in

Program Menarik & Eksklusif di Indo Pek Astro

[dropcap]M[/dropcap]ei ini Indopek membawakan sebuah sinetron kesinambungan dari Filem Dalam Mihrab Cinta, lakonan hebat Dude Harlino dan Asmirandah. Asmirandah (Silvi) meninggal akibat kecelakaan.

Syamsul (Dude Harlino) meneruskan kehidupannya dengan meminang Zizi (Meyda Sefira). Maka bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri dengan pelbagai dugaan dan halangan dalam Sinetron Dalam Mihrab Cinta. Setelah menikah, Syamsul dan Zizi tinggal di Jakarta. Syamsul menjadi mubaligh muda yang terkenal. Posisinya sebagai pengisi siraman rohani di Edu TV semakin kuat. Nama Syamsul semakin bersinar. Zizi dengan kedalaman ilmu agamanya menjadi tempat berteduh Syamsul di saat suka maupun duka. Nadia (Risty Tagor), adik Syamsul, tinggal bersama mereka.

Syamsul dan Zizi, meskipun terkenal tetapi sangat merendah diri. Syamsul bergumul dengan masyarakat sekitar dan menyelesaikan masalah kemasyarakatan yang ada dengan pemahaman agamanya yang menyejukkan. Ia pun masih tetap mengajar Della (Nabila Chairunnisa) mengaji.

Syamsul berusaha mengamalkan apa yang dia sampaikan dalam ceramahnya dalam kehidupan sehari-hari. Apakah rintangan dan dugaan untuk mereka tempuhi? Ikuti kisah selanjutnya Sinetron Dalam Mihrab Cinta hanya di Pelangi 142. Akan disiarkan setiap isnin hingga Khamis jam 8 malam mulai 16 Mei 2013.

BINTANG 141
Show Imah, sebuah program bual bicara yang diacarakan oleh Soimah Pancawati telah menemui peminat setianya. Bual bicara ini bertemakan ‘lucu’ sinonim dengan dirinya yang juga seorang pelawak. Program ini menghadirkan bintang tamu yang terkenal dan Soimah dengan loghatnya “Masalah Buat Loe” akan mengupas berita-berita sensasi bintang tamunya. Setiap Khamis jam 9 malam.

Program ‘Indonesia Mencari Bakat 3’ hampir ke penghujungnya. Program yang memaparkan bakat-bakat baru Indonesia yang dihakimi oleh Titi Sjuman, Shahrini, Deddy Corbuzier dan Addie Ms. Juga di acarakan oleh pengacara terkenal Omesh. Setiap sabtu dan ahad ditayangkan sama hari dengan Indonesia jam 8.00 malam. Bakat manakah yang akan bergelar juara? Antara pelukis pasir dan penari tradisional? Saksikan komen, kritikan dan keletah para juri yang mencuit hati.

Bagi peminat seni mempertahankan diri, saksikan Tarung Muay Thai Indonesia (The Fight) setiap Khamis, jam 10 malam. Sebuah program “reality show” yang menampilkan 16 peserta dari pelbagai daerah di Indonesia bagi merebut hadiah utama Rp. 50.000.000,(RM15,000) dan “sabuk”(tali pinggang) yang di akreditasi oleh World Professional Muay Thai Federation (WPMF).

Anda ingin mengetahui gosip terkini dan perkembangan sensasi dunia hiburan Indonesia? Saksikan ‘Halo Selebriti’ setiap Isnin-Khamis jam 7 malam dan ‘Hot Shot’ setiap Jumaat- Ahad jam 7 malam. Disiarkan sama hari dengan Indonesia esklusif hanya di Bintang 141.

Teruskan bergelak ketawa dengan sajian istimewa di dalam program ‘Opera Van Java (OVJ)’. Menampilkan penampilan istimewa artis-artis Indonesia seperti Ayu Ting-Ting,Ungu,Inul Darastita, dan ramai lagi. Setiap Selasa dan jumaat jam 9.00malam.

Begitu juga temubual eksklusif pengacara terkenal Tukul Arwana dalam program ‘Bukan Empat Mata’, bersama artis-artis popular Indonesia seperti Dewi Persik,Reza Rahadian,Judika, Vidi Aldiano dan ramai lagi. Setiap Isnin dan Rabu jam 9malam.

Akan Datang!

Haha Hihi sebuah program baru yang berkonsepkan sketsa komedi. Dilakonkan oleh pelawak-pelawak Indonesia seperti Saywho, Fuad, Cacing dan Endah serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Malaysia seperti Shuk (Balas), R2, Jihan, Mamat (Sepah), Arin dan Shiro. Program berdurasi 30 minit ini akan berkisar tentang kehidupan seharian.

PELANGI 142
Sinetron Magic yang disiarkan setiap jumaat hingga ahad jam 8 malam mulai 19 April 2013. Mengisahkan persahabatan tiga anak remaja lelaki dari latar belakang yang berbeda. Mereka menemui sebuah meteor yang jatuh lalu mendapat kuasa magic secara tiba-tiba. Apakah kesudahan kisah mereka? Dapatkah mereka menguasai kuasa baru itu?

Anda ingin tahu tentang pelbagai ragam yang ada di Indonesia samada tentang makanannya, sejarah, budaya dan kepelbagaian yang lain? Program Ragam Indonesia yang bersifat informatif dan sekaligus membuktikan Indonesia sebagai negara yang kaya dengan kepelbagainnya. Setiap Ahad jam 9.00 malam.

Masih banyak hal-hal di sekeliling kita yang tidak kita ketahui secara tepat walaupun hal itu sangat akrab dengan kehidupan seharian kita. Tau Gak Sih merupakan program yang akan memberikan informasi-informasi menarik yang belum diketahui secara umum juga disiarankan setiap Ahad jam 9.30 malam.

“Jama aa ah..Oh Jamaah.. Eeeh… Alhamdu.. lillah..” Itulah kata-kata yang sering diungkapkan dari Ust M. NurMaulana. Program berbentuk kerohanian, ‘Islam Itu Indah’ yang membicarakan topik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Setiap khamis dan Jumaat jam 6.30 petang.

Hiburan Terkini dan Terbaik Indonesia Tanpa Henti hanya di Pakej Indopek. Di Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 kini menyajikan lebih banyak program-program hebat dan menarik dari Seberang, khas buat tontonan peminatnya. Dengan langganan hanya RM12.00 sebulan, penonton dapat menikmati sinetron-sinetron, filem-filem hebat, rancangan komedi bola sepak, seni bela diri, rancangan bual bicara, program kerohanian dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Pecah Bakal Pecah Panggung?

Kose Save The Blue 2013