in

Program Kemerdekaan Mengisi Jiwa Patriotik di RTM

[dropcap]K[/dropcap]emeriahan Aidilfitri diteruskan dengan menyambut kehadiran bulan kemerdekaan yang ke 56, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) menyajikan variasi program menarik di tiga saluran RTM iaitu TV1, TV2 dan TVi. Lebih 30 program dengan pelbagai genre mengisi slot buat para penonton setia RTM.

TV1
Saluran TV1 memperkenalkan program Merdeka dan Hari Malaysia 2013 dengan 3 telemovie menarik , 7 dokumentari, bicarawara, hiburan dan program siaran langsung khas Merdeka.

Program dimulakan dengan Perutusan Hari Merdeka oleh YB Perdana Menteri Malaysia yang disiarkan bermula 30 Ogos 2013, Jumaat jam 9.00 Malam. Seterusnya Ambang Merdeka disiarkan secara langsung dari Pusat Maritim pada pukul 11.30 malam , 30 Ogos Jumaat di TV1. Keesokannya, siaran langsung diteruskan dengan Perarakan Merdeka dan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke – 56 pada 31 Ogos 2013, Sabtu pukul 8.00 pagi.

Persetua Lara TV2

Menyusul telemovie menarik menerusi slot Khas Merdeka di TV1 antaranya slot Nurani : 50 / 50 mengisahkan seorang askar yang ditembak pada zaman sebelum merdeka dan koma. Selepas 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan , barulah dia tersedar dan terkejut melihat perubahan berlaku. Dia teringatkan tunangnya dahulu yang bernama Azizah dan mahu mencarinya. Azizah lakonan Latiaf Omar kini sudah berusia. Saksikan satu-satunya lakonan Latifa Omar selepas 40 tahun dalam bidang seni. Bersama barisan pelakon baru seperti Johan Assari, Dira Abu Zahar, Ramli Hassan, Susan Lamkester dan Datuk Aziz Satar.

Kisah seorang tentera yang menghadapi kemalangan dan terputus hubungan dengan keluarganya dalam Potrait Rahman menerusi slot Panggung 1 Khas Merdeka pada 31 Ogos, Sabtu pukul 2.00 petang. Menyusul di sempena merdeka, Dokumentari Khas yang memaparkan wira-wira negara iaitu Mat Kilau Patriot Bangsa yang disiarkan pada 31 Ogos, Sabtu pukul 10.30 malam di TV1. Bicarawara Apa Kata Wanita Khas Merdeka juga bakal bersiar pada 31 Ogos, pukul 11.05 pagi dengan mengupas topik tentang erti kemerdekaan serta tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan wanita bersama pengacara Zamzarina Zamri. Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menonton program menarik sempena hari kebangsaan di TV1.

Persetua Lara Razali

TV2

Keriuhan Syawal diraikan dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke – 56 dengan menyajikan telemovie dan filem-filem istimewa di TV2. Filem Khas Merdeka : Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee popular membawa watak Sarjan Hassan bersiaran pada 26 Ogos, Isnin pukul 10.00 malam yang mengisahkan anak muda yang bersemangat dan penuh dengan keberanian dalam menentang kemaraan komunis, di samping melindungi keluarga dan kekasih hatinya serta masyarakat kampung. Filem yang memaparkan peristiwa sejarah ini diterbitkan pada tahun 1958 menampilkan pelakon Jins Samsudin , Salleh Kamil dan Saadiah.

Panggung Khas Merdeka : Persetua Lara merupakan sebuah drama yang menilai maksud bebas merdeka dari 3 latar masa yang berbeza dari sudut pandang wanita. Murni lakonan Sherie Merlis belajar menjadi ibu tunggal kepada puterinya bernama Iman yang masih kecil. Suaminya Yusof yang telah mati ditembak oleh Tong tali barut komunis. Bakal beriaran pada 27 Ogos, Selasa pukul 10.00 malam bersama barusan pelakon Sherie Merlis, Zarina Zainuddin, Adiba Yunus, Razali Hussein dan Ezani Nizarif.

