in

Program TV Media Prima Yang BEST Untuk 2010

Pelbagai Sajian Hebat Untuk 2010

Berita baik untuk jutaan penonton televisyen di seluruh Negara! Empat stesen televisyen di bawah naungan syarikat media konglomerat, Media Prima Berhad (MPB), TV3, ntv7, 8TV dan TV9 bakal menghangatkan sambutan tahun 2010 dengan pelbagai sajian rancangan menarik dan terbaik seperti yang akan diumumkan pada Majlis Pra-Tonton Rancangan Televisyen 2010 (MPB TVN 2010 Screenings) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL CC) pada akhir bulan ini. 

Rangkaian Televisyen Media Prima yang merangkumi TV3, yang menyambut ulangtahun Jubli Perak pada tahun ini terus kekal menjadi rangkaian televisyen terunggul negara termasuklah ntv7, 8TV dan TV9 sentiasa menjadi pilihan utama hiburan seisi keluarga. Oleh itu, sebagai langkah strategik, pelbagai rancangan yang menjanjikan paparan program-program yang lebih istimewa untuk segenap lapisan umur dan masyarakat disediakan untuk tahun 2010 bagi memenuhi bukan sahaja citarasa para penonton, malah juga para pengiklan dan pelanggan MPB.

MPB TVN 2010 Screenings, merupakan acara tahunan besar-besaran dan kali ini diadakan sebulan lebih awal bagi memastikan para pengiklan dan pelanggan MPB berpeluang untuk mengenalpasti barisan program-program televisyen yang baru dan juga siri-siri kegemaran penonton yang kembali dengan musim seterusnya sebelum tayangan bermula di tahun 2010. 

“Hanya tinggal 2 minggu sebelum hari yang dinantikan tiba dan segala persiapan dan persediaan yang dirancang oleh pihak penganjur kini sedang rancak dijalankan bagi memastikan segalanya bakal dilaksanakan mengikut prosedur dan memenuhi kehendak pelanggan MPB. Kami sentiasa berusaha meningkatkan tahap pencapaian setiap stesen televisyen untuk setiap tahun, dengan sajian isi kandungan mantap bagi meningkatkan jumlah kepelbagaian penonton yang kami sasarkan,” kata Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

“TV3, ntv7, 8TV dan TV9 akan sentiasa menyajikan rancangan-rancangan terbaik. Dari siri TV popular Amerika Syarikat yang pernah memenangi pelbagai anugerah sehinggalah ke drama Asia yang hebat.  Antaranya termasuklah rancangan – Anugerah Juara Lagu, Kolej Mania, Grey’s Anatomy, The Vampire’s Diary, Malaysia’s Most Inspirational dan Upin dan Ipin.“

“Setiap musim baru rancangan diolah menjadi lebih menarik yang membuat penonton TV akan lebih terpesona apabila stesen Media Prima terus menyiarkan rancangan-rancangan  kegemaran mereka mulai Januari 2010. Teruskan bersama kami untuk mengetahui tarikh siaran,” tambah beliau.

Program-program hebat  2010 yang bakal muncul termasuklah:

TV3 – Human Target, Kolej Mania, K.E.S (Kes Enakmen Sensasi), Drama Lagenda, Sarjan Sarji, Kisah Cinta, Malaysia Top Host, Dari Lapangan

ntv7 – Malaysia’s Most Inspirational, Golden Awards, Grey’s Anatomy Musim  Keenam, 
Private Practice Musim Ketiga, The Mentalist Musim Kedua, 3 versi Gladiators – US, UK & Australia, Drop Dead Diva, The Visitors, V, GLEE, Eastwick, Crossings, Malaysia’s Most Inspirational dan koleksi rancangan Cina terbaik seperti Friends Forever, Glowing Ambers, Glittering Days, Age of Glory 2 dan Golden Awards.

8TV – The Vampire Diaries, 10 Things I Hate About You, , Kami II, Butterfly S, SHOUT!
Awards, Boys Over Flowers, Pandamen, Moonlight Resonance

TV9 – Jaguh, Alahai Fafau, Ting Tong, Mangkuk Tingkat, i-Style, Mantera Hangit, Upin & Ipin

TV3:
Human Target
Setiap manusia mempunyai rahsia dan pengetahuan sulit ini boleh membahayakan jika terjatuh kepada pihak musuh. Namun, tiada sesiapa yang seharusnya mati kerana pergolakan ini…

Pemikiran ini merupakan firasat Christopher Chance, agen pengawal yang misteri di mana dia diupah untuk menggunakan identiti yang berbeza. Ketika itu dia menjadi sasaran bagi pihak pelanggannya. Human Target akan membekalkan penonton dengan aksi-aksi berbahaya tanpa rintangan yang jelas. Jika seseorang diancam mahupun kehidupannya di dalam bahaya… Chance akan muncul untuk menyelesaikannya!

Merlin (Musim Kedua)
Merlin musim kedua kembali menemui penonton setia siri ini di TV3. Merlin merupakan siri fantasi menarik yang akan membawa penonton menyelusuri dunia di ambang kegemilangan Camelot ketika di abad 21. Pengembaraan fantasi dan dunia magis ini berkisar tentang persahabatan dan ikatan ‘unik’ di antara Merlin (Colin Morgan) dan Putera Arthur (Bradley James) sebelum keduanya menjadi lagenda. Walaupun berlainan darjat, Merlin dan Arthur merupakan pemuda yang masih mencari kenikmatan erti kehidupan dan sentiasa dahagakan cabaran. Ikuti pengembaraan mereka mencari cinta dan takdir sebenar yang penuh dengan aksi-aksi hebat dan elemen lucu, romantis dan dramatik.

KES (Kes Enakmen Sensasi)
Dokumentari istimewa ini menceritakan kisah dan kes-kes benar daripada Jabatan Penjara Malaysia. Dokumentari ini bertujuan untuk memberi penonton tunjuk ajar dari kes mahkamah yang sebenar dan menjadikannya sebagai sumber ilmu pengetahuan dan rujukan kepada pelajar dan orang awam, terutamanya dalam hal-hal tatahukum dan forensik. Ia merupakan gabungan dokumentari dan drama di mana program ini akan berkunjung semula ke tempat sebenar jenayah dan menemuramah mangsa dan saksi.

Dari Lapangan
Program ini memberi fokus kepada usaha-usaha pembangunan dalam negara ini agar orang awam boleh memahaminya dengan lebih mendalam. Wartawan TV3, Karam Singh Walia, akan berkunjung ke tempat-tempat pembangunan sasaran, berinteraksi dengan orang ramai di sana dan melaporkan semula kepada penonton. Karam juga akan memeriksa dan menilai impak, kebaikan dan perkara berkaitan dengan projek pembangunan kepada rakyat Malaysia. Sebagai perkakas untuk keadilan sosial di dalam konteks One Malaysia – People First, Performance Now, saksikan bagaimana Karam akan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia dan melaporkan isu-isu pembangunan dan perkembangan yang dapat memberi kesan kepada orang ramai.

ntv7:
Malaysia’s Most Inspirational
Program Malaysia’s Most Inspirational merupakan siri dokumentari mengenai anak bangsa Malaysia yang berjaya menyerlahkan ketrampilan diri dengan berbekalkan semangat, dedikasi dan kesungguhan di dalam apa jua yang mereka lakukan. Mereka berjaya menyentuh hati orang ramai dengan memberikan inspirasi di samping berusaha yang terbaik kepada komuniti dan masyarakat. Ikon ini terdiri daripada mereka yang komited di dalam Organisasi Bukan Kerajaaan, usahawan yang berani dan mereka yang telah menghadapi cabaran yang hebat.

10 lelaki dan wanita akan disenarai pendek oleh panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar di dalam perniagaan media, kebudayaan, filem, kesenian dan seorang  calondari Maxis. Program yang memaparkan kisah inspirasi ini bakal memaparkan 10 ikon dan disiarkan selama 30 minit setiap kali waktu tayangannya.

Golden Awards
ntv7, saluran kegemaran ramai dengan bangganya mempersembahkan majlis penyampaian anugerah berprestij yang akan memberikan pengiktirafan kepada Industri TV Cina di Malaysia. Anugerah Golden ini akan dilancarkan secara rasmi pada September 2010 dengan misi untuk bertindak sebagai majlis media Cina berprestij dan dikenali di negara ini.

Khususnya untuk mereka yang bekerja di belakang tabir dunia penyiaran, Anugerah Golden menawarkan platform terbaik bagi mereka untuk terus bersinar. 3 kategori akan dipertandingkan iaitu Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton. Keseluruhan 19 anugerah akan dipersembahkan di majlis yang akan disiarkan secara langsung di ntv7 ini. Calon-calon yang dipertandingkan di Anugerah Golden  ini dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada pakar dan ikon  di dalam industri hiburan Cina Malaysia. Proses pengadilan pemilihan awal calon yang disenarai pendek untuk setiap kategori akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 2010.

Crossings
Crossings menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Bob Boroi. Setelah terlibat dengan kemalangan dia memiliki kemahiran istimewa di mana dia sering ternampak jelmaan makhluk halus. Hanya dia yang boleh melihat makhluk tersebut dan setiap kali makhluk halus yang berbeza akan muncul di hadapannya dengan harapan agar dia boleh membantu mereka menyelesaikan isu-isu yang belum selesai ketika mereka masih hidup. Makhluk ini akan memasuki badannya di mana perilaku dan sifatnya berubah kerana makhluk yang berada di dalam badannya mengawal mindanya. Dia bukan sahaja boleh bercakap bahasa yang berbeza malah mempunyai pengetahuan di luar jangkaannya!

8TV
The Vampire Diaries

Kisah ini menceritakan tentang Elena Gilbert, pelajar sekolah tinggi yang mencintai adik beradik pontianak. Elena Gilbert merupakan pelajar popular yang cantik di pekan kecil, Virginia. Apabila tahun akhir bermula, Elena bertemu dengan lelaki misteri yang baru berpindah di pekan tersebut, Stefan Salvatore. Stefan yang tidak berminat terhadap Elena membuatkan dia semakin bersungguh-sungguh untuk mendekatinya. Namun akhirnya dia mengetahui satu rahsia mengenai Stefan, iaitu dia merupakan pontianak berkurun lama. Apabila Elena dan Stefan mula jatuh cinta, serangan aneh berlaku di pekan tersebut di mana makhluk hitam yang aneh menjelma di hadapan Elena yang merupakan abang Stefan, Damon.

Ketika di Renaissance Italy, kedua beradik pontianak ini telah jatuh cinta kepada pontianak muda bernama Katherine, yang kemudiannya telah membunuh diri apabila kedua adik beradik ini mula bermusuh sesama sendiri.  Mereka bergaduh untuk memenangi cintanya, namun Katherine memilih untuk menerima cinta keduanya lalu membunuh diri. Dengan perasaan dendam, adik beradik ini berbunuhan sesama sendiri namun bangkit semula sebagai pontianak.

Pandamen
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Jay Chou, Tang Yan, Jessie Chiang, Jerry Yan, Devon, Will Liu, Guo Yan, Eric Tsang, Vincent Fang, Wilber Pan, kisah ini berlaku di sekitar tahun 2030, di sudut gelap Bandar Bright terdapat kuasa jahat yang berkuasa, Kumpulan Violent yang diketuai oleh Tiger Brother & wolf di mana mereka melakukan pelbagai kehancuran untuk memusnahkan seluruh bandar tersebut. Malah mereka juga mula menjalankan rancangan sulit untuk mengawal manusia. Ketika waktu kritikal terjadi, Bandar City diselamatkan oleh dua wira iaitu Panda Superman dan Panda Heroic yang tanggungjawab mereka untuk memelihara keselamatan penduduk dan menuntut keadilan. 

TV9
Jaguh

‘Jaguh’ merupakan program realiti pertama badminton, bersempena dengan Piala Thomas 2010 yang akan diadakan pada tahun 2010. Bersama dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung, program ini bakal menjelajah ke serata Malaysia untuk mencari bakal ‘Jaguh’ badminton.

Alahai Fafau
Rancangan ini merupakan program bual bicara yang akan menggabungkan unsur-unsur komedi, selebriti dan muzikal. Tetamu jemputan istimewa turut diundang untuk bersama-sama dengan pengacara popular yang tidak asing lagi, Fara Fauzana di dalam program menarik ini. Para penonton pastinya akan terhibur menonton keletah pengacara Hotfm ini yang bakal menjanjikan kepuasan.

Ting Tong
Ting Tong merupakan program berbentuk game show keluarga yang memperlihatkan aksi-aksi mendebarkan dan bertenaga peserta bersama keluarga masing-masing untuk memenangi cabaran yang diberi. Menerusi program ini penonton dapat berhimpun bersama keluarga dengan menerapkan nilai hidup sihat dan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Bagi para penonton dan penggemar program atau siri televisyen yang inginkan hiburan tekini, infotainment, sajian drama-drama menarik, terus setia bersama rancangan-rancangan pilihan yang terbaik dan baru yang bakal disiarkan menjelang 2010 hanya menerusi rangkaian televisyen Media Prima Berhad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Perlumbaan Paling SERAM Budiey di Project Alpha Bermula

Leonardo Dicaprio Tom Hanks Dalam Filem Catch Me If You Can Di TV2