in

Program-Program Baru di 8TV

One In A Million, Malaysian Idol, Ho Chak, Best Of The East, Desperate Housewives adalah antara barisan program-program hebat di 8TV.  Sekali lagi dengan bangganya stesen televisyen hip di Malaysia,  8TV, membawakan anda pelbagai jenis program yang menarik dan hangat untuk suku tahun ini.

Adakah anda bersedia untuk menonton program-program yang menarik di 8TV? Peminat setia 8TV akan pasti teruja untuk mengetahui bahawa 8TV akan membawakan barisan program-program baru dan menarik yang akan memenuhi citarasa para penonton.

8TV merupakan stesen televisyen utama yang menyediakan kandungan program yang menyegarkan termasuk menyenaraikan siri produksi terbaik dari Hollywood dan Asia di samping produksi tempatan yang hebat dan sesuai dengan citarasa kelompok penonton utama dan tidak lupa kepada penonton berbangsa cina.

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV Encik Ahmad Izham Omar berkongsi pendapatnya tentang program-program terbaru ini, “Untuk suku baru ini, penonton boleh mengharapkan lebih banyak lagi program-program yang menarik kerana pihak kami akan membawakan program-program baru dari Hollywood, Hong Kong dan juga produksi 8TV sendiri,”

“8TV juga akan lebih banyak menayangkan program-program keluaran produksi sendiri dan saya pasti program-program tersebut akan mendapat respon yang baik daripada penonton-penontonnya. Sesetengah daripada program-program tersebut sudah pun mula disiarkan pada awal bulan Julai ini dan  telah menerima respon yang begitu baik dan ianya patut diberikan pujian kerana telah menarik penonton mereka yang tersendiri. Ini termasuklah program Go, Go, Go, Step of Dance dan juga Berita Mandarin kami,”

“Dengan rangkaian kempen pemasaran kami yang berterusan, kami ingin mengingatkan penonton-penonton 8TV bahawa kami serius mengenai pemaparan program-program televisyen yang kreatif dan berbeza. Kami mahu meninggalkan suatu kesan yang mendalam bagi industri ini.”

Pada suku ini, peminat dan penonton akan dibawakan lebih banyak pilihan dengan program-program produksi tempatan yang menarik termasuklah sebuah drama tentang pergelutan dan pengorbanan yang dihadapi oleh Alam iaitu pemenang pertandingan “So You Think You Can Dance Malaysia (Musim 1) demi memenuhi impiannnya dalam Alam’s Story, yang akan disiarkan pada 3hb Ogos 2008. Penonton juga dijemput untuk melangkah ke dalam dunia kumpulan penyorak dalam sebuah lagi drama produksi tempatan bertajuk 5 Jingga yang akan mula disiarkan pada 12hb Ogos 2008.

Bagaimanakah sebenarnya menjalani kehidupan di Amerika dan menyesuaikan diri dengan cara kehidupan “Uncle Sam”? Melalui program Field Trip USA, penonton akan berpeluang untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang Amerika dan budaya-budayanya kerana 8TV telah menghantar beberapa pelajar ke Amerika Syarikat untuk menyertai rancangan televisyen realiti yang bercorak pengembaraan ini. Field Trip USA akan mula disiarkan di skrin anda bermula 19hb Oktober 2008.

Bagi peminat muzik pula, pada Oktober ini, 8TV membawakan anda lebih banyak rakaman persembahan muzik yang menarik dari kumpulan artis tempatan di 8TV Unzipped  yang mula bersiaran pada 14hb November 2008. Untuk menonton rakaman yang lebih peribadi oleh kumpulan kegemaran anda serta ingin mengenali lebih mendalam tentang kumpulan-kumpulan tersebut, tontonilah Homegrown yang akan bersiara pada 19hb October 2008, di mana sesetengah daripada kumpulan kegemaran anda akan dijejaki.

Juga tidak ketinggalan program yang terbaik dan terhangat dari Hollywood, 8TV mempersembahkan Dirty Sexy Money, sebuah drama siri yang begitu mengasyikkan.  Ia menggambarkan tentang kehidupan orang kaya dan masyhur yang menjalani kehidupan kekeluarga yang tidak sempurna serta penuh dengan skandal. Dirty Sexy Money telah mula disiarkan pada 12hb Julai 2008 lalu.

Selain itu, 8TV juga mempersembahkan program cina yang terbaru dan terhangat bertajuk Hooping Dulcinea (7hb Ogos 2008), sebuah drama yang menceritakan tentang kehidupan pemain-pemain bola keranjang.

Program popular keuaran produksi 8TV termasuklah Go, Go, Go (6hb Julai 2008) and Step of Dance (6hb Julai 2008).

Kesimpulannya, Izham mempunyai kepercayaaan yang teguh bahawa senarai program yang hangat, berbeza dan menarik ini disediakan untuk memenuhi citarasa penonton yang sememangnya berbeza.  8TV menyediakan program-program televisyen yang terbaik dari yang terbaik dan menyeronokkan bagi seisi keluarga menonton.

Jangan lupa untuk menyaksikan program-program yang menarik ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIARI PASUNG I.S.A Dokumentari Khas Sempena Merdeka

Gambar Anak Isteri Azhar Sulaiman