in

Program Saluran Astro Fiesta di Musim Perayaan

SAMBUT MUSIM PERAYAAN INI DENGAN 6 SALURAN ASTRO FIESTA
Dari 26 Disember 2011- Januari 8 2012

Pelanggan-pelanggan Astro boleh menyambut tahun baru dan meraikan musim perayaan ini dengan 6 Saluran Astro Fiesta di saluran Astro 150-152 untuk SD, dan saluran Astro 155-157 untuk HD, hanya dari 26 Disember 2011 – 8 Januari 2012. Saluran Astro Fiesta disediakan khas secara percuma kepada semua pelanggan setia Astro sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan pelanggan Astro sejak 15 tahun yang lalu. Saluran Astro Fiesta menyediakan pelbagai rancangan tempatan dan antarabangsa yang pastinya menarik dan terbaik.

The Amazing World of Gumball (6)

Sempena Astro Fiesta, pelanggan-pelanggan Astro juga berpeluang untuk menonton saluran eksklusif baru FOX Family Movies secara percuma di saluran Astro 152 untuk SD dan saluran Astro 157 untuk HD hanya dari 26 Dis 2011 – 8 Jan 2012 sahaja. Penonton-penonton akan dapat menikmati pelbagai wayang Hollywood untuk seisi keluarga di saluran FOX Family Movies seperti The Santa Clause 3: The Escape Clause, Tim Burton’s The Nightmare Before Christmas, Toy Story 1,2,3 dan banyak lagi

Selain itu, Astro dengan bangganya memperkenalkan saluran HD terbaru STAR World HD (saluran Astro 722) di Astro B.yond yang akan bermula siaran dari 26 Disember, 2011. Kini, pelanggan-pelanggan Astro B.yond yang melanggan pakej Astro Variety boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka dalam HD (definisi tinggi) di saluran Star World HD seperti American Idol S11, Glee S3, Junior MasterChef Australia S2, Dancing with the Stars, America’s Next Top Model S17 banyak lagi.

Di musim cuti dan perayaan ini, pastikan anda menonton saluran-saluran Astro Fiesta yang telah menyediakan rancangan-rancangan hebat, sesuai untuk setiap penonton dan seisi keluarga.

Peminat-peminat muda biarpun tua pastinya tidak akan mahu ketinggalan menonton siri TV terbaru Nickelodeon, Kung Fu Panda: The Legend of Awesomeness – di mana episod pertama akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Fiesta sebelum ditayangkan selanjutnya di saluran Nickeoldeon. Rancangan-rancangan seperti Ben 10: Secret of the Omnitrix, Phineas and Ferb the Movie: Across the Second Dimension, The Amazing World of Gumball akan menghiburkan peminat-peminat kartun.

Saluran Astro Fiesta juga akan menyiarkan barisan persembahan tempatan & antarabangsa yang hebat seperti Konsert Aura 3 Diva (Dato ‘Siti Nurhaliza, Ella & Ramlah Ram) dan konsert Suara Kami yang menampilkan artis-artis tempatan seperti Yuna, Hujan, Pop Shuvit serta artis-artis antarabangsa seperti Hin Cheung, Rania dan Nelly. Kehadiran rancangan-rancangan hebat seperti The 2011 Astro Classic Golden Melody Finals, Vivian Chow Specials, K-Pop Countdown, 2011 MTV Europe Music Awards, MTV World Stage 2011, Elton John – Red Piano, Andrea Bocelli – Concerto: One Night in Central Park, Nirvana – Live At The Paramount, Amy Winehouse: Live in London pastinya memeriahkan cuti perayaan anda.

Saluran Astro Fiesta juga menampilkan filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa seperti Kembar Siang, filem cina Sassy Girl 2, filem komedi romantis Tamil Manmadhan Ambu dan filem romantis musikal Engeyum Kadhal. Bagi peminat filem Hindi, jangan ketinggalan menonton filem blokbuster Bodyguard.

Tahun ini, saluran Astro Fiesta juga akan menyiarkan beberapa dokumentari terbaik tentang Malaysia daripada rakan-rakan saluran antarabangsa di Astro. Antara dokumentari menarik termasuk Revealed: Malaysia’s Royal Rites oleh saluran Discovery Channel, A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak dan The Untold Truth about SuperMokh oleh saluran National Geographic dan ramai lagi.

Pastikan anda membuat temujanji dengan saluran Astro Fiesta khas untuk pelanggan-pelanggan Astro, hanya dari 26 Disember 2011 – 8 Januari 2012 di musim perayaan ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari untuk laman web www.astro.com.my

The Amazing World of Gumball (6)

Mengenai Astro Malaysia Holdings
Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd adalah peneraju kumpulan media bersepadu dengan operasi dalam 4 perniagaan utama : TV Berbayar, Radio, Kandungan dan Digital. Dilancarkan pada tahun 1996, Astro hari ini memiliki 50% penembusan TV kediaman di Malaysia atau 3 juta pelanggan, menjadikannya pengendali TV berbayar utama di rantau Asia Tenggara. Astro bersiaran dengan lebih 152 saluran, dengan 15 daripadanya HD, merupakan pendahulu inovasi dengan pengenalan HD, 3D dan PVR – pertama seumpamanya di Malaysia, dan juga Video Atas Permintaan (VOD) dan servis IPTV. Ia adalah teraju agregator, pencipta dan pengedar kandungan pelbagai bahasa asli dalam pelbagai genre merentasi pelbagai saluran. Jaringan radio, kedua-dua terestrial dan digital meliputi semua bahasa utama dan secara kumulatif menemui 11.5 juta pendengar dalam masa seminggu dan merupakan antara 10 stesen terbaik di Negara ini. Cabang digitalnya terlibat dalam penerbitan, aplikasi dan platform digital di samping penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

K-Pop Countdown

New Series Kung Fu Panda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle Farid Kamil Noh Hujan dalam Filem Hantu Gangster

The Oprah Winfrey Show