in

Program TV, Konsert & Majlis Tahlil Memperingati Sudirman

Maka hari ini, 22 Februari 2012, genaplah sudah 20 tahun pemergian insan seni berbakat besar, Allahyarham Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun di saat negara masih lagi memerlukan beliau. Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad DIMP, JMN, AMN, AMP (25 May 1954 – 22 February 1992) was a Malaysian singer and songwriter. He was known as the ‘Singing Lawyer’, the ‘People’s Singer’ and the ‘Elvis of Malaysia’.

Sudirman

Budiey masih ingat lagi tahun lepas, History Channel ada menerbit dan menayangkan sebuah dokumentari biografi Allahyarham Sudirman dan ianya mendapat sambutan dan rating tinggi oleh peminat.

Seperti tahun-tahun sudah, pasti ada program yang akan disusun khas bagi memperingati pemergian beliau. Antaranya, Budiey dapat tahu ialah Majlis Tahlil Sudirman atau Majlis Tahlil Sempena 20 Tahun Pemergian Sudirman di Restoran Puteri TTDI, Lot 3075, Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Sungai Penchala pada hari Sabtu ini. Majlis ini dianjurkan oleh penulis lirik terkenal Habsah Hassan yang juga merupakan kenalan rapat Sudirman dan Kelab Peminat Sudirman Haji Arshad. Budiey dapat info yang mana di majlis ini juga sebuah filem tribute untuk Sudirman juga akan dilancarkan.

RTM tak lupa untuk memperdengarkan kembali lagu-lagu popular dari Sudirman menerusi Konsert Sudirman… Abadi Di Hati yang dipersembahkan oleh Orkestra RTM dengan barisan penyanyi-penyanyi popular seperti Dato’ Sharifah Aini, Adibah Nor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Alyah, Black, Ariel Dan Rey Bintang RTM pada hari Jumaat ini.

Selain itu, sebuah filem muzikal yang menjadi tribute untuk Sudirman iaitu filem Hoore Hoore juga akan ditayangkan tak lama lagi di pawagam. Jom saksikan trailer filem ini.

Sebuah lagu terbaru cover dari Salam Terakhir 2012 : Sedutan dari filem HOORE! HOORE!

Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Films Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati pemergian 20 tahun Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One thousand million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung. Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh composer Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem ini.

Antara pelakon filem Hoore Hoore ialah Akim, Kilafairy, Farah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz.

Apa-apa pun program yang disusun atur, semoga dengan majlis dan event yang dibuat itu dapat memberikan keinsafan kepada kita semua dan marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham Sudirman.

Gambar semasa konsert mega Sudirman di Jalan Chow Kit

Sudirman

Sudirman

Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Konsert Sudirman Abadi Di Hati