in

Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged di Konsert Radio Rosak

KoNseRt RadIo RoSaK untuk Tabung Gaza
Presale Ticket RM18, At door Ticket RM 25

Budiey BlogKoNseRt RadIo RoSaK untuk Tabung Gaza bakal diadakan pada 25 April 2009 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor anjuran Parlimen Johor Bahru dan Neo Worldwide Entertainment. Objektif utama program ini adalah untuk mengumpulkan dana untuk penduduk Palestin di Gaza melalui penjualan tiket dan sumbangan orang ramai.

Konsert ini melibatkan 10 band indie tempatan yang terdiri daripada Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged, The Rahman, dan Plague of Happiness. Semua band yang terlibat ini sebenarnya telah pun bersatu dalam satu album kompilasi yang berjudul ‘Permulaan Baru : Radio Rosak 2009’. Album yang telah siap sepenuhnya itu hanya akan diedarkan secara eksklusif di semua cawangan Gloria Jean’s Coffees bermula 2 April hadapan.

Konsert yang mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini bukan sahaja melibatkan persembahan nyanyian daripada band-band indie itu, tetapi ia juga membabitkan beberapa aktiviti menarik yang memberi banyak faedah dan maklumat kepada orang ramai.

Tiket-tiket boleh didapati www.neogendang.com pada harga RM18. Bagaimanapun, mereka yang membeli tiket pada hari konsert akan dikenakan harga RM25.

Tiket boleh dibeli di Outlet Gloria Jeans Coffee dapat air free beb!!

50 pembeli bertuah akan mendapat Tumble percuma..sms <nama>_radio_rosak ke 0193407070, hadiah ini untuk setiap pembeli yang ke-20 shj.. huhuh..

Bermula bulan April ini juga Gloria Jean’s Coffees akan memutarkan lagu-lagu indie di cawangan terpilih mereka iaitu The Curve, Bukit Bintang Plaza, Sunway Pyramid dan Plaza Angsana, Johor Bharu dari jam 2 petang hingga jam 4 petang setiap hari.

Satu album kompilasi yang menggabungkan band-band indie iaitu Album Kompilasi Radio Rosak 2009: Permulaan Baru dengan Edrie sebagai penerbit eksekutif akan dipasarkan mulai 2 April ini.

Album kompilasi yang berharga RM19.90 itu boleh didapati di semua cawangan Gloria Jeans Coffee yang juga penaja konsert itu.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ‘Permulaan Baru : Radio Rosak 2009’ ialah “Hingga Hujung Nyawa” (Projek Pistol), “Sampai Masa” (Cili), “Kontrak” (Zip Ziller), “Ruang Hati” (Auburn), “Indah Kabar” (Stereo Sakit) dan “Merdeka” (Radhi OAG).

Penaja Bersama: Gloria Jean’s Coffee, Forest’secret, MyFranchise

Majalah Rasmi: Konsert

Radio Rasmi: XFresh FM

Tiket juga boleh dibeli secara online di http://www.neogendang.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang RTM Suku Akhir 3

Diana Danielle, Alif dan Suki Dalam Project N.S