in ,

Pusara P.Ramlee & Saloma Siap Dibaiki Semula

Pada pagi tadi, telah berlangsung majlis bacaan tahlil dan peletakan batu nisan baru, di tanah perkuburan pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma di  Jalan Ampang. Pusara kedua pasangan seniman ini menjadi kontroversi kerana nilai baik-pulihnya mencecah nilai RM23,000 siap dibina.

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan berkata, pembinaan semula pusara yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu itu hanya merangkumi baik pulihnya kepada bentuk asal dan tidak lebih daripada itu.

pramlee2new

“Kos tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia adalah perbelanjaan membaiki dua pusara dan kita hanya baikinya dalam bentuk yang sama seperti dahulu cuma mungkin harga dulu dan kini berbeza. Bagaimanapun pihak Astro turut menghulurkan bantuan dengan menampung separuh daripada kos perbelanjaan tersebut.”

Hadir sama Datuk Aznil Nawawi, Datuk Mustafa Maarof dan Mariani. Tambahnya, biarpun kos tersebut dipertikaikan dan dianggap terlalu mahal namun ia sebenarnya sesuatu yang sangat bernilai dan perlu diberi pembelaan yang sewajarnya.

“Pada saya ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara pusara ini dengan baik dan menjadikan ia sebagai kenangan kepada legenda yang perlu diingati oleh semua rakyat negara ini. Majlis tahlil seperti ini akan dijadikan acara tahunan bagi memperingati seniman dan seniwati legenda kita. Selain itu pihak Finas mempunyai beberapa rancangan lain untuk anak seni yang telah meninggal dunia.”

pramleeNew

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu bagi menanggung separuh kos pembinaan semula pusara tersebut sebagai salah satu tanggungjawab sosial terutamanya kepada industri seni.

“Astro terpanggil untuk tampil membantu kerana kami juga banyak menyiarkan filem-filem P.Ramlee dna bagi saya pembinaan semula ini bukan berlebih-lebihan dan daripada segi kos tersebut tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan jasa mereka kepada industri ini.”

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung manakala Saloma pula meninggal dunia pada 25 April 1983 akibat demam kuning. Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik Sonali Rumah Fesyen India Yang Unik

Benjy Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah