in

Program Khas Hayati Maal Hijrah 1436H di TV1

Bulan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1435 Hijrah dan selamat datang 1436 Hijrah tahun ini bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Sambutan Maal Hijrah yang di sambut setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan mahu bersama-sama menghadiahkan tayangan program-program khas buat penonton setia salurannya.

[pullquote]Maal Hijrah di TV1 bermula dengan menyiarkan Siaran Langsung Majlis Tahlil dan Doa Maal Hijrah 1436H dari Masjid Negara pada 24 Oktober, pukul 6.00 petang diikuti esoknya, 25 Oktober, pukul 9.25 pagi, Siaran Langsung Perhimpunan Maal Hijrah 1636H dari PICC, Putrajaya.[/pullquote]

Sebuah dokumentari khas bertajuk Satu Hati terbitan JAKIM turut menemui penonton TV1 pada 25 Oktober, pukul 12.30 tengah hari. Program ini mengetengahkan isu perpaduan dalam masyarakat Majmuk. Mufti Wilayah, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Prof. Dr. Taufik Yap Yun Hin dari UPM antara tokoh akademik yang dijemput untuk berkongsi pandangan. Rancangan ini dihoskan oleh Mawi.

Menerusi drama Doa Si Rambut Merah, terbitan Unit Drama TV RTM arahan Fahmi Sarindi yang menemui penonton pada 25 Oktober, pukul 2.00 petang, kongsikan perjalanan cerita menarik tentang kritik sosial masyarakat yang harus ditangani secara dakwah berhemah walau dengan selemah – lemah dengan cara iaitu berdoa.

Ia mengisahkan watak Shiha (Sura Sojangi), Brader Odin (Farid Wari) dan Khalida (Noorkhiriah), tiga individu yang mempunyai karakter yang jauh berlainan dan dipertemukan dengan izin Allah S.W.T. di jalan yang berbeza. Takdir menguji dan menukarkan tempat mereka lalu menyedarkan mereka akan besarnya hikmah Allah dan membuktikan bahawa manusia tidak berhak untuk menghukum sesorang itu melainkanNya.

Shiha seorang gadis yang begitu jahil tentang agama yang inigin mencari jalan pulang. Takdir menemukannya dengan seorang peniaga burger jalanan, Brader Odin yang telah memberinya bungkusan hadiah.

Brader Odin merupakan seorang mahasiswa Feqah dan menjadikan berniaga burger sebagai jalan paling hampir untuk mendekati orang ramai melalui dakwah yang berbeza.

Khalida seorang gadis bertudung labuh tetapi mempunyai perwatakan sinis dan mudah untuk menghukum hanya berdasarkan penampilan luaran sahaja. Khalida turut menyimpan perasaan terhadap Brader Odin.

Bagaimanakah kesudahan kisah mereka bertiga? Berjayakah Brader Odin membimbing Shiha untuk berubah? Adakah Khalida berjaya menawan hati Brader Odin?

Menerusi Email Dari Madrasah pada 26 Oktober, pukul 10.05 pagi lakonan Ungku Ismail, Era Razali, Maria Farida, Rahim Jailani dan Aznah Hamid pula ikuti kisah Rozita seorang janda muda yang baru berpindah ke perubahan baru. Rozita cuba dipikat oleh kejiranan lelaki yang tinggal di situ. Namun pada masa sama anaknya cuba menyatukan Rozita dengan Ustaz Jefri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere INTERSTELLAR – Sensasi Selebriti

AIRISH MIRACLE Tawar Harga Istimewa Untuk Satu Hari Sahaja