Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Hans Isaac Rela Bawa Filem CUCI Masuk Hospital?



Jika pawagam atau kompleks membeli belah merupakan satu tempat kemestian jika pihak produksi ingin menjalankan promosi, tetapi bagi bekas kekasih Erra Fazira, Hans Isaac ingin mencari kelainan dalam mempromosikan filem sulung arahannya itu. Pengarah serta pelakon filem CUCI ini bercadang untuk mempromosikan filemnya di Hospital Seremban, bersempena filem terbarunya yang akan berada di pasaran pada 24 Januari nanti. Hans berhasrat ingin bersama-sama dengan mereka yang berada di hospital untuk menonton filem dan menambah kecerian kepada mereka.

Hans Isaac juga berharap, sebahagian kutipan dari filem CUCI ini akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang akan dipilih kelak. Ditanya oleh wartawan bagaimana dia mendapat idea sedemikian, dia menjawab, “Ada seorang pengarah dari India yang berbuat sedemikian, maka dia menjadi mentor saya dan saya rasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi balik apa yang telah didapati dari kutipan filem ini.”

Filem ‘CUCI’ arahan Hans Isaac merupakan hasil terbitan syarikat produksi beliau sendiri iaitu Tall Order Production dengan kerjasama Tune Entertainment dan mendapat tajaan dari Celcom.

Menjawab soalan wartawan berkaitan filem ‘CUCI’ ini cukup berbau Afdlin, Hans menjawab,

“Kami minat benda yang sama, genre filem yang sama, suka ketawa dengan babak lucu yang sama…”

Maka, tidak dapat tidak pengaruh Afdlin Shauki pasti melekat dalam filem arahannya. Namun, Hans tidak dapat menolak bahawa Afdlin banyak membantunya dari sudut teknikal dan menyelesaikan masalah ketika pengambaran dan Hans Isaac juga mengakui bahawa dia tidak pernah belajar berkaiatan filem bahkan tidak pernah membaca buku berkaitan perfileman.

Selain dari kesusahan dalam menghasilkan satu produksi yang baik, Hans mengakui bahawa kerja mengarah dan berlakon serentak buat pertama kalinya bukanlah sesuatu yang mudah. Dia sendiri akui, yang hampir tewas pada hari pertama pengambaran sehinggakan dia memanggil Rusdi ramli untuk mengantikan tempat lakonannya itu. Namun Rusdi Ramli menolak kerana tidak sanggup berlakon dengan Awie, Afdlin dan AC Mizal yang memang terkenal dengan ke’otai’an mereka dalam bidang lakonan.

Dalam pertemuan dengan Hans Isaac pada majlis pra tonton filem ‘CUCI’ baru-baru ini, dia mengakui bahawa filem ‘Cuci’ merupakan satu filem yang menarik dan penuh kelainan. Dia percaya yang filem ini akan berjaya apabila dipasarkan nanti. Hans juga ditanya, mengapa dia memilih kisah berkenaan pencuci tingkap, sedangkan banyak lagi tema yang boleh ditonjolkan, maka ianya memikirkan bahawa penonton sinema Malaysia masih belum mampu menerima cerita berkaitan sukan, kerana dia cukup minat dengan filem bergenre seperti itu, maka, pada anggapannya kegiatan pencuci-pencuci tingkap ini akan menjadi satu metafora kepada kegiatan sukan dalam filem.

Hans Isaac juga sedang dalam perancangan untuk mengarah dua buah filem dalam tahun ini iaitu Minah dan Ikan Laga yang akan membariskan pelakon-pelakon seperti Awie, Afdlin, AC Mizal dan Hans sendiri.

Filem pertama arahan Hans Isaac ini dibintangi oleh Awie, Afdlin, AC Mizal dan Hans sendiri dan dibantu oleh Umie Aida dan Erra Fazira. Filem yang menelan belanja sekitar RM1.5 juta ini akan mula ditayangkan pada 24hb Januari 2008 di pawagam berdekatan dengan anda.

[tags]filem cuci, gossip erra fazira, gambar erra fazira, gambar ning baizura kahwin, kutipan filem cuci, filem ikan laga, minah film[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!
  • Gambar Fara Fauzana, Tengku Tiara di Promosi Drama Gadis Cuci
  • Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat
  • Senarai Filem 2008
  • Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2



    • http://afham.blogmas.com afham

      seronok dapat bergantung cam tu kn?

    • pinkpanther

      go hans go!!! gd luck beb!!

    • kie jb

      i minat kat Han , Erra tapi Han Jangan belakun dalam watak jahat
      mcm dalam drama ” I D BEIJING ” terus hilang i punya minat UUuuu….
      Good Luck Han …

    • shubashalini

      hi,hans…newly admired on you after i watch (laila isabella)..good luck dear..take care….may god bless you always.

    • SPORTY

      Kenapalah Erra Fazira tak berlakon dalam teater CUCI THE MUZIKAL….Kalau Erra ada malam ni mesti dah pergi tengok….huhuhuhu…

    • zee

      ala sporty, u know and I know la nape Bangla tu xnak ambik Erra, kan??
      Hati bengkak lagi beb!!Vanida tu pun apa lagi, jump in lah! Dia kan dah masuk grup kumpulan jantan tu, adalah peluang masuk projek depa.Tak percaya??



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK