in , , ,

Ini Program Menarik Radio Ai FM Yang Harus Dilayan

Radio Ai FM Kongsi Segmen-Segmen Menarik Di Tahun Baharu Cina Ini

Tahun Baharu Cina kali ini disambut meriah bukan hanya di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 dan TV2 malah saluran radio berbahasa Mandarin, Ai FM turut sama memeriahkan suasana sambutan tahun ini.

‘Harimau’ dipilih menjadi ikon bersempena Tahun Harimau yang disambut tahun ini menurut kalendar Cina sebagai tema pada setiap program-program yang telah disediakan oleh Ai FM. Seramai 10 orang DJ-DJ Ai FM akan menemani pendengar dengan celoteh-celoteh menceriakan di sepanjang 3 hari bersiaran yang bermula pada 13 Februari 2010 hingga 15 Februari 2010.

Sepanjang 3 hari bersiaran, bermula dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi, para pendengar akan disajikan dengan Segmen ‘Harimau Aksi’ yang akan dikendalikan oleh DJ Jin Xin dan Lijin. Mereka pastinya ceria menyampaikan maklumat dan informasi bertemakan adat tradisi masyarakat Cina. Pelbagai Informasi dan maklumat berkenaan tradisi perayaan Tahun Baharu Cina akan dikongsi selain berita-berita terkini yang akan disampaikan.

Kemunculan DJ Pei Yin dalam Segmen ‘Harimau Ceria’ yang bersiaran dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang pastinya dinanti-nantikan oleh pendengar setia Ai FM. Resipi-resipi menarik dan juadah yang pastinya lazat sempena Tahun Baharu Cina ini akan dikongsikan bersama pendengar. Selain dari itu, informasi berkenaan dengan Feng Shui dan Zodiak juga akan diberikan bagi membantu pendengar Ai FM dalam membuat persediaan dan perancangan yang lebih rapi di sepanjang Tahun Harimau yang disambut kali ini.

Pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, bersama-sama Ai FM mendengarkan celoteh DJ Jia Wen yang ditemani artis tempatan sebagai jemputan khas pada Segmen ‘Harimau Tuah’. Telatah lucu mereka berkongsi cerita terbaru selain pengalaman Tahun Baharu Cina pastinya akan mencuit hati. Pengalaman, pandangan dan cita-cita pelajar-pelajar dalam menyambut Tahun Harimau kali ini juga dikongsikan oleh DJ Jia Wen buat pendengar setianya.

Menyusul seterusnya, Segmen ‘Harimau Rentak’ yang akan dikendalikan oleh DJ Xiao Fen bersiaran di Ai FM bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Segmen ini akan membawa anda untuk mengenali diri melalui panduan tarot, horoskop dan kaunseling bagi memudahkan pe ndengar mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi pada tahun ini. Selain itu, Ai FM tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik apabila turut berkongsi bersama golongan ini memahami keperitan hidup yang mereka lalui bagi memberi kesedaran buat semua pendengar.

Segmen ‘Harimau Ria’ mengakhiri senarai program-program menarik di Ai FM sepanjang 3 hari bersiaran. Bermula dari jam 10.00 malam hingga detik 2.00 pagi, DJ Bi Zhi akan menemani malam-malam tahun baharu Cina dengan celotehnya menghubungi DJ-DJ radio yang berpeluang pulang ke kampung halaman bagi menyambut sambutan perayaan kali ini. Pengalaman Tahun Baharu Cina dan imbasan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2009 akan dikongsikan buat semua pendengar bagi turut sama menetapkan sasaran seterusnya di tahun 2010.

Jangan lupa untuk bersama-sama Ai FM mendengarkan celoteh DJ-DJ popular bersama segmen-segmen terbaik dan lagu-lagu terkini sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Drama My Sassy Wife Xu Xiao Mei

Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1