in

Jom SAMA-SAMA Raikan 60 Tahun Malaysia Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 60 tahun yang lalu, Stadium Merdeka, gegak gempita dengan laungan kata keramat 20,000 rakyat Tanah Melayu yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Laungan penuh sejarah itu menjadi tanda bebasnya Tanah Melayu daripada jajahan British secara rasmi pada 31 Ogos 1957.

16 September 1963 menjadi satu lagi detik bersejarah selepas kemerdekaan apabila negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung untuk membentuk Malaysia.

SAMA SAMA - Kita Malaysia

Dan hari ini, 60 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, masih utuh berkembang menjadi sebuah negara pesat membangun. Bersempena Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8tv, TV9 dan tonton (MPTN) ingin sama-sama meraikan bulan kemerdekaan dengan kempen kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu “SAMA SAMA – Kita Malaysia”.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Cik Sherina Nordin, “Tema Sama Sama dipilih lanjutan daripada kempen Terima Kasih yang telah berlangsung dengan jayanya pada Ramadan Raya lalu. Ingin menyemai dan menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia seterusnya mempamerkan rasa kebersamaan dan cintakan Negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketepikan perbezaan pahaman politik, perbezaan warna kulit dan apa jua yang memisahkan kita daripada terus bersatu kerana utuhnya sesebuah Negara itu adalah melalui perpaduan semua. Diharapkan dengan kempen Sama-Sama ini, kita dapat sama-sama memupuk rasa saling hormat menghormati, sama-sama membangkitkan semangat kekitaan, bantu membantu dan seterusnya sama-sama menjaga kedaulatan negara kita, Malaysia.”

SAMA SAMA - Kita Malaysia

4 TERAS UTAMA KEMPEN SAMA-SAMA:

MPTN menawarkan 4 teras utama bagi kempen SAMA-SAMA ini, iaitu:-

1. IKLAN KEMERDEKAAN SAMA-SAMA
Bagi setiap musim perayaan atau peristiwa yang diraikan, tarikan utama sudah pastinya iklan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para penonton. Iklan yang menekankan konsep SAMA-SAMA ini akan mula bersiaran di kesemua Rangkaian MPTN, radio dan HM Digital pada 19 Ogos ini.

2. LAGU TEMA SAMA-SAMA
Lagu Mulanya Di Sini nyanyian kumpulan Freedom, diberi nafas baru dan dipilih menjadi lagu tema kempen SAMA-SAMA dengan susunan muzik yang berbeza bersesuaian dengan tema merdeka.

3. AKTIVASI DIGITAL
i- Facebook: Sama-Sama 60 Tahun
Melalui aplikasi facebook ini, MPTN akan memuat naik 60 gambar menarik bersempena pencapaian dan kejayaan yang dikecapi Malaysia setiap tahun bermula pada tahun 1957 Malaysia merdeka. Dengan hanya memasukkan tahun kelahiran atau tahun pilihan anda, anda akan mengetahui 60 fakta berbeza yang menarik mengenai Malaysia. Jangan lupa untuk mencuba aplikasi Facebook ini bermula 28 Ogos ini.

ii- Peraduan @instagram
Muat naik sekeping gambar yang mengambarkan kempen Sama-Sama dengan hashtag #samasama atau #samasamakitamalaysia dan tag 3 rakan bermula 16 Ogos hingga 12 September ini untuk peluang memenangi hadiah utama iPhone 7 dan hadiah minggu RM100 baucar membeli belah.

4. BUAIAN SAMA-SAMA DI MID VALLEY MEGAMALL
Bagi memeriahkan lagi kempen SAMA-SAMA ini, Media Prima dengan kerjasama Mid Valley Megamall turut menyediakan set buaian yang direka khas tanda sokongan terhadap kempen ini. Buaian SAMA-SAMA ini boleh dinikmati rakyat Malaysia bermula 17 Ogos hingga 17 September depan. Jangan lupa kongsikan detik menarik anda bergembira di buaian SAMA-SAMA di media sosial dan hashtag #samasama.

SAMA SAMA - Kita Malaysia

PROGRAM MENARIK BERSEMPENA HARI MERDEKA

TV3
HANYA TUHAN YANG TAHU
Rabu, 30 Ogos, 2.00 petang
Ramlan dan Maria membawa anak perempuannya, Shazlin untuk tinggal bersama mereka demi keselamatan Shazlin. Dia telah dipukul oleh Along kerana suaminya, Iskandar berhutang. Shazlin hanya diam tetapi tertekan dengan permasalahan itu. Ramlan pula bersimpati pada Iskandar dan ingin membantunya menyelesaikan hutang Iskandar dengan Along. Tetapi dalam masa yang sama, Ramlan memasang perangkap adakah benar Iskandar berhutang dengan Along.
Pelakon: Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Wan Sharmila, Shaharudin Tamby, Ozlynn Wati, Aida Khaleeda, Boy Iman, Taufik Hanafi

SELIMUT MERDEKA
Khamis, 31 Ogos, 2.00 petang
Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki. Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga. Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya.
Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah. Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.
Pelakon: Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden dan Faiz Faitullah ini nanti.

