• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Program Masakan Sempena Ramadan di RTM

9
  • by Budiey
  • in RTM
  • — 18 Aug, 2009

4 PROGRAM MASAKAN : SAJIAN RAMADAN BERSAMA CHEF WAN, ULI-ULI AIDILFITRI BERSAMA CHEF NAZRI REDZUAWAN, DIET @ RAMADAN DAN ANEKA RASA RAMADAN

Ketibaan bulan Ramadan pada saban tahun membawa sinaran yang menyerikan kehidupan umat Islam. Sebagai penghulu segala bulan, syafaat dan berkat yg dibawa oleh bulan Ramadan tidak terbanding tinggi nilainya berbanding bulan-bulan biasa. Oleh itu, program-program masakan dilihat membantu masyarakat menyediakan sajian berbuka puasa yangg seimbang untuk amalan di bulan Ramadan disamping mempunyai kepelbagaian citarasa untuk dicuba oleh penonton.       

Justeru RTM menjanjikan 4 program masakan istimewa, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.00 pagi), Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi), Diet @ Ramadan (mulai 24 Ogos 2009, Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi) dan Aneka Rasa Ramadan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10.00 pagi).

Berkonsepkan sajian sihat dari negara-negara Islam seluruh dunia, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan membawakan hidangan menepati pelbagai selera dari negeri-negeri berbilang budaya di Malaysia. Selain itu, variasi hidangan berbeza dari negara-negara Islam seperti di Timur Tengah juga turut di muatkan dalam rancangan ini. Untuk memberi lebih pengetahuan dan pengalaman menarik kepada penonton, restoran-restoran yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyajikan hidangan masakan dari Negara Timur Tengah juga turut dipaparkan. Dengan mengketengahkan 1 hidangan dari Negara Timur Tengah dan 1 hidangan tempatan yang enak dan mudah untuk dipelajari tip-tip dan petua memasak dan pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat turut diselitkan dalam salah satu segmen rancangan ini. Keunikkan hiasan dalaman, ukiran-ukiran Khad serta susun atur restoran-restoran ini juga turut dipaparkan untuk menarik minat para penonton supaya datang berkunjung sambil menikmati kelainan rasa sajian Timur Tengah ini.

Rancangan 13 episod yang dihostkan oleh Chef terkenal tanahair (Chef Wan) ini juga menjemput chef-chef selebriti lain seperti Chef Zaidah Mohd Noor, Chef Zamzani Abd Wahab, Chef Florence Tan, Chef Celine Merbeck, Chef Sabri Abu Hassan, Chef Liza Zainol dan juga anak Chef Wan sendiri iaitu Chef Riz bersama-sama menyumbang idea dan resipi untuk dikongsikan bersama penonton.

Menyusul program masakan yang akan dipersembahkan secara santai dan bersahaja, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan yang menampilkan hos, Chef Nazri Redzuwandan tetamu undangan, Safura, Maimon Talib, Normala Omar, Farah Putri dan Nadia Mustafa dimana pada setiap segmen yang akan memasak tiga [3] jenis kuih iaitu satu kuih tradisi dan dua masakan moden iaitu kek dan biskut raya. Demo masakan pertama akan menjalani penggambaran di dapur artis di mana artis akan menyediakan resipi biskut raya. Demo masakan kedua akan dilakukan secara indoor iaitu di dalam studio bersama chef selebriti. Chef selebriti akan menyediakan resipi kek raya. Manakala segmen ketiga akan dilakukan di rumah tetamu undangan sama ada di halaman rumah ataupun di dapur. Tukang masak terdiri daripada makcik-makcik di kampung yang mahir dalam memasak kuih tradisional. Rancangan ini akan memuatkan resipi masakan kuih tradisi dan moden dengan lengkap dan penuh informasi.

Tanpa mengetepikan kepentingan diet dalam pemakanan masyarakat negera kita, RTM turut membawakan program Diet @ Ramadan yang tampil dengan segmen info antaranya memaparkan mengenai Puasa dan Aspek kesihatan. Dalam episod ini info di samping suara latar serta gabungan visual dan grafik akan menerangkan mengenai penggunaan tenaga untuk proses metabolisme dalam badan semasa bulan puasa dan masalah kesihatan yang sering timbul semasa berpuasa. Seterusnya, diikuti dengan segmen Rambang Mata yang mana beberapa orang rakyat Malaysia akan ditemuramah mengenai cara pemakanan mereka di bulan puasa. Seterusnya, seorang pakar pemakanan akan memberi ulasan berkenaan cara pemakanan orang Malaysia. Segmen seterusnya akan menunjukkan demotrasi masakan daripada chef terkenal Malaysia iaitu Chef Kamarul. Manakala dalam segmen terakhir, seorang doktor akan ditemubual membincangkan tentang penyakit Jantung Kordinari dan kesan penyakit ke atas individu yang menjalani ibadah puasa.

