in

Program Majalah Motivasi Pelajar JUARA MINDA

Rancangan yang menampilkan motivasi dan kejayaan personaliti-personaliti yang terbaik di dalam bidang kerja masing-masing antara program menarik yang mula bersiaran hari ini untuk penonton saluran TVi.

Program bertajuk “Juara Minda” ini mengangkat dan menyuntik semangat ‘Bagaimana Untuk Mencipta Kejayaan Dalam Pembelajaran’ dengan mempraktik ’Modul Pendidikan Dan Pengurusan Masa’.

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah

Beberapa orang motivator dan personaliti-personaliti yang telah mencipta pelbagai kejayaan dan kecemerlangan diundang dalam program yang sedang bersiaran setiap Jumaat, pukul 1.00 tengah hari.

Penerbitan ini turut menggabungkan konsep bual bicara dan majalah. Penyampaian bualbicara oleh motivator mahupun ’personaliti undangan’ akan dirakamkan terus dari lokasi mereka berada, sama ada tempat mereka berkhidmat mahupun di lokasi yang ditetapkan, yang berlatarbelakangkan visual yang mampu menghilangkan kebosanan apabila ditonton oleh pelajar dan remaja.

Penonton juga akan dibawa ke sekolah-sekolah terpilih yang telah mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan bagi melihat sendiri bagaiman mereka berusaha seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Antara sekolah terlibat seperti Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Saksikan keupayaan mereka menyuntik motivasi rakan-rakan sebaya ini dalam usaha mencipta kejayaan ini hanya di TVi.

Sekolah Sultan Alam Shah antara sekolah SBT yang telah dipilih untuk menjalani rakaman bagi program JUARA MINDA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arja Lee Drama Bersiri EMBOK BELUM TERBAKAR

Fraser Residence Kuala Lumpur Wins Malaysia’s Leading Serviced Apartment