in

Program Realiti Projek Pesona Cari Pereka Fesyen Berbakat

Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa apatahlagi bidang ini tidak yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Justeru program realiti TV mencari pereka fesyen berbakat, “Projek Pesona” menjadi tarikan terbaharu penggemar dunia fesyen yang bakal menemui penonton saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 11 Ogos depan, setiap Isnin, pukul 4.05 petang di TV1.

babak mencabar

Menerusi 13 episod siarannya, penonton bakal berkenalan dengan En.Anas dan En.Azlan serta beberapa orang panel juri sibuk menjalani uji bakat untuk memilih peserta yang layak untuk menyertai projek pesona kali ini. Daripada beratus-ratus lakaran diterima dan beratus-beratus pereka muda yang ingin menyertai program ini, akhirnya hanya 20 peserta yang terpilih menyertai program ini. Seterusnya mereka diberikan tugasan untuk membentuk kumpulan terdiri empat orang satu kumpulan.

Lima kumpulan telah dibentuk yang terdiri empat orang satu kumpulan. Mereka harus melantik ketua dan menamakan kumpulan mereka. Kini lahirlah kumpulan DhoomTak, Roar, The S, Lakarlah dan The Thread. Kemudian mereka diberikan tugasan pertama dengan menggunakan fabrik yang telah disediakan mereka harus membuat busana ready to wear. Tugasan yang sangat mencabar kerana mereka diberikan fabrik dan masa yang sangat terhad. Mereka juga harus mencari model mereka sendiri dengan budget yang sangat terhad. Setiap kumpulan kini mempunyai masalah mereka sendiri untuk ke pentas peragaan dalam masa 24 jam.

Lima kumpulan terus bersaing untuk menyiapkan rekaan mereka. Mereka juga telah mendapatkan model mereka sendiri. Kini mereka terpaksa membuat persiapan peringkat akhir sebelum pakaian diperagakan. Setelah berhempas pulas akhirnya mereka dapat menyiapkan busana. Busana mereka diadili oleh empat orang juri termasuk berdasarkan kreativiti masing-masing. Kemudian mereka berdepan dengan En. Anas dan En. Anas untuk mempertahankan diri masing-masing. Semasa sesi penyingkiran. Satu kejutan apabila tidak ada penyingkiran pada episod kali ini kerana merasakan mereka harus diberikan peluang sekali lagi.

Sekali lagi, lima kumpulan terus bersaing untuk tugasan baru. Tugasan kali ini lebih mencabar kerana mereka harus membuat men’s wear. Rekaan santai untuk kaum lelaki ini memang agak sukar untuk dibuat oleh setiap kumpulan ini. Mereka juga harus membuat papan cerita untuk dibentangkan kepada En. Anas dan En.Azlan. Kemudian setelah mendapat persetujuan daripada Encik Anas barulah mereka membeli fabric, membuat pattern, memotong dan menjahit fabrik. Akhirnya mereka harus membuat detailing.

Dalam episod ini seterusnya setiap kumpulan juga harus menyediakan model lelaki yang bersesuaian dengan busana yang telah direka. Kali ini mereka harus berhati-hati kerana penyingkiran akan pasti ada selepas model memperagakan rekaan kumpulan masing-masing. Akhirnya satu kumpulan disingkirkan. Hanya satu kumpulan dikekalkan. Dan selebihnya 6 peserta disingkirkan secara individu. Kini hanya tinggal 10 peserta yang akan bersaing secara individu.

Kali ini Projek Pesona dikejutkan dengan pengambilan semula dua orang peserta yang disingkirkan sebelum ini. Ini menjadikan 12 peserta masih berpeluang untuk merebut gelaran juara. Kali ini mereka bergerak secara individu dengan tugasan yang baru iaitu busana Muslimah. Kemudiannya En Azlan mengumumkan penyingkiran dua orang peserta daripada meneruskan perjuangan.

Projek Pesona kini menyaksikan 10 peserta dengan kumpulan masing-masing masih terus berjuang untuk mendapatkan tempat di peringkat seterusnya. Di hadapan empat orang juri jemputan, peserta juga harus berdepan mendapat komen yang pelbagai daripada juri. Setelah itu, mereka sekali lagi berdepan denga sesi penyingkiran. Encik Azlan mengumumkan dua peserta iaitu Anuar dan Pain telah disingkirkan. Kini hanya tinggal 8 peserta untuk membuktikan diri mereka layak bergelar juara.

Lapan peserta masih terus bersaing untuk merebut tempat juara. Tugasan kali ini sekali lagi mencabar minda dan bakat para peserta iaitu Avant garde. Rekacipta ini tidak hanya menggunakan fabrik tetapi juga menggunakan bahan lain. Dan ditambah dengan bahan fabrik.Memang tugasan kali ini amat mencabar sekali.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan rekaan mereka akhirnya lapan peserta berjaya juga menyiapkan rekaan mereka. Di pentas penyingkiran dua orang peserta tidak dapat mengelakkan diri daripada tersingkir iaitu Alfi dan Sarah. Penyingkiran ini menyebabkan Projek Pesona mempunyai enam peserta yang terus diletakkan di peringkat akhir.

Enam peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu Mazrul, Ridzwan, Zack, Amelina, Fira dan Raunah. Mereka diberikan tugasan menyiapkan dua helai busana iaitu glamour masa yang diberikan amat terhad. Kali ini mereka memang cukup stress kerana masa sedang memburu mereka dan misi mereka adalah untuk memburu gelaran juara dan seterusnya mendapat peluang untuk ke Korea. Namun siapakah yang bergelar juara?

perbincangan

memotong kain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maroon 5 Bakal Perform di MTV Video Music Awards

Celcom Tawar Cara Paling Murah Dapatkan Telefon Pintar