in

Program Khas Maulidur Rasul 2015 di TV1

Seperti kelazimannya, umat Islam di seluruh negara akan mengadakan sambutan hari Maulidur Rasul sempena keputeraan Rasulullah SAW setiap tahun. Pelbagai acara dalam sambutan Maulidur Rasul akan diadakan seperti perarakan, forum dan marhaban di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 24 Disember ini, telah menyusun pelbagai rancangan menarik sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Menerusi saluran TV1, RTM mengajak penonton sama-sama menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai sajian program khas sekaligus memupuk semangat cintakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Untitled

Bermula dengan “Siaran Langsung Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M”, pukul 7.30 pagi dari MAEPS Serdang. Bertemakan “Perpaduan Nadi Tranformasi Negara”, perarakan sambutan Maulidur Rasul 2015 ini terdiri daripada 118 kontijen dan satu kontijen khas 200 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kemudiannya diteruskan dengan slot Panggung RTM menampilkan telefilem berjudul “Kasyaf” pada pukul 2.00 petang mengisahkan Datuk Zabidi yang ingin bertaubat dan telah mengikut kumpulan agama yang disangkanya baik, namun sebaliknya terjadi. Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem ini ialah Eman Manan, Shahruddin Thamby, Noniswara, Fauzi Nawawi, Shiela Mambo dan Zaryn Min.

Turut disiarkan pada pukul 10.30 malam, “Konsert Alhan Rabbaniyah”, hiburan khas ini menampilkan artis seperti Ramli Sarip, Opiek dan Sharifah Khasif.

Sementara itu pada 27 Disember depan pula, pukul 10.30 pagi disiarkan telefilem keinsafan berjudul “Yassin Buat Bidadari” yang dibintangi oleh Lydiawati, Wan Sharmila, Omar Abdullah, Nabil, Azza dan Namron.

Ia mengisahkan Tuan Baharuddin berdepan konflik jiwa. Dia hartawan berjaya dalam perniagaan tetapi merasakan jiwanya kosong disebabkan tidak pandai membaca surah Yasiin dan ayat al-Quran.

Dia sering bermimpi sebuah keranda diusung turun dari banglo mewahnya tetapi tidak tahu siapa yang meninggal dunia. Dengan rasa rendah diri, Tuan Baharuddin berkongsi perasaan dengan Kadir, tukang sapu di syarikatnya namun selalu menjadi imam apabila sembahyang berjemaah.

Kadir menasihati Tuan Baharuddin supaya kembali belajar mengaji dari awal selagi umurnya masih ada. Kadir mencadangkan majikannya pergi ke sekolah pondok supaya dapat memberi tumpuan kepada pengajian berkenaan.

Ketika Tuan Baharuddin belajar mengaji di sekolah pondok, dia diuji apabila anaknya Idayu meninggal. Dia juga mengetahui isteri mudanya, Norlaily menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain manakala isteri pertamanya Latifah menghidap barah payudara.

Bagaimana Tuan Baharuddin mengharungi segala ujian ini? Padahal dirinya baru sahaja mendekati agama. Berjayakah beliau memimpin isteri keduanya kembali ke pangkal jalan? Bagaimana beliau menenangkan Latifah yang turut sama diberi ujian berat?

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie TALKIN DIBIRAI KATIL Lakonan Syafie Naswip

Drama OLIN DAN ECAN Lakonan Rykarl Iskandar