in

Program TV Green Kids Pupuk Cintai Alam Sekitar

Program TV Green Kids Suntik Semangat Kanak-Kanak Hargai Teknologi Hijau Di TV2

Biarpun diulit kehidupan serba moden namun elemen rasa kasih dan cintai alam sepatutnya disemai dalam diri seseorang itu sejak kecil lagi kerana bila mana mereka besar kelak, mereka lebih menghargai alam yang dihuni.

Bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab menyuntik semangat kalangan kanak-kanak menghargai teknologi hijau, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program kanak-kanak menarik serta berinformasi, Green Kids setiap Sabtu, jam 5.30 petang mulai 28 Januari ini menerusi saluran TV2.

Program diilhamkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dengan kerjasama Hijau Malaysia Technology Corporation (Greentech) ini menyasarkan penonton terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

13 episod siarannya akan memberi tumpuan isu alam sekitar, pemeliharaan dan penggunaan teknologi hijau di mana setiap episod akan mempunyai segmen khusus termasuk mengenali alam sekitar dan cara menjimatkan tenaga yang mungkin tidak ramai orang ketahui sebelum ini.

Menariknya, lima segmen iaitu School of Green, I Can Do That, ‘Green Fact with GT Kid, Kids Go Green dan Big Green World diadakan yang mana kesemuanya berkaitan alam sekitar serta mengajar kanak-kanak mencipta peralatan bertenologi hijau melalui beberapa eksperimen.

Menerusi program ini juga, penonton akan diperkenalkan dengan robot solar digelar ‘G T Kid’ sebagai tarikan kepada kanak-kanak untuk menonton. Ia sekaligus dapat memperluaskan hasrat menyalurkan maklumat mengenai kecintaan terhadap alam sekitar secara konsisten.

Justeru kepada ibu bapa yang mahu memupuk semangat menghargai teknologi hijau dan alam sekitar di kalangan anak masing-masing, usah ketinggalan menyarakan program menarik ini kepada mereka hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaclyn Victor Kini Berkahwin Dengan KRU Music

Gambar Jaclyn Victor di Sidang Media KRU Music