Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Promo: Album Nikki MAHARANI Re-Issue di Pasaran!

Pada 22 Mac (Khamis) yang lalu, satu majlis pelancaran album Nikki MAHARANI Re-issue telah diadakan. Team Sensasi Selebriti juga telah dijemput oleh Mr. Manager yang menjadi pengurus kepada Nikki. Saya ingin memohon maaf kepada Bro. Vernon kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.

Saya kira, pelancaran pakej album yang lebih trendy ini adalah satu langkah yang bagus untuk memberi pendedahan yang lebih meluas buat Nikki untuk lebih mengenengahkan bakatnya. Walaupun ini bukan album terbaru Nikki, namun susunan lagu yang lebih segar dengan adanya 2 video klip lagu ‘Caramu’ dan ‘Imaginasi’ sebagai bonus. Nikki kini tampil dengan gaya yang lebih urban, lebih matang dan lebih ceria seiring dengan trend masa kini dan usia mudanya.

Saya suka dengan konsep dan imej segar dan penuh ceria yang ditampilkan dari album ini. Kepada anda, jangan lupa untuk memilikinya sekarang! 

MAHARANI Re-Issue merangkumi keseluruhan konsep pop disamping mengetengahkan keunikan vokal dimiliki bintang Malaysian Idol, Nicolette Palikat atau lebih manja dengan panggilan Nikki.

Pada awalnya album ini diedarkan pada 28 November 2005 oleh NAR Records. Namun dengan azam serta rangka promosi yang baru album ini dihasilkan kembali supaya lebih segar dan menepati selera peminat melalui edaran Sony BMG. Album ini diedarkan semula pada 28 November 2006 dengan konsep kulit album dan susunan trek lagu yang baru beserta 2 buah klip video.

Album ini menampilkan kekuatan muzik tersendiri dengan pelbagai rentak balada juga rancak. Tidak keterlaluan jika dikatakan MAHARANI memberi nafas baru dan kelainan berbanding muzik pop sedia ada dalam industri muzik tempatan. Jika sebelum ini sebanyak 25 buah lagu dimuatkan, kini ia tampil dengan 21 buah lagu termasuk lagu bonus berjudul ‘Drama’ yang mana Ning Baizura menampilkan Nikki & Yanie menyanyi bersamanya.

Tidak terhadap pada itu, mutu dan kekuatan vokal dimiliki Nikki seperti yang diketahui umum turut diuji menerusi lagu pelbagai genre. Tidak hairanlah jika Nikki juga turut memeriahkan majlis-majlis Anugerah dengan persembahannya seperti Anugerah Planet Music 06 di Singapura lagu ‘Caramu’ dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 06 dengan lagu ‘Diamonds Are Forever’ di Genting Highlands. Single pertama penyanyi berbintang scorpio ini berjudul ‘Pinta’ membawa peminat muzik balada di buai dengan kemerduan suaranya. Malah selepas mendengarnya pasti pendengar setuju dengan pendapat mengatakan lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Lagu hit kedua pula berjudul ‘Caramu’ menampilkan Zahid sebagai rakan duet turut menjadi perhatian peminat apabila mereka tercalon bagi kategori Vokal Duo Pilihan Anugerah Era 06 dan Artis Duo/ Berkumpulan Popular ABPBH06. Lagu yang berentak Rap & Hio Hop ini benar-benar memberi impak kepada industri muzik tanahair. Selain itu, lagu ini juga layak hingga ke separuh separuh akhir Muzik-Muzik 06 bagi kategori Pop Rock dan mengungguli beberapa carta radio di seluruh tanahair.

‘Imaginasi’ merupakan single terbaru yang dijangka hit. Lagu ini adalah hasil ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nur Fatima. Lagu berentak balada yang membawa mesej imaginasi cinta ini diserikan dengan susunan muzik yang turut ‘menjiwai’ melodi lagu tersebut. Malalui lagu ini Nikki bijak mengawal vokalnya bagi memberikan sedikit kelainan dalam penyampaian dan pastinya akan diminati ramai kelak.

Bagi memantapkan lagi rangka promosi MAHARANI, 2 buah klip video telah pun disiapkan. Klip video tersebut adalah ‘Caramu’ dan ‘Imaginasi’. Yang istimewanya, kedua-dua klip video ini juga turut dimuatkan di dalam album ‘re-issue’ ini dimana tidak boleh didapati di dalam album sebelumnya.

Lagu bonus dan sebagai penghormatan buat tanah kelahirannya, Nikki turut mendendangkan sebuah lagu dalam bahasa ibundanya iaitu bahasa Dusun berjudul Sunudai Oku yang membawa maksud ‘Ucapkan Pada Ku’. Lagu ini yang bertahan sebagai juara selama 3 bulan di Sabah fm memberi satu kenangan indah dan penghargaan buatnya sebagai anak seni.

MAHARANI dijual dengan harga RM15.90 bagi kaset. Bakal peminat turut memperoleh bukan satu sebaliknya 11 lagu bonus menampilkan susunan semula (re-mixes) dan minus one serta 2 klip video asal dalam setiap pembelian CD hanya dengan harga RM29.90.

Kredit foto & artikel: http://mrmanager.blogspot.com

Tags: , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Launch Showcase Butterfingers di Planet Hollywood
  • DAPATKAN ALBUM AMRA DI PASARAN
  • Azriefaiz Pelakon Drama Ku Milikmu Buat Promo
  • Gambar Nikki, Mila, Sarimah, Mukhsin dan Hazami
  • Biography Rebellion, Lagu Premonition, Lupa & Jangan Datang Lagi
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Beli Album 2 DIVA - Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Fann Wong Bra Scenes Drama



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET