• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Punca FINAS Ketepikan GAFIM dari FFM25

0
  • by Budiey
  • in Festival Filem Malaysia
  • — 27 Oct, 2012

Belum apa-apa lagi, penganjuran FFM25 dilanda kontroversi. Itu belum lagi majlis berlangsung. Finas dikatakan telah mengetepikan Gafim untuk turut serta berada dalam senarai nama penganjur FFM tahun ini. Pasti ada kes dan isu sehingga Gafim diketepikan dan digantikan dengan PFM.

Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) menggesa Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak untuk memperjelaskan punca persatuan gabungan itu diketepikan daripada menganjurkan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM) yang bakal diadakan pada 30 Disember depan.

Setiausaha Agung Gafim, Yusof Kelana berkata, pihaknya tertanya-tanya dan terkilan dengan tindakan Finas mengenepikan hak mereka untuk bersama-sama menganjurkan festival itu yang selama ini diberi mandat menganjurkan acara berprestij itu sejak tahun 1986.

Gafim

“Pihak Finas menerusi ketua pengarahnya memberitahu kami mengundurkan diri sebagai penganjur dalam sidang media yang mereka lakukan pada Isnin lalu dan kami tidak pernah berbuat demikian.

“Sebab itu kami mahu Naguib jelaskan mengapa Gafim disisihkan daripada penganjuran FFM 25 sedangkan penubuhan persatuan gabungan ini adalah untuk menganjurkan acara itu sejak sekian lama,” ujarnya pada sidang media Bantahan FFM 25 di sini pada Khamis.

Menjelaskan kedudukan sebenar, Yusof berkata, pada 12 Mac lalu pihaknya ada menghantar laporan mengenai penganjuran FFM 24 pada tahun lalu selepas diminta berbuat demikian oleh Finas.

Yusof Kelana
Yusof Kelana.

Kata Yusof, menerusi laporan itu, pihaknya telah melaporkan masalah dan perkara yang harus diperbetulkan untuk penganjuran akan datang dan sehingga kini menunggu maklum balas daripada pihak Finas.

“Dalam rumusan laporan berkenaan, Gafim ada menyebut jika masalah yang berbangkit tidak dapat diselesaikan pihak kami tidak mahu terlibat dalam penganjuran festival itu pada masa hadapan.

“Namun itu bukan bererti kita telah buat keputusan untuk menarik diri daripada FFM sebaliknya itu hanyalah rumusan dan kami inginkan maklum balas daripada Finas dan sehingga kini gagal,” ujarnya.

Tambah Yusof, pihak Gafim tidak pernah menghantar surat rasmi untuk menarik diri daripada penganjuran FFM sehingga ke saat ini kepada Finas.

Dalam pada itu, Yusof berkata, pihaknya bukan ingin menyalahkan Finas seratus peratus dalam kemelut ini dan meja perbincangan masih terbuka untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

“Tahun ini adalah jubli perak sambutan FFM yang ke-25 dan sebagai gabungan persatuan yang telah bersama-sama menjayakan festival itu sejak awal kemunculannya sudah pasti kami rasa terkilan apabila dilakukan begitu.

“Kami mohon Naguib menjawab persoalan kami dengan jawapan positif supaya masalah ini dapat diselesaikan tanpa banyak pertikaian,” katanya.

FFM 25 yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal diadakan pada 30 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada tahun ini, kira-kira 75 filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober ini layak dipertandingkan. Sumber Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: festival filem malaysiaFFM25finasGambar GafimGambar red karpet FFMmstar onlinePemenang FFM25pfmYusof Kelana

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story The Majestic Hotel Kuala Lumpur
  • Next story The Truth About Jennifer Lopez’s Workout and Diet Plan

ENTRI BERKAITAN

  • Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 23 21 Oct, 2010
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 27 Jul, 2007
  • Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25 2 Mar, 2013
  • Sidang Media Penyertaan Festival Filem Malaysia 21 17 Jul, 2008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.