Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee

Kepada pembaca yang telah pun menonton Teater Muzikal P. Ramlee, mungkin entri ini boleh mengimbas kembali ingatan anda tentang prop, lagu dan beberapa kesan khas yang digunakan sepanjang persembahan. 

1. Montaj hitam putih yang bergerak secara grafik bayang hitam putih. Kreatif untuk mencerminkan teater ini punya banyak ceritera dan rahsia tentang riwayat hidup P. Ramlee yang mahu disampaikan. Penggunaan font untuk huruf juga tidak dipandang remeh; ada nilai klasik tapi masih nampak bergaya.

2. Pentas yang menggambarkan suasana Pulau Pinang ketika lewat 30-an di mana ketika zaman kelahiran P.Ramlee. Lagu Penang Mambo (lirik oleh Adlin Aman Ramli dan lagu oleh Dick Lee) dinyanyikan beramai-ramai tampak begitu meriah. Kepelbagaian kaum, hidup rukun damai tanpa sengketa dan suasana harmoni berjaya disampaikan. Satu pembukaaan dengan irama yang meriah sekali. Mulanya Cinta, lagu kedua dinyanyikan oleh Budak Azizah menceritakan tentang perjalanan seni seorang seniman dapat dijejak dari kecil lagi. Minat dan semangat dengan seni dapat dikesan dari kecil hingga beliau dewasa.

3. Pentas kedua pula untuk babak pada malam pesta Bukit Mertajam pada tahun 1948 di mana P. Ramlee didatangi oleh seorang pengarah dari Malay Film Production yang kagum dengan kemerduan suara. Lalu dilamarnya untuk meneruskan bakatnya di Singapura. Saya suka dengan lagu Azizah yang dinyanyikan oleh Sean Ghazi. Susunan muzik pun sangat menawan pendengaran saya dengan alunan biola dari gambungan muzik orkestra di bawah pimpinan Pak Erwin Gutawa dan disusun oleh Dick Lee. Kemudian, lagu baru; Bertemu Che Ramlee dibawa oleh semua pelakon menceritakan saat manis di mana pertemuan antara dua insan; Azizah dan P. Ramlee. Untuk babak ini, Siti Nurhaliza menjadi penampilan khas dan ada beberapa dialog dari Siti Nurhaliza yang cukup mahal sekali pada saya. Azizah merupakan gadis sekampung yang menjadi sumber inspirasi bagi P. Ramlee melahirkan karya.

4. Pentas Taman Bunga, pada suatu malam di mana P. Ramlee berdating dengan Azizah. Lagu Mulanya Cinta dinyanyikan. Begitu berat hati P. Ramlee untuk berpisah dengan Azizah. Namun, Azizah merelakan perpisahan itu. Lagipun, hubungan cinta mereka tidak direstui oleh keluarga Azizah. Jadi, baik P. Ramlee mencari aweks yang lebih cun kat Singapura nanti, kan? Saya dapat merasakan kesedihan yang dirasai oleh pasangan ini dengan dialog-dialog yang disusun begitu cemerlang.

5. Babak di Stesen Keretapi Butterworth ke Singapura pada hari raya pertama; 1 Syawal di mana P. Ramlee dan Sukardi bertolak ke Singapura. Saya suka dengan prop keretapi yang digunakan sebenarnya boleh dipecahkan kepada dua bahagian. Penonton diberi gambaran jelas untuk babak dalam keretapi. Saat-saat perjalanan P Ramlee dan Sukardi ke Singapura digambarkan dengan latar suasana hari raya dengan tarian serta persembahan yang sangat simbolik. P. Ramlee berpisah dengan kekasih hatinya, Azizah.

6. Adegan antara P. Ramlee dan Sukardi lakonan Chedd EddieYusoff. Harapan mereka menggunung dengan sejuta impian untuk menjadi bintang terkenal.

7. Babak ketika P. Ramlee dan Sukardi mula-mula menjejakkan kakinya di Studio Jalan Ampas. Mereka disambut oleh B. S Rajhans. Di saat inilah bakat P Ramlee dikatakan bermula dan semakin menonjol dan dikagumi.

8. Studio rakaman; antara babak yang menampilkan Infinatez (tanpa lead vokal dari Daniel?) yang menjadi Paparazzi. Saya tidak berapa suka dengan lagu Lihatlah Dia yang dinyanyikan oleh Junaidah (Atilia) dan 4 perempuan. Saya tidak tahu sebab apa saya tak suka. Mungkin ada gangguan audio di mana saya tidak berapa dengar butiran lagu itu. Terganggu!

