in

Program Muzikal Raya Semua Untukmu… Anuar Zain TV3

Hari Raya pastinya kurang meriah tanpa sajian program-program menarik TV3 khusus untuk tontonan semua di musim perayaan.

Terus mengekalkan tradisinya, tahun ini para penonton setia TV3 bukan sahaja bakal menyaksikan barisan artis-artis tanahair terkenal seperti Yuna, Aizat, Hujan dan Datuk Siti Nurhaliza melalui program muzikal istimewa Syawal seperti Akustika 2010 dan Stylistika Siti, jangan lepaskan peluang untuk meraikan suasana lebaran bersama keluarga dan sahabat-handai bersama penyanyi popular, Anuar Zain di dalam program muzikal Raya “SEMUA UNTUKMU … ANUAR ZAIN”.

Selain dari persembahan solo lagu-lagu popular beliau, para penonton pastinya akan teruja menyaksikan persembahan duet istimewa Anuar Zain bersama kakaknya, Ziana Zain, penyanyi bersuara lantang untuk memeriahkan lagi suasana lebaran sambil berhibur di studio Sri Pentas 2!

Pembaca dan peminat Anuar Zain sekalian, boleh la datang memeriahkan sesi rakaman ini. Jangan lupa pakai baju raya ya.

Program : SEMUA UNTUKMU … ANUAR ZAIN
Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 mlm (Rakaman bermula jam 9.00 mlm)
Tempat : Sri Pentas 2
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelakon Hantar SMS I Love You

D.I.E – Death Investigation Extension di 8TV