Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Program Menarik Sempena Krismas di 8TV

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS !
Nikmati Hari Krismas anda dengan program-program menarik di 8TV

Kami mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua yang beragama Kristian. 8TV telah menyediakan rancangan-rancangan menarik bersempena dengan perayaan yang cukup meriah ini khas untuk penonton-penonton setia kami!

Bermula dari malam perayaan sambutan Krismas sehingga ke hari ketiga, 8TV bakal menyajikan lebih banyak program khas dari luar dan dari produksi tempatan untuk hiburan seisi keluarga!

20 DISEMBER 2008, CHRISTMAS EVE:

CHRISTMAS MOVIE SPECIAL: 200 POUNDS BEAUTY
TX: 8.30pm

Hanna merupakan seorang wanita berbakat yang sentiasa dipandang rendah hanya kerana dia bertubuh besar.  Apabila dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan plastik, Hanna bertukar menjadi seorang wanita yang rupawan dengan tubuh badan yang cukup menarik. Apakah yang terjadi kepada Hanna apabila rahsianya terbongkar?
21 DISEMBER 2008, CHRISTMAS EVE:

HO CHAK! CHRISTMAS SPECIAL
TX: 6.30pm

Yoon & Phirence meneruskan pengembaraan mereka mencari tempat-tempat makan yang menarik bersempena dengan perayaan Krismas ini!. 

GO-GO-GO! CHRISTMAS SPECIAL
TX: 9.30pm

Go-Go-Go! Christmas Special membawakan kepada anda selebriti-selebriti terkenal bergabung tenaga dalam beberapa acara yang  cukup menghiburkan!
24 DISEMBER 2008, CHRISTMAS EVE:

Popcorn Wednesday: Elf
TX: 10.00pm – 11.55pm

Buddy (Will Ferrell) telah dibesarkan oleh pari-pari (elf) dan pada suatu hari Santa membenarkan Buddy ke bandar New York untuk mencari bapa kandungnya, Walter Hobbs (James Caan). Hobbs merupakan seorang manusia yang tidak bertanggunjawab dan beliau sendiri tidak pernah tahu bahawa Buddy merupakan anak kandungnya. Sementara itu Buddy menikmati hari-hari yang begitu menggembirakan di kota New York dan mula mempelajari cara hidup manusia. Apabila perhubungan Walter dan Buddy mula mengganggu pekerjaannya, beliau telah diarah untuk berfikir yang mana satu lebih penting dalam kehidupannya.
THE 8TV QUICKIE CHRISTMAS SPECIAL
TX: 11.55pm

Bersama-sama meraikan 8TV Quickie untuk mengetahui apa yang mereka lakukan sempena Hari Krismas tahun ini!

25 DISEMBER 2008, CHRISTMAS DAY:

M.NET KM MUSIC VIDEO SPECIAL
TX: 10.00am

The M.Net KM Music Video Festival merupakan sebuah rancangan yang memuatkan muzik-muzik video artis popular. Kali ini, mereka akan mempersembahkan “Korean Music Awards” yang akan membawa anda melihat rancangan yang cukup berprestij yang mengangkat pemuzik-pemuzik hebat dari Korea.

SWAROVSKI FASHION ROCKS
TX: 12.15 midnight

Swarovski Fashion Rocks merupakan sebuah program yang gilang-gemilang meraikan lebih 2 juta kristal dalam majlis yang penuh glamour ini.

FORBES TOP 20 UNDER 25: YOUNG, RICH AND FAMOUS
TX: 12.00pm

Barisan nama-nama besar yang masih berusia bawah 25 tahun yang berjaya menempa nama dan mempunyai aset paling tinggi bakal terjawab. Dari golongan selebriti hingga ke ahli sukan, Forbes akan menyenaraikan selebriti-selebriti yang menerima bayaran tertinggi dalam karier masing-masing. Senarai ini termasuk pasangan kembar Olsen, Daniel Radcliffe, Hillary Duff dan ramai lagi.

VIKING
TX: 2.00pm

Merupakan sebuah ‘gameshow’ yang mana seramai 50 orang peserta terpaksa menghadapi kesukaran dalam melengkapkan sesuatu tugasan yang pastinya mencabar minda. Mereka yang terselamat dari pusingan penyingkiran akan kembali ke pusingan seterusnya. Kesemua peserta terpaksa melalui 4 peringkat yang sukar iaitu “1st Marine”, “2nd Adventure”, “3rd Fantasy” and “Final Viking”.

8-E NEWS CHRISTMAS SPECIAL
TX: 4.00pm

8 E-News Christmas Special membawakan kepada anda program yang memberikan info hiburan Cina secara meluas. Pasangan pengacara popular Gary and Natalie akan berkongsi dengan anda info-info terkini tentang industri hiburan, tidak lupa juga gossip-gosip yang hangat!

CHRISTMAS MOVIE SPECIAL: SOUND OF COLOUR
TX: 5.00pm

Keung (Tony Leung) menemui seorang wanita buta yang cukup cantik bernama York (Miriam Yeung). Namun takdir telah malang menimpa Keung apabila beliau juga menjadi buta. York tidak pernah berhenti memberi sokongan untuk membantu Keung menjalani kehidupan sebagai orang yang cacat penglihatan.

2008 VH1 ROCK HONOURS
TX: 9.30pm – 11.30pm

The VH1 Rock Honors merupakan rancangan tahunan yang akan mengumumkan band yang banyak memberi pengaruh dan impak yang besar dalam industri muzik rock.

JANICE DICKINSON MODELLING AGENCY: CHRISTMAS SPECIAL
TX: 11.45pm

Jangan lupa menyaksikan aksi Janice Dickinson dan model-modelnya dalam pada Hari Natal nanti

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Green Sunny Christmas Magical Chrismas Musical di Hari Krismas RTM
  • TIGA FILEM ANIMASI HEBAT DISIARKAN KHAS KRISMAS
  • Program TV Menarik Sempena Krismas di 8TV
  • RTM Siar 6 Filem Inggeris Khas Sempena Sambutan Krismas
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Program Menarik Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Program Khas Sempena Merdeka Ke-52 di 8TV



  • Satu Komen untuk entri “Program Menarik Sempena Krismas di 8TV”

    1. Honeybee kata:

      Janice … hmm .. tringat Tyra Banks. Bla nk siarkn ANTM?

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!