in

Program Raya di NTV7 Saluran Ceria Anda

Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kemeriahan!

Saksikan paparan Istimewa Raya hanya di ntv7.
     
Salam Aidilfitri! Kini tibalah musim perayaan yang menandakan berakhirnya bulan Ramadhan di samping memberi seribu pengertian kepada umat Islam di seluruh negara. Inilah harinya di mana seluruh penganut agama Islam memanjatkan doa kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan ketabahan untuk berpuasa serta patuh pada suruhan-Nya sepanjang bulan Ramadhan. Pastikan anda setia bersama ntv7 kerana kami bakal mewarnai Aidilfitri anda dengan Istimewa Raya, hanya di Saluran Ceria Anda.

Bagi membuka tirai Istimewa Raya di ntv7, filem pecah panggung Hollywood, The Fast and The Furious dibintangi Vin Diesel dan Paul Warker bakal menyusul pada malam Raya, Selasa, 30 September, 11.45 malam.

Di samping itu, rasailah kehangatan Aidilfitri pertama bersama rancangan signatur Saluran Ceria Anda, The Breakfast Show – Raya Special sementara pengacara rancangan menikmati hari raya bersama barisan tetamu jemputan yang menghiburkan, mulai hari Selasa, 30 September 2008 hingga 3 Oktober 2008, 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Penonton pastinya akan terpesona dengan aksi hebat sarkas tatkala bersiarannya Cirque Du Soleil: Quidam yang membawakan pengembaraan hebat seorang gadis ke dalam alam penuh ajaib – fantasi, imaginasi, impian dan mimpi ngeri, dari 10.00 pagi hingga 11.30 tengahari.

Di samping itu, peminat melodi jazz pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan Nite of Soulful Stars Raya Special Part 1, dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, apabila penyanyi wanita terkenal tanahair Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah berpadu suara dengan idola dari seberang iaitu Harvey Malaiholo dan Tompi dalam usaha mereka untuk menghiburkan penonton dengan persembahan penuh bertenaga dan bergaya.

 

Lebih menarik, ntv7 turut akan menyiarkan filem superhero hebat, Batman Begins hasil garapan pengarah lagenda – Christopher Nolan lakonan Christian Bale, Michael Caine dan Katie Holmes dari 11.45 malam hingga 1.45 malam. Dapatkan lebih keriangan dan kegirangan pada hari raya pertama dengan siaran Cirque Du Soleil: Quidam, Cirque De Soleil: Quidam, Batman Begins dan Nite of Soulful Stars Raya Special Part 1 pada Rabu, 1 Oktober, hanya di ntv7!

Bagi suasana Raya yang lebih ceria, aktifkan Aidilfitri kedua anda bersama Whoa! Raya dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi, dan saksikanlah hos kesayangan anda – Hafidz dan Diana dalam sebuah rancangan musikal beraneka turut mempersembahkan Alif One in A Million dan Nadia Akademi Fantasia 6. Hayatilah koleksi lagu raya lama dan baru sementara kedua bintang baru di samping artis cilik Herri dan Yana dari Aiyoh! memperdengarkan suara lunak mereka dalam himpunan lagu mengasyikkan. Terbahagi dalam dua bahagian, Whoa!Raya turut akan menemui penonton pada hari esoknya, masa yang sama. 

Dari aksi magik yang remeh sehingga yang benar-benar menakjubkan, rancangan ini dijangka akan mengejutkan dan menarik perhatian ramai, hanya di Impossible: The World’s Greatest Magician, 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kemudian, kehidupan isteri kepada pemain bola selebriti David Beckham turut akan berada dalam tumpuan utama dengan bersiarannya What’s Eating Victoria Beckham? dari 1.30 tengahari hingga 2.30 tengahari yang turut memaparkan klip temuramah bersama wartawan, sahabat malahan bekas tunangnya dan penonton akan didedahkan tentang transformasi bekas ahli kumpulan Spice Girls dari seorang penyanyi terkenal ke ikon fesyen kurus kering yang dikenali semua pada hari ini.

Raikan keindahan cinta bersama When Love Knocks – Sheahnee and Naz, dari 7.30 malam hingga 8.00 malam sementara rancangan menarik ini membawa anda mengembara ke dunia percintaan merpati dua sejoli, iaitu dua personaliti terkenal ntv7, Nazruddin Habibul Rahman (Naz) dan Sheahnee Iman Lee (Sheahnee). Pastinya membuat anda kagum, rancangan ini akan memaparkan perjalanan dan pengalaman kedua mempelai dari sebuah perkahwinan lain bangsa tatkala mereka menyambut Hari raya pertama sebagai pasangan suami isteri…dan Sheahnee sebagai saudara Islam baru! Di samping itu, dapatkan Nite of Soulful Stars Raya Special Part 2, Jumaat, 3 Oktober, 8.30 malam hingga 9.30 malam. Jadi, dapatkan Whoa! Raya, Impossible: The World’s Greatest Magician, What’s Eating Victoria Beckham?, When Love Knocks – Sheahnee and Naz, Nite of Soulful Stars Raya Special Part 2 yang akan ke udara pada raya kedua, Khamis, 2 Oktober, hanya di Saluran Ceria Anda!

Temui Om, seorang kanak-kanak lelaki yang berusaha gigih untuk menghias rumahnya bagi memanggil kedatangan malaikat untuk menunaikan harapannya pada Hari raya di Malam Tujuh Likur,  Jumaat, 3 Oktober 2008,  dari 10.00 pagi – 12.00 tengahari dibintangi oleh Adam Zakaria, Eira Syazira, Aaron Aziz and Aida Aris.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan 1..2 Jus Raya Special, Jumaat, 3 Oktober dari 8.30 malam hingga 9.30 malam yang menjanjikan aksi menggelikan hati dan penuh menyeronokkan daripada artis jemputan – pasangan pengantin baru Khai dan Rosma, Kevin dan Intan Ladyana di samping Ferhad dan Serina Redzuan.

Antara program lain yang turut bersiaran sepanjang Aidilfitri kali ini ialah Magix! Raya, Wakenabeb Raya Special, She’s On Duty, Chinatown Kid, Daniel Powter Special dan banyak lagi! Sambutlah kemeriahan dalam kesyukuran bersama barisan rancangan hebat ini, hanya di Saluran Ceria Anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Selamat Hari Raya dari Imran Ajmain

Altimet, Linda & Diana Rafar Lancar Handset Snacktunes