in

Program Menarik di 8TV Sempena Hari Merdeka

[dropcap]B[/dropcap]ersempena dengan bulan kemerdekaan Ogos ini stesen hip 8TV akan membawakan anda rancangan-rancangan yang cukup menarik untuk meraikan hari kemerdekaan kita yang ke – 56. 8TV telah menyediakan program-program menarik khas untuk peminat setia kami sebagai memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

QUICKIE MERDEKA SPECIAL 2013

Tarikh siaran: 30 Ogos 2013
Hari: Jumaat
Masa: 9.45 malam – 10.45 malam
Durasi: 60 minit
Bahasa: Inggeris
The 8TV Quickie Merdeka Special adalah rancangan permainan yang disertai oleh hos ‘quickie’ yang diberi pelbagai tugasan. Ikuti hos-hos The 8TV Quickie Nadia, Naquib, Brandon, Megan dan Jun Yong bersama tetamu jemputan Darren Ashley.

2012 VIDEO MUSIC AWARDS

Tarikh siaran: 30 Ogos 2013
Masa: 10.45pm – 12.45am
Durasi: 120mins
Bahasa: Inggeris
Saksikan anugerah yang dinanti-nantikan 2012 Video Music Awards di 8TV. Anugerah popular ini dihoskan oleh Kevin Hart dan disiarkan di Staples Centre. Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat dari artis-artis popular antaranya Frank Ocean,as One Direction, Lil Wayne, Wiz Khalifa, Green Day, Alicia Keys feat Nicky Minaj, Rihanna dan Taylor Swift!

MERDEKA PARADE LIVE

Tarikh siaran: 31 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi -10.30 pagi
Durasi: 180 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia / Mandrin

8TV akan menyiarkan Perarakan Merdeka dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Disiarkan secara langsung, program ini akan membawa kita melihat dan memupuk semangat patriotik dalam diri kita. Semangat kemerdekaan bukan sahaja tentang memperingati hari kemerdekaan negara kita malah kita perlu meraikan nilai-nilai murni dan adat resam dan budaya kita yang semestinya unik. Saksikan selebriti popular 8TV Gary, Rickman, Chrystina, Desmond, Baki, Natalie, Orange, Hansen, Angin, dan Winson Mei Sim menjalankan beberapa aktiviti menarik!

MUSIC BANK IN PARIS CONCERT SPECIAL

Tarikh siaran: 31 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 pagi -12.30 tengahari
Durasi: 120 minit
Bahasa: Korean

Perhatian kepada semua peminat muzik K-Pop! Music Bank in Paris akan disiarkan eksklusif fi 8TV! Saksikan arti-artis K-Pop kegemaran anda beraksi di Bercy Stadium In Paris, France! Antara artis yang bakal menggegarkan pentas Muzik Bank ialah Girls’ Generation, 2PM, BEAST, SHINee, 4Minute , SISTAR, T-ara dan U-Kiss.

TVB 44th ANNIVERSARY GALA

Tarikh siaran: 31 Ogos 2013
Masa: 4.00 petang – 6.00 petang
Bahasa: Kantonis
Kami membawa anda malam gala ulangtahun saluran popular TVB! Melangkah ke ulangtahun ke-45, ini merupakan sambutan ulangtahun yang cukup glamor. Saksikan Eric Tsang, Natalis Chan, King Kong, Derek Lee, Liza Wang, Carol Cheng, Astrid Chan dan Sharon Chan yang turut serta dalam majlis gilang gemilang ini.

WE’RE 1 MALAYSIA

Tarikh siaran: 31 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 6:00 petang
Bahasa: Mandarin
Durasi: 60 Minit

Sertai Rickman dan Orange dalam sebuah program dokumentari tentang 1 Malaysia. Ikuti perjalanan mereka yang akan membawa kita tentang sejarah sistem stesen keretapi di Malaysia. Dari Taiping hingga ke selatan Malaysia, pelbagai kisah menarik yang akan dikongsi bersama penonton.
STEP UP 2

Tarikh siaran: 31 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 malam – 12.30 tengah malam
Durasi: 120 minit
Bahasa: Inggeris

Ini merupakan sekuel filem Step Up yang akan membawa anda kembali ke Maryland School for the Arts. Ikuti kisah Andie West yang baru kematian ibu bapa dan terpaksa tinggal di rumah Sarah. Andie menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di Maryland School of Arts dan apa yang membuatkan beliau bertahan ialah kecintaan beliau dalam ‘street dance’. Apakah kesudahan kisah Andie? Saksikan Step Up 2 yang pastinya penuh dengan cerita menarik, gerak tari kreatif dan muzik-muzik hebat!

MUSIC SPECIAL: ONE DIRECTION: ALL THE WAY TO THE TOP

Tarikh: 31 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 12.45 tengah malam – 1.45 pagi
Durasi: 60 minit
Bahasa: Inggeris

Berita baik untuk peminat tegar One Direction! 8TV akan menyiarkan sebuah rancangan khas Sebuah rancangan khas One Direction: All The Way to The Top yang akan membawa anda mengikuti perjalanan kumpulan remaja popular One Direction! Kumpulan yang ditubuhkan menerusi program popular The X-Factor, peminat dapat menyaksikan lima jejaka kacak ini yang muncul dengan single What Makes You Beautiful yang telah terjual sebanyak 2,460,000 unit!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Julang Anugerah di Asean Business Awards 2013

Innershine Beri Ganjaran Kepada Wanita Di Guardian