in

Program Menarik Sempena Chap Goh Mei di 8TV

8TV SIAR PROGRAM MENARIK SEMPENA CHAP GOH MEI

Sempena perayaan Chap Goh Mei yang bakal menjelang tidak lama lagi, 8TV telah menyediakan program-program menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga. Pelbagai program menarik dari filem ke rancangan anugerah telah disusun untuk hiburan anda! Pastikan anda berada di rumah untuk meraikan Chap Goh Mei bersama 8TV!

Tayangan perdana di Televisyen Malaysia
34th Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation Concert
Tarikh: 4 Februari 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 – 10.30 malam

Rancangan anugerah paling berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh kaum berbangsa Cina kini kembali. 8TV bakal menyiarkan ‘34th Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation Concert’. Rancangan anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat seni ini bakal dihadiri bintang-bintang popular dalam industri muzik Cina. Anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan-persembahan menarik dari artis-artis ternama. Saksikan bintang pujaan anda Eason Chan, Raymond Lam, Khalil Fong, Twins dan ramai lagi dalam ‘34th Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation Concert’ eksklusif di 8TV!

Movie Special
Working Class
Tarik siaran: 6 Februari 2012
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang

Yam, Sunny dan Ah Hing merupakan rakan baik dan ketiga-tiga mereka telah dibuang kerja. Yam terpaksa menipu yang beliau telah dinaikkan pangkat kerana tidak mahu mengecewakan ibu beliau. Hing pula terpaksa meminta bantuan Sunny kerana kesempitan wang. Teman wanita Sunny bernama June tidak bersetuju dengan tindakan Sunny yang bermurah hati membantu rakan-rakan beliau. Trio ini bernasib baik kerana diambil bekerja di sebuah kilang membuat mee. Namun pengurus syarikat tempat mereka bekerja tidak mengambil berat soal pekerja dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap pekerja mereka. Kesemua pekerja berpakat menentang pihak syarikat untuk menuntut keadilan. Apakah yang bakal terjadi kepada Yam, Sunny dan Ah Hing? Saksikan filem ‘Working Class’ di 8TV!
Dibintangi oleh: Sam Hui, Teddy Robin, Joey Wong

A Date With Lu Yu – Lu Chen
Tarikh siaran: 7 Februari 2012
Hari: Selasa
Masa: 2.00 – 3.00 petang
Bahasa: Mandarin

Rancangan temu bual popular ‘A Date With Lu Yu’ kembali. Lu Yu yang sinonim dengan gelaran ‘Oprah Asia’ sememangnya popular di kalangan masyarakat berbangsa Cina. Kali ini beliau menemubual Ahli Silap Mata terkenal Lu Chen. Saksikan temu bual ekslusif ini di mana Lu Yu akan membongkar rahsia kejayaan Lu Chen yang telah mula melakar nama sejak berusia 12 tahun apabila memenangi ‘Taiwan’s Youth Magic Contest’.

列印

Tayangan Perdana di Televisyen Malaysia
Countdown Concert Live in Taiwan 2012

Bahagian 1
Tarikh siaran: 4 Februari 2012
Hari: Sabtu
Masa: 6.30 petang – 8.00 malam

Bahagian 2
Tarikh siaran: 11 Februari 2012
Hari: Sabtu
Masa: 6.30petang – 8.00 malam

Taiwan membuka tirai 2012 dengan sebuah konsert hebat! Saksikan bintang-bintang terkenal antaranya Show Luo, Rainie Yang, JJ Lin, Kenji Wu dan Sam Lee beraksi di pentas menghiburkan penonton dengan lagu popular masing-masing. Konsert yang berlangsung pada 31 Disember 2011 yang lalu akan disiarkan buat pertama kalinya di televisyen Malaysia menerusi saluran hip 8TV! Jangan ketinggalan menyaksikan penyanyi popular kegemaran anda dalam ‘Countdown Concert Live in Taiwan 2012’.

“Chap Goh Mei ini 8TV bakal menghidangkan program-program menarik khas untuk penonton setia kami. Pastikan anda berada di rumah untuk meraikan Chap Goh Mei bersama kami!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program menarik 8TV! 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

LuYu (1)

Working Class (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Brilliant Mind

U Mobile Postpaid Customers Rewards Bcard