in

Program Menarik Sempena Aidilfitri TV9

Antara program TV9 sempena Aidilfitri

Ketupat Rendang Kopi O -Raya Pertama,Ahad, 20 Sept, 08.00pg
Ketupat Rendang Kopi O membawakan pengisian yang sedikit berlainan sempena Aidilftri ini diantaranya persembahan istimewa lagu-lagu raya nostalgia 70-an dan 80-an Dato’ Ahmad Jais, dan kemudianya akan berlintas langsung di Masjid Negara untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya ke PWTC bagi liputan Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Di samping itu, penyampaian hadiah kuiz Ketupat Rendang Kopi O di Sri Pentas yang menawarkan pakej umrah untuk 2 orang. Pada Hari Raya kedua pula, penonton dapat menyaksikan selebriti jemputan menunjukkan kebolehan mereka memasak juadah-juadah istimewa dan antara selibriti yang dijemput adalah Dato’ Khadijah Ibrahim, Chef Nazri yang merupakan anak kepada Chef terkenal, Chef Wan, Pemenang LG Mystar Wana dan juga keluarga Pengarah Terkenal, Dato’ Yusof Haslam. Untuk Hari Raya ketiga pula akan bertemakan duit raya dimana ianya akan diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang. Selain itu, pada program kali ini anak-anak ini berpeluang untuk mendapatkan tips-tips berguna untuk menabung daripada Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Antarabangsa Permodalan Nasional Berhad Puan Jamiah Abd Hamid.

Meriahnya Anak Ramai – Raya Pertama, Ahad, 20Sept, 3.30ptg
Program ini memaparkan sebuah keluarga yang mempunyai 16 orang anak di Terengganu. Ia akan membawa penonton menghayati suasana kehidupan keluarga terbabit melayan kerenah anak-anak mereka. Di samping melayan anak-anak ibu bapa juga mempunyai aktiviti atau pun pekerjaan yang harus dilakukan untuk menyara keluarga. Walaupun mempunyai anak yang ramai, keluarga terbabit tetap menjalani kehidupan penuh keceriaan tanpa mengadu nasib pada orang lain. Malah mereka mampu memberi pendidikan kepada anak-anak.

Suatu Hari Di Hari Raya – Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 6.30ptg
Dengan membariskan pelakon seperti Atilia, Adibah Nor, Tony Iesouf dan Cheryl Samad. Drama ini memaparkan jiwa, karakter dan jalan cerita yang berbeza, masing-masing belajar erti cinta dan kegagalan serta penghargaan dalam liku-liku hidup yang dihadapi. Mereka mempunyai matlamat dan impian yang ingin dicapai tetapi apa yang terjadi tidak memuaskan hati masing-masing, sehinggalah terjadinya pelbagai konflik. Saksikan drama ini pada hari Raya pertama dan kedua September nanti.

Peluang Kedua – Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 5.36 ptg
Rancangan 1 jam berbentuk majalah yang akan memaparkan tiga kisah ketabahan insan-insan yang menerima dugaan yang paling besar dalam hidup mereka dan memperoleh peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Rancangan ini menceritakan kegembiraan mereka menyambut Aidilfitri setelah menerima ‘Peluang Kedua’ itu.

Pondok Pondok Raya – Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 8.30mlm
Pondok-pondok akan meraikan pertama kali menyambut Hari Raya. Pengacara Nabil akan meraikan dengan berkongsi cerita serta pengalaman menyambut Hari Raya. Ditambah lagi keseronokan dengan permainan mini raya dan menyediakan juadah Raya oleh kanak-kanak serta artis undangan.

Halaqah Raya – Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 9.30 mlm 
Restu atau redha dalam Islam terutama ketika menyambut Aidilfitri, Bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan keredhaan dari sudut kekeluargaan .Apakah restu yang perlu kita capai semasa menyambut Aidilfitri. Tajuk bagi minggu ini adalah ‘restu’ dimana ia akan dibincangan oleh dua orang panel iaitu Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Roslan Mohamed.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Rekaan Busana Muslim Marhaban Di Astro 2009

Drama Laungan Takbir Menjelang Aidilfitri 1430H