SAMA SAMA - Kita Malaysia

PURNAMA
Khamis, 31 ogos, 10.00 malam
Kisah di Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis. Yamim, baru sahaja kematian isteri Salmah. Yamim ingin menuntut bela kematian isterinya lalu mengajak dua rakannya, Purnama dan Isa untuk bertemu pegawai Melayu yang dikatakan bertanggungjawab atas kematian Salmah. Atas keberangkatan mereka, Anum adik ipar Yamim ditinggalkan bersama Aminah. Tetapi kerana kedegilan Yamim yang ingin bersemuka dengan pihak komunis, mereka bertiga telah menjadi tahanan komunis. Mereka didera kerana dikatakan menjadi mata-mata orang Inggeris. Aminah juga turut memperjuangkan nasib Purnama, walaupun diancam komunis tetapi malangnya Anum pula dibunuh komunis. Isa terkorban, namun Yamim dan Purnama akhirnya berjaya lolos daripada seksaan komunis.

Purnama kemudiannya diangkat menjadi wira kerana memperjuangkan nasib anak bangsa dalam menentang komunis. Yamim yang mengetahui mengenai berita itu, merasa marah dan menyimpan dendam pada Purnama kerana sepatutnya dia yang dijulang menjadi wira.
Pelakon: Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira dan Zulkifli Ismail ini pada Hari Merdeka nanti.

THE STREETS TANAH AIRKU
Setiap Sabtu, 11.30 pagi
The Streets Tanah Airku membawa para penonton ke beberapa tempat terkenal di Malaysia serta berkongsi aktiviti dan makanan menarik yang menjadi tarikan di tempat persinggahannya. Antara lokasi yang akan dipaparkan adalah Jalan Kg. Baru, Jalan Alor, Jalan Connought, Lebuh Chulia, Lebuh Armenian, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Gopeng dan banyak lagi.
Hos: Qi Razali

SAMA SAMA - Kita Malaysia

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN
Setiap Ahad, 11.30 pagi
Jalan- Jalan Makan Angin istimewa edisi merdeka akan mengetengahkan penginapan di Bandar Melaka & di luar Bandar Melaka (Serkam). Di Rucksack terdapat 5 unit bilik berkonsepkan caravan. Terdapat juga jenis bilik lain. Ia dibina daripada sebuah bangle lama. The Hut pula terletak didalam Kg. Serkam. Tarikan utama disitu adalah suasana kg, kawasan nelayan dan Masjid berusia 150 tahun. Episod ini juga diselitkan serba sedikit tentang fakta kemerdekaan.
Hos: Nadzmi Adhwa dan Fikry Ibrahim

TV9
SKRIN DI 9: ANTARA RAHMAH DAN AMAH
Isnin, 28 Ogos, 8.30 malam
Jadual kerjaya yang begitu padat membuatkan Puan Rahmah tiada masa untuk membesarkan anak tunggalnya, Maisarah yang masih di bangku sekolah rendah. Tugas untuk membesar dan menguruskan Maisarah terletak sepenuhnya di bahu Laila, seorang gadis kampung. Laila diambil Puan Rahmah untuk bertugas sebagai ‘amah’ di rumahnya. Ketika sambutan hari Merdeka di sekolah, Maisarah mengambil bahagian dalam pertandingan pengucapan awam dan apabila dia diminta untuk bercakap mengenai ‘Idola Saya’, Puan Rahmah tidak sabar untuk mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Maisarah tentang dirinya. Hatinya tersentap apabila Maisara membuat ucapan yang idolanya merupakan Laila. Apakah Puan Rahmah dapat menebus kembali masa dan kasih sayang yang telah hilang terhadap Maisara?
Pelakon: Rita Rudaini, Atikah Suhaime, Adik Aisha Marie, Kismah Johar, Bell Ngasri, Syarra

SAMA SAMA - Kita Malaysia

8TV
BUG ME NOT
Khamis, 31 Ogos, 2.00 petang
Moon, gadis pelik yang mempunyai keistimewaan untuk bercakap dengan binatang. Moon menyimpan perasaan pada seorang budak lelaki bernama Hyland. Hyland juga rupa-rupanya mempunyai keistimewaan iaitu tindakan reflex yang sangat pantas. Kerana kuasa luar biasa mereka ini, Moon dan Hyland telah dipelawa untuk menyertai satu kumpulan yang mengumpulkan orang-orang yang memiliki kuasa luar biasa yang diketuai oleh Auntie, seorang wanita tua berumur 70 tahun tetapi kelihatan seperti baru berumur 20 tahun.
Pelakon: Isabella Leong, Bolin Chen, Kenny Kwan

Untuk pelbagai lagi informasi menarik mengenai kempen SAMA-SAMA ini, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysia dan TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen SAMA SAMA. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #samasama.

Mencapai kebebasan bukanlah mudah, orang terdahulu sudah banyak bergadai nyawa untuk menghadiahkan kemerdekaan untuk dinikmati pewaris generasinya.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi generasi muda, tidak memandang mudah pengorbanan para pejuang terdahulu. Ucapkan terima kasih tanda penghargaan, eratkan perpaduan dan sama-samalah kita semai semangat cintakan negara. SAMA-SAMA Kita Malaysia!

SAMA SAMA - Kita Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Uniknya PRISON BREAKOUT RUN di Shah Alam Extreme Park

Kiki Poh Pelukis Animasi CARS 3 Terbang ke Tanahair Promosi Filem