in

Punchline Maharaja Lawak Mega 2016 Makin Mantap?

GELANGGANG Maharaja Lawak Mega 2016 semakin panas. Rata-rata persembahan peserta semakin mengujakan dengan punchline dan jalan cerita yang lebih mantap. Antara peserta yang menonjol pada minggu lalu pastinya Reza Mukmin, Lol, Joras, SayWho dan Enjen yang mana masing-masing menerima 4 HA (HaHaHaHa) daripada pihak juri. Tahniah kepada mereka.

Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 1

Namun begitu, pada minggu lalu kumpulan Awok yang dianggotai oleh Filzah, Ain dan Ayie (Polis Evo) terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan yang lain selepas menerima purata undian yang paling rendah daripada pihak juri dan penonton.

Misi Lawak diteruskan dan minggu ketiga ini, demam Bollywood yang melanda negara kita akan dibawa ke gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016.

Bagaimana agaknya ejen-ejen lawak menyelesaikan tugas mereka berdasarkan tema Bollywood yang diberi? Sama-sama kita saksikan esok jam 10 malam ya!

Punchline Maharaja Lawak Mega 2016 Makin Mantap?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin Belum Sempat Masak Untuk Suami?

Vin Diesel Umumkan Jadual Tayangan Fast & Furious 9 & 10