in

Program Menarik Syawal & Merdeka di 8TV

VARIASI PROGRAM MENARIK SYAWAL dan MERDEKA eksklusif di 8TV!

Masa untuk meraikan musim perayaan berganda! Saluran hip 8TV bakal menghidangkan anda variasi program menarik sempena Syawal dan Merdeka yang disambut serentak. Raikan bulan perayaan ini bersama-sama hos 8TV kegemaran anda, dengan alunan muzik yang rancak bersama-sama dengan variasi majlis-majlis anugerah tidak ketinggalan filem-filem hebat dibawakan terus ke kaca televisyen anda!

29 Ogos 2011
Masa: 11.45 malam – 12.45 pagi
8TV Quickie Raya Special – The Other Quickie Dramedy

Malam Syawal akan dimulakan dengan edisi kedua 8TV Quickie Raya Special – The Other Quickie Dramedy! Atas sambutan yang cukup menggalakkan tahun lepas, produksi 8TV Quickie akan membawakan mini drama-komedi yang mencuit hati khas untuk peminat setia 8TV Quickie.

Drama yang dibintangi oleh hos-hos 8TV Quickie ini mengisahkan tentang kehidupan di sebuah kampung. Sudah lebih setahun Leman, Joe dan Andy sentiasa berkelahi dengan jiran sebelah rumah mereka Dibah, Jaynab dan Xi Xi. Pertengkaran menjadi semakin sengit apabila Dibah membuka gerai menjual kuih bersebelahan dengan gerai Leman.

Keadaan bertambah hangat di antara Jaynab dan Joe apabila Joe tidak memberikan apa-apa bantuan ketika Jaynab dirompak. Namun berbeza dengan Andy dan Xi Xi, kedua-dua mereka saling jatuh cinta pandang pertama dan tersepit dengan persaingan yang berlaku di antara teman-teman yang lain. Segalanya bergantung kepada Ketua Kampung. Mampukah Ketua Kampung menyelesaikan pertengkaran yang berlaku di antara mereka?

DIVA03 (Poster).AI

30 Ogos2011
Masa: 12pm – 12.30pm
Selamat Quickie Raya 2011

Selamat Quickie Raya akan membawakan tiga segmen berbeza dan akan berkongsi dengan anda bagaimana perayaan ini disambut di Malaysia.

30 Ogos 2011
Masa: 1.00 – 3.00 petang
HKPO & Frances Yip: Diva Concert
Bahasa: Kantonis

Diva terkenal Frances Yip akan menghiburkan peminat dalam sebuah konsert hebat HKPO & Frances Yip: Diva Concert. Francis telah melahirkan lebih 80 buah album yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Frances juga pernah mengecap populariti di Thailand dan Jepun. Pada tahun 2005, Frances kembali berkolaborasi dengan Hong Kong Philharmonic Orchestra dalam sebuah konsert yang diadakan di Cultural Centre Concert Hall di Hong Kong.

30 Ogos 2011
Masa: 3.00pm – 4.00pm
Muslim in China 2011
Bahasa: Mandarin

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh semua Muslim di seluruh dunia. Dokumentari hebat ini akan membawa kita menyaksikan sambutan Hari Raya Aidilfiti untuk mereka yang beragama Islam di China. Program ini pastinya membuka mata kita tentang adat, budaya dan tradisi masyarakat Islam di China dan bagaimana sambutan perayaan ini diadakan.

30 Ogos 2011
Masa: 4.00 – 5.00 petang
8 e-news LIVE Raya Special & Merdeka Special

Raikan Hari Merdeka bersama hos 8e-news dalam perayaan berganda tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program ini dan menyaksikan temubual menarik bersama tetamu undangan. Saksikan bagaimana mereka meraikan Hari Raya dan berkongsi pendapat tentang kemerdekaan Malaysia.

30 Ogos 2011
Masa: 9.45pm
The 2011 53rd Annual Grammy Awards

Raikan perayaan berganda dengan artis-artis popular dalam 53rd Grammy Awards yang berlangsung di Staples Center in Los Angeles. Sebanyak 109 anugerah dipersembahkan dan tidak ketinggalan persembahan hebat dari Arcade Fire, Lady Antebellum, Bruno Mars, Rihanna, John Legend, Lady Gaga, Jay Z dan ramai lagi!

QUICKIE merdeka yeahyeah

30 Ogos 2011
Masa: 11.45pm – 12.15am
Quickie Special: Merdeka Yeah Yeah!

Sempena Hari Merdeka, 8TV Quickie akan membawakan Quickie Special: Merdeka Yeah Yeah!. Program yang berlangsung selama 30 minit akan menghidangkan rakaman menarik tentang kemerdekaan negara kita.

31 Ogos 2011
Masa: 1.00 – 2.30 petang
Amazing Magic with Lu Chen Special 3

Ahli silap mata terkenal Lu Chen akan memukau pandangan anda dengan seleksi silap mata yang hebat dalam Amazing Magic with Lu Chen Special 3. Lu Chen cukup terkenal di serata dunia dan pernah diundang untuk membuat persembahan di Jepun, Korea Selatan, Eropah dan Amerika. Kehebatan Lu Chen tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau pernah meraih pelbagai anugerah termasuk “Neil Foster/Bill Baird Award for Excellence in Manipulation”, yang diadakan setiap tahun oleh ‘Chavez College of Magic’.

