Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani



WARGA MALAYSIA BOLEH MENJADI WARTAWAN AWAM DI U-WARTAWAN

Mulai malam Mac 16, Astro AWANI, saluran berita dan informasi 24-jam pertama Malaysia, akan memberikan satu lagi program pertama seumpamanya di skrin TV Malaysia dengan menyiarkan program Kewartawanan Awam yang dinamakan U-Wartawan.

U-Wartawan, yang bersiaran di dalam Bahasa Malaysia, ialah rancangan ehwal semasa interaktif yang memberikan penonton peluang membabitkan diri dalam laporan berita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Program ini yang dikendalikan oleh Nazri Kahar, mendapatkan berita serta pandangan dari orang awam dan blogger setiap hari berkaitan topik penting kepada masyarakat dan negara.

Nazri, yang pernah menjadi hos program perbincangan Astro AWANI seperti Perspektif Kita dan Analisis AWANI, akan disertai seorang tetamu di studio untuk membincangkan topik pilihan secara mendalam semasa program yang disiarkan pada 10mlm dari Isnin hingga Jumaat.

“Dengan kemajuan teknologi, wartawan tidak professional di kalangan masyarakat awam, penonton kami dan pemikir.boleh memberikan laporan,” menurut Rozina Aziz, Pengurus Besar Astro AWANI. “Bersama wartawan terlatih kami, mereka dapat membantu warga Malaysia melihat sesuatu laporan dari sudut berbeza.”

Mereka yang berminat menjadi Wartawan Awam boleh menghantar laporan tentang topik pilihan dalam pelbagai cara iaitu melalui blog, emel, facebook, SMS, MMS dan video.

“AWANI Pagi dan U-Wartawan ialah program terbaru yang dilancarkan oleh Astro AWANI,” Rozina berkata

Pada Mac 9, buletin baru waktu perdana saluran ini, Agenda AWANI,  dan program perbincangan yang unik dan bertepatan, Focus Economy, memulakan siaran.

“Kami sentiasa berusaha memberikan berita dan maklumat yang berkaitan dengan penonton kami. Pasukan editorial professional kami ingin menyampaikan laporan yang mendalam dan seimbang serta perbincangan yang mencabar dan menarik dari segenap sudut dalam isu-isu berkenaan,” tambah Rozina.  

Nazri Kahar sebagai hos U-Wartawan pada 10mlm Isnin hingga Jumaat di Astro AWANI. U-Wartawan disiarkan pada 10mlm Isnin hingga Jumaat di Astro AWANI, saluran 501.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PAGI ANDA DI ASTRO AWANI
  • Astro Awani Saluran Terbaru Channel CNN versi Malaysia?
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • TAMU AWANI BERSAMA DR K S JOMO
  • LIPUTAN ANGKAT SUMPAH PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT KE – 44
  • Barack Obama IN-DEPTH COVERAGE INAUGURATION OF THE 44TH US PRESIDENT
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Raja Hendon Mastura Rampas Wira Dani Dari Camelia?
  • Jom Beli Akhbar KOSMO! Hari Ini!
  • Keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti 24 hingga 28 Mac 2009



    • http://www.muhdfarhan.com muhdfarhan

      salam. Saya dah g lawat blog tu. Baru 5 orang yang follow. Aik , yang saya pelik tu kenapa guna blogspot? kan better guna domain sendiri. Tak kan astro tak ada bugdet kot..

    • Art Melayu

      Saya harap dapat merancanakan wancana bersama Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri, bincang dengan tulus masa hadapan Malaysia.

    • hangjebat

      Saya amat berterima kasih kerana mencipta program yang bermutu setiap hari.dan yang paling jelas program yang membuka minda penonton.
      harap astro awani meneruskan program dan memantapkan lagi dengan menjemput sesiapa saja yang berkualiti.termasuklah ketua pembangkang. apakata kalau ditemukan mereka dalam satu wacana/program bagi menyentuh isu yang membina.

    • http://- alameen

      terima kasih awani…..melalui rancangan ni,kmi bleh mgetahui isu isu semasa yang berlaku di dunia ini dgn mudah dan jelas……..

    • ki

      sy harap rancangan awani perlu memperbanyakkan isu hal pekerbangan pembangunan di malaysia



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK