in

Program Qari Junior TV3 Sempena Ramadan

Program Qari Junior Tv3 Ajak Anak Muda Menjana Aspirasi Diri Menerusi Al-Quran

Bulan Ramadan sentiasa dinantikan oleh seluruh umat beragama Islam kerana ganjaran dan syafaatnya yang begitu agung. Malah bulan Ramadan juga memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri dengan penciptanya. Alangkah indahnya jika ayat suci Al-Quran sentiasa bermain di bibir. Bersempena menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, buat julung kalinya TV3 akan muncul dengan program realiti terbaru iaitu Qari Junior yang berkonsepkan keagamaan untuk kanak-kanak.

Program Qari Junior TV3

Qari Junior yang bersiaran selama 30 minit, menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara. Program ini akan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Menariknya program 20 episod ini, ia bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Sesi ujibakat bakat yang di adakan di Sri Pentas TV3, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 28 dan 29 April 2012 yang lalu, telah menerima penyertaan hampir 100 orang peserta dari kalangan kanak-kanak dari serata Malaysia. Namun, hanya 12 peserta yang layak dan berbakat dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod program ini, terdapatnya sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan layak mara ke pusingan akhir.

Program Qari Junior TV3

Bagi pusingan akhir Qari Junior, menyaksikan persaingan di antara peserta Abdul Hadi bin Haris (8 Tahun), Syakirah binti Shahfuddin (10 Tahun), Fatimah binti Ahmad Zahid (11 Tahun) dan Nur Najwa Madihah binti Abdul Jalil (9 Tahun). Cabaran akan diberikan kepada para peserta di mana mereka dikehendaki menghafaz surah yang diberikan seperti surah Al-Insan, surah Yaasin, dan Surah As-Sajdah, serta surah tambahan seperti surah As-Saff, surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk, dan surah Ar-Rahman. Markah para peserta akan diambil kira dari sudut Hafazan, Tajwid, Fasohah beserta Suara dan Lagu.

Kemerduan alunan ayat suci Al-Quran yang dipersembahkan oleh setiap peserta akan diadili oleh juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman. Sementara itu, turut memeriahkan kemuncak program akhir ini adalah Pengurus Besar Majalah & Dokumentari Primeworks Studios, Ahmad Kamaludin Zabai’ai, Ketua Penerbitan Majalah & Dokumentari Primeworks Studios, Nuraesah Malik dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri’.

Menurut Penerbit program Qari Junior, Shukri Haji Ibrahim berkata, “Jika sebelum ini penonton sering disajikan dengan program realiti berbentuk hiburan, kini bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan, penonton dapat menyaksikan kebolehan kanak-kanak yang berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk mengasah dan mengembangkan bakat mereka dalam menghafaz ayat suci Al-Quran serta mendekatkan diri dengan Al-Quran bukan hanya di bulan puasa semata-mata malah setiap masa”.

“Kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior mampu memberi suntikan positif kepada anak muda masa kini mengenai bidang keagamaan”, tambah Shukri Haji Ibrahim lagi.

Juara Qari Junior akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel, manakala saguhati akan menerima RM2000 setiap seorang beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel.

Jangan ketinggalan untuk menonton program yang diterajui oleh Shukri Haji Ibrahim selaku Penerbit, Ruzmi Kamarudin sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh Primeworks Studios yang akan bermula pada 23 Julai 2012, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi di TV3. Penonton boleh layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Program Qari Junior TV3

Juara (Fatimah binti Ahmad Zahid)

Juara (Fatimah binti Ahmad Zahid)

4 Finalis Akhir Qari Junior

Artis Undangan - Devotees

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri')

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri’)

Hos bersama finalis Qari Junior

Hos bersama finalis Qari Junior

Juri Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman

Juri Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman

Program Qari Junior TV3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Larian Hari Olimpik 2012

Pemenang Peraduan Chief Official Correspondent