9. Babak di rumah teres di mana menjadi tempat para pelakon Jalan Ampas. Saya suka dengan babak ini kerana terdapat banyak komedi yang dapat mengelakkan saya daripada menjadi mengantuk. Ada 3 buah lagu disampaikan secara beramai-ramai dan solo oleh Junaidah iaitu Direnjis-renjis Dipilis (perkahwinan olok-olok antara P. Ramlee dan Junaidah), Paparazzi dan Janji Yang Hilang. Penonton diceritakan bagaimana Dharris yang begitu berminat untuk mengambil P. Ramlee sebagai menantunya. Paling kelakar bila melihat pelbagai usaha yang dirancang oleh Dharris untuk menarik perhatian P. Ramlee kepada Junaidah. Dan akhirnya, antara Junaidah dan Junainah; yang mana satu pilihan P Ramlee? Yea, dia memilih Junaidah yang sebenarnya seorang janda! Dan ironinya, mereka dinikahkan pada saat itu juga. Pantas sekali deh! Saat ini, paparazzi mula memainkan peranan mereka untuk mengorek rahsia dan gossip.

10. Prop paling saya suka sepanjang babak pertama ialah ketika babak di studio SB yang dilakar begitu ringkas namun tetap bergemerlap dengan lampu-lampu. Dalam babak ini diceritakan bahawa Junaidah sebenarnya makan hati, rasa tersisih lalu cemburu dengan populariti yang dilalui oleh P. Ramlee. Maka, perkahwinan mereka mulai bergolak. Dalam pada itu, P. Ramlee telah memikat hati Norizan (lakonan Melissa Saila) yang merupakan seorang kaya raya dari istana. Dan tanpa disedari, rasa cinta Norizan semakin mendalam kepada P. Ramlee sehingga sanggup meninggalkan kehidupan mewahnya di istana…

Maka berakhir babak pertama. Ruang antara intermission, saya keluar dari panggung untuk menikmati juadah yang disediakan. Lagu paling BEST bagi saya ialah Azizah dan Direnjis-renjis Dipilis.

Berikut adalah 3 prop yang terbaik bagi saya untuk babak pertama:

  1. Studio SB
  2. Babak di Stesen Keretapi Butterworth ke Singapura 
  3. Suasana Pulau Pinang ketika lewat 30-an

Ulasan prop dan sinopsis cerita sekitar babak kedua akan menyusul kemudian. Yang boleh saya ceritakan, sebenarnya dalam babak kedua terlalu banyak menimbulkan hype di mana banyak komedi yang menghiburkan, banyak adegan sedih yang boleh meruntun jiwa banyak propaganda menyerang hidup P. Ramlee dan banyak juga peristiwa mengembirakan dan mengemparkan. Tunggu entri yang seterusnya nanti ya!

Kepada yang sudah pun menonton, apa pendapat anda tentang keseluruhan teater ini? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen ya!

Rating: 4/5 bintang

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Atilia Dalam Theater P. Ramlee The Musical
  • Teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya Lakonan Musly Liza Hanim
  • Teater Muzikal P. Ramlee The Musical ditaja Berjaya Corporation Berhad
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Siti Nurhaliza Berlakon Watak Azizah Dalam Teater Remy… P Ramlee
  • Ulasan Teater Muzikal P Ramlee The Musical: Part 1
  • Teater Kanak-Kanak Aladdin Faizal Ismail & Erma Fatima di IB
  • Teater KLku… Kuala LumpurKu Arahan Fauziah Nawi



  • 7 Komen untuk entri “Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee”

    1. sukahati kata:

      dah menonton tetaer neh on the second day…..mmg best giler.

      the music mmg superb….give the emotion in each scene
      tarian pon best…..rase nk join skali menari :p
      nyanyian….of cos melissa saila tk beraper bagus….tp boleh dimaafkan….cos we know…she’s an actress…not a singer….tp lakonan die mmg meletopsss

      mmg nk tgk lg skali lahhh show neh…tp btol ker tiket sold out??

    2. syd kata:

      yeah..props yang best.^_^

    3. vangardx kata:

      huhu..boleh ke amek gambar dalam tu? amek gambar curi2 ek :p huhu

    4. Trojan kata:

      wah!!
      best nye!!
      tak de peluang nk tgk..

    5. P Ramlee The Musical besttt ^_^ « A Day in My Life kata:

      [...] Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee Ulasan Teater Muzikal P Ramlee The Musical: Part 1 [...]

    6. badiuzaman kata:

      dah tengok semalam…. 5 star peformance

      - muzik yg hebat
      - props yg mengkagumkan
      - lakonan mantap Liza Hanim, Melisa Saila

    7. ::xsydz[dot]com:: kata:

      [...] Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee Ulasan Teater Muzikal P Ramlee The Musical: Part 1 [...]

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET