in

Program TV Menarik Sepanjang Jun di NTV7

MENARIK DAN LEBIH CERIA, JUN INI HANYA DI ntv7!

Pelajarilah pengertian isu pemanasan global, nilai-nilai kekeluargaan di samping merasakan sebuah pengembaraan yang menghiburkan bersama barisan rancangan seperti HOME, Little Princess, Bapak dan Parental Guidance di Saluran Ceria Anda.

Bersempena sambutan  “Hari Alam Sekitar Sedunia” pada 5 Jun ini, tiada apa yang lebih  bermakna dari memperkayakan ilmu kita mengenai isu kehangatan bumi melalui HOME, sebuah jurnal pengembaraan yang menyorot kepentingan untuk memelihara persekitaran. Diraikan di lebih 100 negara, dokumentari istimewa hasil ciptaan Yann Arthus Bertrand ini turut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat sedunia bagi bekerjasama demi menangani masalah yang turut melibatkan perubahan iklim yang mendadak, kesan pemanasan bumi yang membimbangkan di samping langkah untuk memelihara ekosistem.

Bertrand membawa penonton sebuah pengembaraan mengelilingi dunia, yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana, sebuah pandangan menyeluruh yang ternyata lain dari lain dan unik apabila Arthus memilih untuk memaparkan klip video dan gambar alam semesta yang akan mencetuskan pelbagai emosi.Jangan lupa tanggungjawab anda pada bumi dengan meraikan “Hari Alam Sekitar Sedunia” sambil menonton HOME. Menariknya, pada tarikh yang sama, rancangan ini turut akan dipertontonkan di semua stesen televisyen seluruh dunia termasuklah di Malaysia melalui ntv7, Jumaat, 5 Jun 2009, 10.00 pagi.  

HOME – Luc Besson Francois-Henri Pinault Yann Arthus-Bertrand

Untuk penonton muda atau mereka yang dewasa namun kekal muda di hati, The Little Princess tidak harus dipandang sebelah mata. Siri animasi menarik ini diilhamkan dari buku hasil tulisan Tony Ross yang laris dijual selain berjaya menggondol beberapa anugerah seperti Anugerah Cairo Golden (Filem TV Terbaik), Festival Filem Animasi Stuttgart (Siri Animasi Terbaik) serta Festival Antarabangsa Tehran Ke-Lima (Filem TV Terbaik).

The Little Princess merupakan sebuah program mencuit hati yang sarat dengan persoalan bagaimana dunia berfungsi. Kanak-kanak berpeluang mempelajari pelbagai perkara menarik mengenai bumi melalui kartun yang bukan sahaja menghiburkan, malah, diserikan dengan ilmu pengetahuan. Little Princess diarahkan oleh Edward Foster dan menggunakan suara pelawak Inggeris dan penulis novel terbaik, Julian Clary serta calon Anugerah BAFTA, Jane Horrocks. Saksikan The Little Princess, setiap Ahad mulai 7 Jun 2009, jam 9.30 pagi di ntv7!

Baharudin Haji Omar

Sejajar dengan sambutan Hari Bapa, penonton bakal dihidangkan dengan kisah menyayat hati Bapak, iaitu seorang bapa yang diuji dengan pelbagai dugaan tatkala dia perlu berkorban untuk anak-anaknya. Pak Hassan dikurniakan dua belas orang anak, dan memaksanya untuk bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka. Namun, mereka membesar sebagai individu-individu yang bongkak dan lebih parah, tiada sedikitpun rasa hormat pada Pak Hassan. Filem ini membuktikan kasih seorang bapa yang tidak boleh diganti dan betapa hinanya seorang anak yang memperkecilkan orang tuanya. Barisan pelakon hebat termasuklah Bell Ngasri, Baharuddin Omar, Naszeli Ngasri, Kismah Johar, Razali Hussin, Megat Petronas, Hasnah Hashim, dan Ozlyn Wati. Jangan lupa untuk menyaksikan paparan penuh emosi ini di Bapak, pada Ahad, 14 Jun 2009, 10.00 malam, di ntv7.
 
Sebuah lagi kisah yang mengutamakan nilai kekeluargaan dari Singapura menemui anda melalui sitkom Parental Guidance. James Seto dan Ling Toh terpaksa mengambil peranan sebagai penjaga kepada tiga orang kanak-kanak comel setelah abang James meninggal dunia.

Tentunya, kedua –dua individu yang mementingkan diri dan kurang matang ini keliru dan kaget dengan berita berkenaan memandangkan mereka tidak pernah kenal erti tangunggjawab apatah lagi menjadi ibu-bapa. Bersama-sama tiga anak saudaranya, James dan Ling Toh melalui suatu pengalaman baru di samping menjejaki identiti dan peranan masing – masing dan seterusnya memahami erti kasih-sayang sebuah keluarga dan kepentingan untuk menggalas sesebuah tanggungjawab itu. Pelakon terkenal Singapura Adrian Pang memainkan peranan sebagai James sementara pelakon wanita terkenal Hong Kong, Jessica Hester Hsuen sebagai Ling. Saksikan aksi penuh menggelikan hati bersama Parental Guidance setiap Rabu, 8.30 malam mulai 24 Jun, ntv7!

Serikan hari-hari anda pada bulan Jun ini dengan menghilangkan segala kerungsingan di hati apabila menonton barisan program menarik di ntv7!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Tusuk Kangkang Dengan Daun Nenas Gugur Anak?

Blood The Last Vampire