in

Program Muzikal Ziana Zain, Amy Search & Erra Fazira

Hari Raya pastinya kurang meriah tanpa sajian program-program menarik TV3 khusus untuk tontonan semua di musim perayaan.

Terus mengekalkan tradisinya, tahun ini para penonton setia TV3 bakal disajikan dengan pelbagai juadah istimewa Syawal bermula dengan program muzikal: “ZIANA, AMY & ERRA” yang menampilkan bintang lagenda seperti Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira.

Program Muzikal Ziana Zain, Amy Search & Erra Fazira

Wow, bayangkan tiga penyanyi terkenal yang tak ditelan zaman, Ziana Zain, Amy Search & Erra Fazira bergabung dlm satu program muzikal Aidilfitri… Pergh! Mantap wooo!

Ayuh kembali menyusuri kenangan dan kegemilangan lagu-lagu hits dulu & kini menerusi program “ZIANA, AMY & ERRA” yang bakal menceriakan lagi Syawal anda kali ini! Pastinya para penonton akan teruja menyaksikan persembahan mereka mendendangkan lagu-lagu popular bersama artis jemputan seperti Lan & The Typewriter, Jaclyn Victor dan Ezlynn!

Rakaman program muzikal ini akan diadakan pada 18 Julai, tak lama lagi di Shah Alam.

Budiey juga akan turut hadir bagi menyokong ketiga artis ini. See you there ya!

Ziana Zain

Ziana Zain

Erra Fazira

Erra Fazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Terakhir Friday I’m In Love

Senarai Program TV Sempena Ramadan 1433H TV9