Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Program ‘Soccer Kids’ TV3

Program ‘Soccer Kids’ TV3 Tampilkan Pelapis Muda Harapan Negara
Berita baik untuk semua peminat sukan bolasepak tanahair! Jangan lepaskan peluang untuk menonton, Soccer Kids, program televisyen sukan realiti terbaru TV3 yang akan mula bersiaran pada 16hb Mac ini, setiap Ahad, jam 7.30 malam.

Soccer Kids bakal mencetus satu fenomena televisyen baru, terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana ia  berkonsepkan rancangan realiti yang mencungkil bakat-bakat muda di arena sukan bola sepak Negara.

soccer kids

Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2007 yang lalu. Seramai 24 calon telah disenarai pendek untuk menyertai program latihan intensif kelolaan FAM untuk persediaan fizikal dan minda sebelum di saring ke pemilihan terakhir bagi membentuk skuad Soccer Kids.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Farisha Pawanteh,

“Soccer Kids bukanlah sekadar rancangan realiti untuk kanak-kanak semata-mata. Selain daripada elemen hiburan dan sukan yang ditonjolkan, para penonton yang terdiri daripada peringkat umur dan pelbagai minat juga dapat melihat pendedahan tentang segala aspek bola sepak; kemahiran asas, keupayaan tahap kecergasan, faktor pemakanan, faktor kesihatan, team player, kemahiran individu, koordinasi, dan situasi permainan di mana ianya boleh dijadikan pedoman kepada para penonton.

“Penonton yang mengikuti rancangan ini pasti akan teruja melihat aksi-aksi dan keletah pemain cilik yang telah terpilih malah akan turut sama merasai suka-duka pengalaman mereka berkenalan dan bersahabat setelah berjauhan dengan keluarga masing-masing. Ikuti juga jejak usaha dan penat-lelah mereka berjuang untuk menjadi pemain yang terbaik yang mampu mengharumkan nama Malaysia apabila hanya 16 orang pemain sahaja yang dicarum bagi menentang pasukan kelab antarabangsa bawah 12 tahun dari Jepun, Vissel Kobe.”
   
“Sufian b. Mat, Muhammad Irfan, Mohd Shahrul Aiman, Muhammad Aniis dan Adam Aidil Iskandar. Inilah di antara nama-nama yang dijangka akan meniti di bibir peminat-peminat bola sepak negara apabila berakhirnya musim Soccer Kids nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang muda ini beraksi dan anda akan terpegun dengan bakat-bakat yang ditonjolkan.”

Sambil menonton, jangan lupa untuk menyertai kuiz istimewa Soccer Kids dengan mengumpul dan menjawab soalan-soalan yang disiarkan setiap minggu kerana penonton yang bertuah dan terpilih akan berpeluang memenangi wang tunai dan himpunan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak penaja.

Pemenang pertama bakal memenangi wang tunai RM5,000 (TV3 & Tiger Biscuits) termasuklah barangan Adidas bernilai RM2,000, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco. Pemenang kedua pula akan menerima wang tunai RM3,000 (TV3 & Tiger Biscuits) serta barangan Adidas bernilai RM1,500, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco. Tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 (TV3 & Tiger Biscuits), barangan Adidas bernilai RM1,000, barangan Tiger Biscuits bernilai RM500 dan barangan Oligo Coco.

Soccer Kids diterbitkan oleh TV3 dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dibawakan khas oleh penaja utama, Tiger Biscuits dan Oligo sebagai penaja bersama. Episod terakhir musim ini akan disiarkan pada 8 Jun 2008, jam 7.00 malam selama 1 jam dan menampilkan perlawanan persahabatan di antara skuad Soccer Kids menentang pasukan Jepun, Vissel Kobe yang telah berlangsung pada 16 Disember 2007 yang lalu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

soccer kids

Berdiri dari kiri- Haryanti, Eksekutif Jualan dan Pemasaran Power Root Sdn Bhd, Beh Pol Yee, Penolong Pengurus Jenama Tiger Biscuits, Shareen Ooi, Pengurus Besar, Kumpulan Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad, Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dunstan Cheng, Penolong Pengurus Adidas (Msia Sdn Bhd) bersama skuad Soccer Kids.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • The Water Horse & Da Vinci Creative Kids Art Worshops
  • Tony Barretto: Britney Spears is Crazy, Nude, On Drugs
  • Live Band NRG @ Planet Hollywood, Kuala Lumpur
  • Flem CJ7: Movie Blockbuster Untuk Tahun Baru Cina 2008
  • Sekitar Perlawanan Persahabatan Sempena EURO 2008 Sorakan Emosi VS UiTM
  • David Beckham Expresses Disappointment
  • Halle Berry Confirms Pregnancy To Nancy O’Dell
  • Sorakan Emosi EURO 2008 @ TV3 & NTV7 Tajaan Celcom & Telekom Malaysia
  • AG Hot FM & Dira di Program Jom Ronda di TV3



  • 2 Komen untuk entri “Program ‘Soccer Kids’ TV3”

    1. ain_nia kata:

      GO kids…

    2. samtaj girl kata:

      salam..tahniah r korg yg menang…bgus gk mlysia nih….truskan usaha…nyway,aku tgh cari bhn utk debat esok..tolon…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET