in

Program Menarik Bervariasi di Saluran TVi

SALURAN TVi (ASTRO 180) KONGSI VARIASI PROGRAM MENARIK SEPANJANG NOVEMBER INI

Mensasarkan kelompok penonton khususnya di kalangan remaja dan ingin menarik perhatian penonton di Semenanjung mengenali budaya dan realiti kehidupan masyarakat di Sabah dan Sarawak, Saluran TVi (180 Astro) sepanjang November ini menjanjikan tayangan program-program menarik hujung minggu buat penonton setia salurannya.

Bermula pada 12 November 2011 dengan tayangan dua program; Around Malaysia In 13 Weeks (setiap Sabtu, jam 8.00 malam) dan Impresi Percikan Warna (setiap Sabtu, jam 8.30 malam). Kemudiannya disusuli dengan tiga lagi program menemui penonton mulai 13 November 2011 iaitu Karavan (setiap Ahad, jam 8.00 malam), Kembara Sungai Johor (setiap Ahad, jam 8.30 malam) dan diakhiri program Gegar Generasi Baru (setiap Ahad, jam 02.00 petang).

6.Gegar Generasi Baru2

Menerusi program travelog Around Malaysia In 13 Weeks, penonton berpeluang berkongsi informasi yang disampaikan pengacaranya, Yew Han tentang tiga belas negeri di Malaysia. Rancangan ini mengupas meklumat mengenai sejarah, tradisi dan masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di setiap negeri yang dikunjungi. Program ini turut memaparkan budaya hidup mereka serta makanan tempatan yang pelbagai dan unik selain memperkenalkan tempat-tempat membeli-belah cenderahati yang mengenakan harga yang berpatutan.

Peminat program dokumentari saksikan Impresi Percikan Warna yang memaparkan kisah mengenai pengembaraan YM Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid selaku Yang DiPertua Gabungan Persatuan Pelukis Se-Malaysia dalam menterjemahkan lokasi-lokasi sejarah yang terkenal di Malaysia termasuk lokasi yang diikhtiraf sebagai ‘Warisan Dunia’ dalam lukisannya. Rancangan travelog ini ini turut memaparkan temubual bersama para pelukis terkenal ibunegara dan ahli-ahli sejarah tempatan sambil memberi pendedahan kepada para pelukis dan peminat lukisan tentang keunikan watercolor painting. Program ini menampilkan hos Julia Mohd Tahir.

Khas untuk tontonan remaja, saksikan program Karavan, dokumentari pelancongan yang memaparkan aspek-aspek sejarah Malaysia dari perspektif dan sudut pandangan golongan remaja. Menariknya pengacara terdiri daripada remaja Melayu, Cina dan India menjelajah tempat-tempat bersejarah di Malaysia seperti tapak sejarah, lokasi peristiwa, monument atau bangunan bersejarah dengan menggunakan sebuah caravan. Turut dikemukakan pendapat dan pandangan pakar sejarah berhubung lokasi atau premis bersejarah yang mereka kunjungi.

Sebagai memudahkan semua mengenali sejarah Sungai Johor, TVi menyiarkan program majalah Kembara Sungai Johor yang mengupas sejarah Sungai Johor yang dikenali sebagai titik kelahiran dan sumber kegemilangan kerajaan melayu Johor setelah kejatuhan Empayar Melayu Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511. Kembara Sungai Johor turut menjejak kembali warisan peninggalan sejarah yang masih terdapat di persisiran sungai yang bersejarah itu. Ia kemudiannya member tumpuan kepada pelbagai aspek seperti sosial ekonomi, sosial budaya, pelancongan, produk tempatan, gaya hidup dan kebudayaan masyarakat di sepanjang Sungai Johor.

Saksikan juga program candawara Gegar Generasi Baru bercorak kuiz remaja yang dihoskan oleh Mohd Farish yang menyusul kemudiannya. Program ini dibahagikan kepada tiga segmen dimana segmen pertama, Babak mengkehendaki peserta menjawab soalan berdasarkan ‘playback’ sesuatu babak dalam filem yang ditunjukkan. Segmen kedua ialah segmen Raja Karaoke dimana peserta dikehendaki menyanyi secara karaoke tetapi terdapat sepuluh perkataan dalam lirik akan disalahkan. Segmen ketiga adalah segmen aksi dimana setiap pasangan dikehendaki untuk melakukan permainan-permainan aksi seperti yang telah ditetapkan. Kumpulan yang berjaya mendapat nilai markah tertinggi akan layak ke pusingan bonus yang mana dikemukakan soalan berkenaan ‘tagline’ artis atau dari filem. Pemenang di pusingan bonus akan mendapat hadiah bernilai RM1000 dan juga nilai wang yang berjaya dikumpul.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan program terbaharu RTM ini hanya di Saluran TVi (Astro 180).

5.Gegar Generasi Baru

7.Gegar Generasi Baru 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Belajar Betulkan Bahasa Secara Santai Di TV2

Gambar Siti Saleha di Media Prima TV Networks Screening 2012