in

Program Panorama Di RTM Lebih Padat

Raikan Ulangtahun Ke-10 : Program Panorama Di RTM Lebih Padat dan Penuh Informasi

Sedekad bersiaran menemui penonton setia RTM, program Panorama semakin matang dalam memberi suntikan pengisian lebih ‘segar’, padat dan penuh berinformasi untuk dikongsi sama dengan penonton saluran TV1.

Di bawah kendalian penerbit Mohd Zuramin Ismail, Mohd Jasmaidy Mat Aroff dan Syazwani Suleiman di bawah Unit Majalah dan Dokumentari RTM, musim baharu Panorama meneruskan legasi menyampaikan informasi dan berkongsi maklumat tentang isu, alam semula jadi, human / public interest, adat dan kebudayaan, pelancongan, teknologi, warisan, sejarah dan profil. Malah kini Panorama turut menjalankan penggambaran segmen khas di luar negara.

Begitu juga program yang pada mulanya dikenali sebagai Panorama 1 ini turut berkongsi segmen khas antaranya melibatkan bulan kemerdekaan dimana pelbagai segmen berkaitan sejarah negara dihasilkan dan dipertontonkan kepada semua. Juga program khas bersama penonton seperti rakaman sambutan hari raya di lokasi yang dipilih turut diterbitkan bagi mewarnai dan menghayati perayaan diraikan.

Penerbit 2 - Mohd. Zuramin Ismail, Syazwani Suleiman & Mohd. Jasmaidy Mat Aroff

Penerbit 2 – Mohd. Zuramin Ismail, Syazwani Suleiman & Mohd. Jasmaidy Mat Aroff

Menariknya sejak mula bersiaran pada Januari 2002, Panorama juga telah melahirkan pengacara berbakat seperti Nurul Alis, Hazlin Abd Aziz, Betty Benafe dan ramai lagi yang namanya dikenali sehingga kini.

Seriring dengan peredaran masa dan di atas permintaan penonton, Panorama kini muncul dengan muka-muka baru yang berbakat termasuklah Haslina Shamsuddin, Ellena Zainal, Rosnani Nasir, Tun Julia Mohd Tahir dan Hilwani Mansor yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan TV.

Dalam usaha menyumbang kelainan, konsep pengacaraan yang pada mulanya di lakukan di studio telah diubah ke lokasi luar bagi menjadikan program ini tampak lebih segar dan meninggalkan impak berkesan kepada penonton setia program ini.

Pengalaman manis pernah dikecapi krew produksi program Panorama apabila beberapa kali dipilih menjadi finalis anugerah dan kemudiannya berjaya memenangi Anugerah Seri Angkasa dan dinobatkan sebagai Program Majalah Terbaik.

Sepanjang setengah jam siarannya, program yang disiarkan setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di TV1 ini nyata lebih padat dan penuh informasi.

Antara tajuk dan isu menarik pernah diketengahkan Panorama termasuklah amalan memakai susuk yang masih diteruskan hingga kini dan pada masa sama penonton berpeluang menyaksikan sendiri krew Panorama mendekati pengamal susuk dan bekas pengamal susuk yang telah membuang 36 jenis susuk di seluruh badannya.

Manakala dalam usaha mendekati Anak Lorong Gelap bagi merungkai mengapa mereka “Masih Di Situ”…, Panorama menjejak golongan anak yang lahir dari penagih dadah dan pekerja seks ini.

Panorama membawa penonton semua mengenali adat perkahwinan serta budaya Masyarakat Tidung di Kg. Apas, Balung, Tawau, Sabah. Episod ini menyaksikan bagaimana mereka membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mengikut adat nenek moyang mereka dan memaparkan tentang adat Pasak Endeng dan makanan tradisional mereka.

Peminat dan penonton Panorama boleh berinterasi dan memberikan komen menerusi laman sosial Facebook carian Panorama RTM, Twitter Panoramartm, emel di [email protected] dan melalui telefon di talian 03 22887870.

Pengacara - Tun Julia Mohd. Tahir

Pengacara – Tun Julia Mohd. Tahir

Pengacara - Haslina Shamsuddin

Pengacara – Haslina Shamsuddin

Pengacara - Rosnani Nasir

Pengacara – Rosnani Nasir

Pengacara - Hilwani Mansor

Pengacara – Hilwani Mansor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Tangisan Di Bukit Misteri

Best In The World