Diteruskan dengan filem penuh sejarah iaitu 1957 Hati Malaya lakonan mantap Rusdi Ramli dan Maya Karin mengisahkan tentang pencarian anak-anak muda di Malaysia dalam usaha menerbitkan sebuah buku bergambar bertajuk 1957-Hati Malaya. Dalam pencarian itu mereka menemui cinta, persahabatan, kesetiaan dan erti memahami perjuanagn 1957. Saksikan filem bersejarah arahan Shuhaimi Baba yang menampilkan para pelakon seperti Adlin Aman Ramli dan Sahrifah Amani yang bakal bersiaran pada 30 Ogos, Jumaat, jam 2.00 petang di TV2.

Jiwa patriotik terus dihayati dengan tayangan menerusi slot Dokumentari Khas Merdeka : Malaysia Harmoni disiarkan pada 30 Ogos, Jumaat jam 4.00 petang dengan memaparkan tentang keharmonian masyarakat Malaysia sekaligus konsep 1Malaysia diterapkan bagi menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Pada 31 Ogos kemeriahan sambutan kemerdekaan di hidangkan dengan Telemovie Merdeka bertajuk Janji disiarkan pukul 10.00 pagi hari Sabtu yang memaparkan kisah suka duka tiga orang sahabat dalam mengusahakan sebuah ladang yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Saksiakan lakonan hebat Dato Ahmad Tarmimi Seregar dalam Janji.

Tidak ketinggalan juga filem-filem aksi dan hiburan seisi keluarga di TV2 dengan sajian istimewa slot English Blockbuster yang disiarkan malam kemerdekaan bertutut-turut. Filem inggeris Unstoppable lakonan Denzel Washington dan Rosario Dawson dalam misi menyelamatkan diri dari sebuah kereta api yang sedang bergerak tanpa henti menuju ke bandar raya. Bakal berisran pada 30 Ogos, Jumaat jam 10.00 malam. Bagi yang meminati filem epik dan aksi, slot English Blockbuster diteruskan dengan filem Avatar pada 31 Ogos, Sabtu jam 10.00 malam. Mengisahkan tentang askar marin dan kumpulannya dalam misi menerokai sebuah planet Pandora. Misi yang unik tersebut memperkenalkan Jake Sully kepada cara hidup makhluk itu dan merasakan dirinya seperti kediamannya. Filem yang pernah merangkul anugerah Oscar 2010 membariskan pelakon hebat seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Giovanni Ribisi and Sigourney Weaver.

TVi ( ASTRO 180 )

Inspirasi Kemerdekaan di raikan dengan pelbagai pilihan di TVi saluran 180 ASTRO. Saluran interaktif berkonsepkan remaja menghiburkan para penonton TVi dengan Siaran Langsung Konsert Ambang Merdeka pada 30 Ogos, jam 11.00 malam dengan persembahan dari artis-artis tempatan. Selain itu, Telemovie Khas Merdeka : Manuskrip 1 Juta yang berisran pada 31 Ogos, Sabtu jam 12.00 tengah hari.

Mengisahkan tentang Najib, Siva dan Danny telah diberi tugasan untuk membuat penyelidikan dan menulis tentang pengarang novel bernama Akhsan Abdullah. Mereka telah bertemu dengan keluarga Akhsan Abdullah. Ketika membuat penyelidikan, mereka telah menemui manuskrip lama yang menceritakan kisah yang berlaku pada perang dunia kedua. Kisah itu berakhir apabila perang tamat dan kesannya dialami semasa mereka melakukan penyelidikan. Dibintangi oleh Jalaludin Hassan, Ann Abdullah dan Shamnas.

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan pelbagai pilihan program istimewa sempena hari kemerdekaan semestinya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Dubstep Melayu Pertama Di Malaysia Bakal Mengganas?

RHB Anjur Konsert & Centennial Runs Sempena Ulangtahun Ke-100