan perdana bagi  Pushing Daisies bermula 15 September, jam 9.30 malam. 

Mendapat  12 pencalonan dari Anugerah berprestij Emmy® bagi musim pertama, Pushing Daisies  mempunyai beberapa elemen menarik  seperti kisah cinta, jenayah dan juga fantasi.

 Kombinasi nama besar di sebalik Pushing Daisies  Bryan Fuller, merupakan calon Anugerah Emmy® (yang juga mengarahkan drama bersiri “Heroes”) dan pemenang di Anugerah Emmy® – Barry Sonnenfeld (“Men in Black”), menghidangkan penonton dengan cerita dongeng yang berlatarkan forensik. Pushing Daisies ini dibintangi oleh Lee Pace sebagai Ned  seorang lelaki yang mempunya kuasa ajaib yang merupakan calon Anugerah Emmy® dan Golden Globe® . Selain dari Lee Pace, siri ini dibintangi  oleh  calon  Golden Globe®  Anna Friel, Chi McBride, Ellen Greene, Jim Dale, Swoosie Kurtz  dan Kristin Chenoweth.

“Kerana respons penonton yang memberangsangkan, kami dengan bangganya membawa  Pushing Daisies musim kedua”, kata Pengurus Besar 8TV Lam Swee Kim.

“Saya menyukai siri ini kerana ia unik dan menarik”, komen Kim.

Di musim pertama siri ini mengisahkan mengenai penceritaan kehidupan Ned di zaman kecil (dilakonkan oleh Cate) dan dicerita oleh watak Dale.  Ned mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghidupkan orang mati dengan hanya satu sentuhan.Akan tetapi dia mendapat tahu bahawa setiap sentuhannya itu ada balasannya.  Ned mempelajari  selok- belok sebagai budak ajaib bagi mengelakkan perkara buruk dari  berlaku.

Dengan sentuhan pertama,ia dapat menghidupkan seseorang, sentuhan kedua menamatkan riwayat seseorang dan peraturan terakhir ialah sesuatu perlu mati  sekiranya seseorang itu hidup melebihi seminit.

Apabila dewasa, Ned bekerja sebagai pembuat pai.  Beliau juga menggunakan kuasa ajaibnya kearah yang betul dengan menolong penyiasat peribadi yang bernama Emerson Cod (lakonan McBride) bagi menyelesaikan masalah pembunuhan.

Di musim kedua pula, Pushing Daisies memaparkan kesinambungan hubungan Ned dan Chuck (lakonan Anna Friel) yang mula berubah kerana Chuck berpindah keluar dari pangsapuri Ned bagi membolehkan dia belajar berdikari .

Olive Snook (lakonan Chenoweth),  pelayan di Ned’s Pie Hole menyimpan 1001  rahsia. Olive semakin merasa tertekan kerana menyimpan rahsia Chuck.  Manakala Makcik Lily yang merupakan seorang kaki minum, mengambil keputusan untuk tinggal di konvenant.

Vivian (lakonan Greene), makcik kepada Chuck, menumbuhkan pasukan Darling Mermaid Darlings bagi memberi semangat kepada Lily. Kehilangan Dwight Dixon seorang rakan lama kepada ayah Ned dan Chuck. secara tiba-tiba akan menimbulkan masalah kepada semua .  Apakah kesudahan musim kedua ini? 

Jadi jangan lepaskan peluang anda menonton Pushing Daisies bermula  dari 15
September 2009 pukul 9.30 malam hanya di 8TV .

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda! Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Tema Drama Nur Kasih

Gambar Azwan Ali Buat Umrah Di Mekah