31 Ogos 2011
Masa: 2.30 – 3.00 petang
A Date with Lu Yu – Khalil Fong
Bahasa: Mandarin

A Date with Lu Yu pula memaparkan temubual bersama penyanyi, penebit, pencipta lagu dan pemuzik terkemuka Khalil Fong. Jejaka yang dilahirkan di Hawaii dan dibesarkan di China pula menempa nama apabila memenangi Anugerah Emas bagi kategori Penyanyi Lelaki. Saksikan temubual eksklusif bersama Khalil yang akan berkongsi cerita tentang kehidupan dan karier beliau.

31 Ogos & 1 September 2011
Masa: 3.00 – 4.00 petang
Guinness Show in China 2
Bahasa: Mandarin

Peluang untuk penonton menyaksikan bakat-bakat hebat dalam Guinness World Records. Program ini akan memaparkan rekod-rekod hebat yang cukup menakjubkan sekaligus memberikan penduduk China untuk mencipta rekod tersendiri di Guinness World Records book.

31st August 2011
Masa: 5.00 – 6.00 petang
We’re 1 Malaysia
Bahasa: Mandarin

We’re 1 Malaysia merupakan sebuah program hebat yang membawa kita mengikuti perjalanan Bapa Kemerdekaan dalam menyatukan semua kaum di Malaysia. Program ini menceritakan tentang perjalanan sehingga kita berjaya menandatangi memorandum kemerdekaan dan bagaimana rakyat bersatu dan hidup aman damai di Malaysia.

31 Ogos 2011
Massa: 6.00 – 8.00 malam
Police Story 2
Bahasa: Kantonis
Dibintangi oleh: Jackie Chan, Maggie Cheung, Bill Tung

Jackie Chan kembali membawakan watak Chan Ka Kui. Kali ini Chan terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengebom yang ingin meletupkan bandar Hong Kong. Chan terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah teman wanita beliau May (Maggie Cheung) yang mahukan perhatian. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Chan terpaksa berdepan dengan tiga musuh yang mahir dalam seni mempertahankan diri bagi menyelamatkan May yang dijadikan tebusan. Lebih banyak aksi dan komedi dalam Police Story 2.

1st September 2011
Masa: 10.00 pagi
Yuna at Los Angeles

Program khas ini berkisarkan tentang penyanyi terkenal Yuna dan kehidupan beliau di Los Angeles, California. Saksikan program hebat ini hanya di 8TV!

1 September 2011
Masa: 1.00 – 3.00 petang
Under The Lion Rock Golden Songs Concert
Bahasa: Kantonis

Konsert menarik yang menggabungkan artis-artis veteran Hong Kong yang cukup popular antaranya Lee Heung Kam, Tam Bing Man, Chan Ho Tak, Liu Ying Hong, and Johnny Yip Chun Tong dalam Under The Lion Rock Golden Songs Concert. Konsert yang diadakan di The Hong Kong’s Cultural Center akan membawa anda mengimbau semula kenangan lalu dengan lagu-lagu popular antaranya “Red Candle Tears” nyanyian Liu Ying Hong and lagu popular Chan Ho Tak “Fond of You Forever” dan “Melancholic Autumn Wind”. Antara lagu-lagu lain ialah medley “Lady Killer/Night Club Song” dan “The Fragrance of Water Lilies” dendangan Lee Heung Kam.

1 September 2011
Masa: 5.00 – 7.00 malam
Lucky Stars Go Places
Bahasa: Cantonese
Dibintangi oleh: Sammo Hung, Alan Tam, Andy Lau, Anthony Chan, Kent Cheng and Billy Lau

Setelah gagal dalam sebuah operasi, pihak polis sekali lagi mendapatkan khidmat Kidstuff untuk menyiasat penyeludupan senjata api di antara Yakuza dan kumpulan pengganas. Kidstuff cuba mendapatkan bantuan kumpulan Lucky Star namun mereka sibuk dengan urusan lain dan menyebabkan Kidstuff terpaksa menubuhkan kumpulan baru. Kumpulan baru ini dianggotai oleh Top Dog (Alan Tam) yang boleh bercakap dengan anjing, Fat Cat, Lambo, Long Legs dan Libby. Jangan ketinggalan menyaksikan filem aksi komedi ini!

“Kami sangat komited untuk memberikan hanya yang terbaik buat penonton setia kami pada perayaan berganda ini. Musim perayaan dan cuti panjang ini merupakan peluang untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga di rumah dan kami di 8TV akan menemani anda seisi keluarga dengan barisan program-program menarik sepanjang musim perayaan ini,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Kami di 8TV juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang meraikannya tidak ketinggalan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia!”

Pastikan anda menonton 8TV kerana kami menghidangkan hiburan tanpa henti sepanjang perayaan berganda Syawal dan Merdeka tahun ini. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708 atau tontoni program-program 8TV kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3

Album Kompilasi Terbaru Jamal Abdillah Raja Pop 2