in

Program Kanak-Kanak 1Malaysia Chiki Boom Musim Ke-6

PROGRAM KANAK-KANAK 1MALAYSIA : CHIKI BOOM MUSIM KE-6 KEMBALI DI TV2

1Malaysia, begitulah gambaran boleh diberikan kepada program kanak-kanak terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memperkenalkan watak Kak Chacha, Kisz, Irene, Iz dan Harry kerana diterajui lima pengacara pelbagai bangsa yang disatukan menerusi program yang telah lima musim menemui penonton setianya.

Untitled1

Program ini dijayakan oleh lima pengacara pelbagai bangsa menerusi watak Kak Chacha (Aishah Sarah Ismail), Kisz (Emira Qistina Emirul Faizal), Isz (Ahmad Fadzli), Harry (Aethan Eshmael Erwan Eshmael Pavlas) dan juga Irene (Penny Ho Xin Ee).

Telatah mereka yang mencuit hati dan diselang-selikan pengajaran disampaikan Kak Chacha yang bertindak sebagai pembimbing di kalangan mereka pastinya melekat di hati penonton setia program majalah kanak-kanak popular, Chiki Boom.

Program yang diterbitkan bagi menjana dan memperkembang minda kanak-kanak melalui pelbagai topik yang dikenalpasti terbaik dan berkait dengan budaya kanak-kanak di Malaysia ini bakal kembali untuk musim ke enam pada 2 September hingga 25 November 2010, setiap hari Khamis, jam 9.00 pagi di TV2.

Berperanan besar dalam memperluaskan minda kanak-kanak Malaysia dengan paparan drama bahan terbitan Asia Broadcasting Union (ABU) dan Europe Broadcasting Union (EBU), program menarik sarat dengan segmen berbeza dengan lagu latar yang mudah diingati ini dipenuhi pengisian dimana setiap episod mempunyai tema yang berbeza-beza.

Malah terdapat elemen pembelajaran dan elemen moral yang akan diterapkan seperti persahabatan, kejujuran, pengorbanan, tolong-menolong dan cita-cita serta terdapat aktiviti lokasi luar yang akan dijadikan kesinambungan kepada Drama ABU yang telah dipilih mengikut kesesuaian tema setiap episod.

Program bersiaran setengah jam ini memilih sebuah lokasi luar sekitar Kuala Lumpur dan Melaka yang telah dipilih untuk linking bagi setiap episod mengikut kesesuaian tema mingguan. Paparan grafik statik atau bergerak yang berkaitan dengan jalan cerita akan diselitkan semasa linking atau segmen. Malah segmen drama ABU dan EBU akan diselitkan dalam setiap episod.

Menariknya masih terdapat kuiz Teka Kuib dengan pelbagai hadiah menarik untuk penonton di rumah.

Mengekalkan penerbit sama, Farah Syahnaz Hj. Ruslan daripada Unit Majalah & Dokumentari RTM, program ini pastinya sesuai dijadikan tontonan kanak-kanak yang mahu mendapatkan informasi pendidikan secara santai sambil berhibur dengan watak-watak yang di ketengahkan.

Pastikan kanak-kanak Malaysia menjadikan program ini sebagai tontonan sepanjang 13 episod siarannya setiap hari Khamis, jam 9.00 pagi hanya di TV2.

Untitled2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

List Complete Winner Annual Emmy Awards 2010

SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia