in

Program Q-Tap MSTB Globalisasi ICT

Program Q-Tap MSTB Beri Organisasi Kekuatan Dalaman Berhadapan Dengan Globalisasi ICT
Perkenal Program Bantu Organisasi Tempatan Peroleh Kepakaran Pengujian Perisian

Kuantan, November 29, 2010 – Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) hari ini memperkenalkan sebuah program yang dirangka khusus untuk membantu syarikat-syarikat tempatan mencapai kemahiran dalam bidang pengujian perisian.

Program yang di kenali sebagai Q-TAP, atau Quality – Test Assist Programme, ini antara lainnya melibatkan latihan dan pentauliahan para peserta yang terlibat. Peserta juga akan mendapat pendedahan mengenai peralatan ujian dan metodologi ujian yang terdapat di Q-Lab. Organisai terlibat juga akan menerima khidmat nasihat dan panduan dari pakar perunding dalam membangunkan kemampuan dalaman untuk menjalankan pengujian bertaraf profesional keatas perisian dan produk-produk berteraskan perisian yang mereka bangunkan.

Menurut President MSTB Mastura Abu Samah, Q-TAP merupakan sebuah lagi program yang di perkenalkan di bawah inisiatif Hub Pengujian Perisian Malaysia (MSTH) dan ia adalah sebahagian dari usaha penggalakkan pertumbuhan industri pengujian perisian negara.

MSTH adalah merupakan sebuah Perkongsian Sektor Awam-Swasta. Ia melibatkan MSTB sebagai wakil industri dan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) selaku wakil Kerajaan Malaysia. Pada dasarnya, MSTH adalah merupakan satu inisiatif pembanguan ekonomi bertujuan memajukan industri pengujian perisian sebagai satu sumber pembangunan baru ekonomi negara.

Mastura berkata, di samping membangunkan kemahiran dan kemampuan dalaman (in-house capability) dalam bidang pengujian perisian, Q-TAP juga turut membantu organisasi tempatan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan bertauliah dalam bidang pengujian perisian jaminan mutu perisian.

“Pengkhususan dalam bidang ini juga akan menyumbang kearah usaha memenuhi aspirasi negara untuk mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi and produktiviti yang mantap menjelang tahun 2020,” ujar beliau di majlis yang diadakan di sini hari ini. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Yang berhormat Datuk Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

“Ini sejajar dengan pendekatan Pelan Transformasi Ekonomi yang berdasarkan 10 Premis Utama, seperti yang termaktub di dalam RMK-10, yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada bula Jun yang lalu.

“Selain dari elemen berpendapatan tinggi dan produktiviti mantap, industri pengujian perisian juga mampu menyumbang kearah pencapaian matlamat beberapa Premis Utama lain yang berkaitan dengan inovasi, modal insan, pembangunan inklusif, perkongsian pintar dan berdaya saing,” katanya.

Dalam ucapan beliau di majlis itu, Mastura menyatakan bahawa industri pengujian perisian mempunyai nilai strategik untuk industri dan negara. Selain dari pulangan berbentuk kewangan secara langsung, industri ini juga dapat membantu pertumbuhan industri-industri lain melalui penambah-baikkan kualiti produk, perkhidmatan dan budaya kerja.

“Sebagai sebuah industri, pengujian perisian adalah merupakan sektor bernilai-tambah yang tinggi dan sedang berkembang pesat di seluruh dunia,” ujar Mastura sambil menjelaskan bahawa industri pengujian perisian telah pun di kenal-pasti sebagai satu sumber bertumbuhan baru ekonomi negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurut laporan TechNavio, yang di terbitkan on Infiniti Research Limited, nilai pasaran perkhidmatan pengujian perisian di unjurkan akan melebihi AS$ 18.3 bilion pada tahun 2013; berbanding dengan nilai AS$12.6 bilion dunia yang di anggarkan dalam tahun 2009. Ini menggambarkan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 9.8 peratus bagi tempoh 2009 hingga 2013.

“Pertambah nilai permintaan untuk perkhidmatan berkaitan pengujian perisian juga dijangka akan terus meningkat, berdasarkan kajian pasaran yang mengunjurkan peningkatan beterusan pengunaan perisian di dalam semua bidang,” ujar Mastura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1

Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 2