Selain itu, penonton juga berpeluang mencuba resipi menarik antaranya, Nasi Tarjine Ikan Jenahak, Paru Masak Cili Berempah, Kerutub Ayam Bulu Balik, Gulai Kawah Rebung Masam, Nasi Lobak Merah, Otak-otak Dedaun Tenggiri dan Ketupat Jagung Bermadu menerusi Aneka Rasa Ramadan, rancangan 13 episod yang memaparkan kepada penonton tentang penyediaan masakan yang sesuai untuk hidangan ketika berbuka puasa. Menampilkan Chef Liza sebagai pengacara dengan tetamu jemputan, Haryati Hamzah, Zul Yahya, Kuza, Kismah Johar, Acong (Sweetchild), Nor Albaniah dan YBhg. Dato Osman Salleh.

Justeru kepada anda yang ingin mencuba pelbagai resipi menarik sambil mementingkan aspek kesihatan usah ketinggalan menonton Sajian Ramadan Bersama Chef Wan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.00 pagi), Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi), Diet @ Ramadan (mulai 24 Ogos 2009, Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi) dan Aneka Rasa Ramadan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10.00 pagi).

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: RTM

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Dokumentari-dokumentari Menarik Merdeka Di TV1
  • Next story Drama Sempena Hari Merdeka di TV2

ENTRI BERKAITAN

  • Siapa Juara Gah 1 Hits 1? 26 Apr, 2010
  • Sini Motor Program Baharu di TVi 20 Jun, 2012
  • Telemovie Menarik Petang Raya di TV2 21 Sep, 2009
  • Filem Stitch The Movie & Raising Helen di TV2 28 Apr, 2011

9 Comments

  1. fuad says:
    Monday, August 24, 2009 at 12:08 pm

    Salam.. saya dah menonton siaran uli – uli aidilfitri.. memang menyeronokkan.. 3 segment.. yang paling best segment bersama chef celebriti & makcik2… chef celebriti tu bukan anak chef wan ler… tu CHEF ASMA… saya memang banyak menghadiri class Chef Asma di luar, buku – buku beliau pun banyak dipasaran & resepi belaiau mmg menarik , blog nya http://chefasma.blogspot.com/… harap segment tu diteruskan …

  2. normah says:
    Saturday, August 29, 2009 at 8:46 am

    kat mne nak cari resepi kek buah dan biskut chef liza

  3. nana says:
    Saturday, August 29, 2009 at 9:42 am

    kenapa resepi kulinary daisy bersama chef liza zainol x de di laman web ??.saya pun nak cuba masak dengan resepi tu

  4. Wan Zainab ismail says:
    Saturday, August 29, 2009 at 11:44 am

    Ya Allah kata untk dpt resepi hanya layar rtm.com apa dah jadi beb baik aku layar suria .com tak ada tipu punya

  5. Nur Qaseh says:
    Sunday, August 30, 2009 at 11:39 am

    Mcm mana nk dptkan resepi dari program yang disiarkan oleh RTM?laman web RTM tak boleh masuk.Kenapa?

  6. miow...miow says:
    Sunday, August 30, 2009 at 3:05 pm

    ermmmmmmmmmmm,,
    sedapnyer…boleh lah cube pas ni …

  7. noobcook says:
    Sunday, September 6, 2009 at 11:40 am

    boleh sesiapa bagitau di mana nak dapatkan resepi dari sajian ramadhan bersama chef wan? Saya cuba cari di rtm website tapi tak jumpa. Update ke tidak ni?

  8. Little says:
    Monday, October 5, 2009 at 11:32 am

    Mana nak dapat kan resipi rancangan uli-uli aidilfitri dan sajian ramadhan chef wan..dah puas cari..xdpt2 ni..anyone can help me??

  9. helga says:
    Monday, August 30, 2010 at 12:15 pm

    Saya juga cuba cari di rtm website tapi tak jumpa….boleh sapa sapa tolong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.