in

PSY di Hari Belia 2013 Penganjur Perlu Bayar RM2.3 Juta 1 Lagu

PSY di Hari Belia Negara 2012? Penganjur Perlu Bayar RM2.3 Juta 1 Lagu

Anda semua masih ‘dibelit’ penangan Gangnam Style? Kalau ya, sama lah macam rakan sekerja kami, Shaik, Faizul dan Ida, mereka dah tahap kronik! Atas meja setiap sorang penuh dengan frame gambar PSY. Kami biarkan saja, asalkan mereka bertiga bahagia.

Okay, lupakan dulu tentang kisah ‘giler’ rakan sekerja kami kerana ada cerita yang lebih seronok untuk dikongsi.

PSY Oppa Gangnam Style

Menyaksikan persembahan rapper kelahiran Korea ni yang sukses mencipta fenomena seluruh dunia di mata kepala sendiri, pasti sesuatu yang sukar digambarkan bagaimanakah perasaannya. Bagi peminat, pasti lah seronok lagi teruja tak terkata.

Angan-angan itu mungkin akan jadi kenyataan kerana khabarnya ada satu pihak penganjur konsert di negara ini yang sedang bercadang-cadang nak menyunting PSY untuk membuat persembahan di sini. Dengarnya untuk projek Hari Belia 2013.

Bagaimanapun portal murai.com hari ini menyebut pihak pengurusan PSY di Korea memberikan sebut harga yang boleh buat penganjur yang nak membawa PSY ke sini tu, pitam. Kononnya untuk projek Hari Belia itu nanti, penganjur dengan rakannya mahu sangatlah si Psy ni perform Oppa Gangnam Style versi Malaysia.

Bayangkanlah untuk sebuah lagu saja pihak di sana meminta bayaran USD750,000. Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya adalah RM2,295,000. Tapi kalau, PSY hanya muncul lambai-lambai dengan peminat sambil menyanyi lagu Oppa Gangnam Style tapi tak menari dan harga yang dikenakan lebih kurang RM1,989,000. Hammboii…

Dan, bila dapat tahu saja betapa mahalnya bayaran yang dikenakan pihak pengurusan PSY hanya untuk mendapatkan dia menyanyi serta menarikan lagu Oppa Gangnam Style itu, pihak pengajur berkenaan terus senyap dan terkedu (kami pasti sesiapa pun pasti akan memberi reaksi sebegitu).

Tapi siapa tahu, mungkin pihak penganjur berjaya dapatkan penaja yang sanggup menaja PSY ke sini. Persoalannya ada ker yang sanggup? Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan yang dibuat. Mungkin juga penganjur tersebut sedang berusaha atau sedang fikirkan inisiatif lain. Lagipun ini baru desas desus.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Album Klangit di Budiey.com

Pakej Belayar Bersama Angkasawan Negara