in

Program Variasi TV9 Sempena Aidilfitri 2011

VARIASI TV9

Apa Saja FBI Beraya – 30 & 31 Ogos, 11.00 malam

Apa Saja FBI kali ini akan berpuasa dan beraya di Indonesia. FBI akan menyelami kelainan berpuasa dan beraya di seberang. Pelbagai kisah lucu yang terjadi semasa FBI di sana dan FBI ditemani oleh artis jemputan Nidji. Saksikan gelagat lucu Faizal Ismail yang akan membuatkan anda tidak kering gusi!

Galaksi Raya 2011

Galaksi Raya 2011  – 2 September, 9.00 malam

Rakaman Galaksi Raya telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur yang mempunyai suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri yang terletak di situ. Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy telah menggamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka. Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tidak ketinggalan turut tampil mengendalikan program ini. Tarikan Galaksi Raya bukan sekadar itu, malah seperti kelazimannya dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi. Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

Ada Bran? – 4 September, 5.30 petang

Ada Bran? merupakan sebuah rancangan yang mencabar orang ramai yang ingin mendapatkan duit. Rancangan ini penuh dengan dengan aksi fizikal dan gelagat lucu peserta. Pengacara, Alif Satar, akan bertanya pada orang ramai secara rawak “Siapa yang ingin mendapat duit?”. Peserta akan dibawa ke  satu tempat  untuk diberitahu tugasan dan berapa harga tugasan tersebut. Selain orang ramai terdapat penampilan istimewa dari artis popular tanahair seperti Tomok, Faizal Tahir, Saiful Apek, Fizo Omar, Wan Sharmilla, Shahz Jaszle dan ramai lagi! Kepada yang berani menyahut cabaran pasti akan masyuk… dengan duit.

Ada Bran

Ada Bran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Kids TV9 Sempena Aidilfitri 2011

Senarai Program Raya di TV3 & TV9 2011