in

Program FenoMania Sebalik Tabir Peserta Mania

Dengan berakhirnya Konsert Mania Pilihan Produser Minggu Ketiga, maka lengkap sudah empayar muzik untuk melengkapkan galaksi Mania. Kini secara rasminya bermulalah perjalanan evolusi Mania yang bakal melahirkan seorang Superstar.

Setelah pemilihan dilakukan, Empayar Dato’ M. Nasir kini dianggotai oleh Stacy, Ebi, Kristal, Shila Amzah dan Hazama. Empayar Ahmad Dhani pula dianggotai oleh Atilia, Estranged, Akim, Hafiz dan Aril. Dan Empayar Aubrey Suwito terdiri daripada Adira, Alyah, Jaclyn Victor, Chaq dan Awi Rafael. Mereka semua bakal berentap bagi merebut gelaran juara pertama Mania.

Mulai Jumaat ini jam 9 – 9.30 malam, Astro Ria akan turut menyiarkan program FenoMania yang memaparkan segala aktiviti di sebalik tabir sepanjang minggu sebelum bermulanya Konsert Mingguan Mania. Segala persiapan, latihan dan persediaan bintang-bintang Mania bakal disaksikan dalam program ini.

Bagaimana pula bentuk persembahan 15 Selebriti Mania pada Konsert Mania minggu ini? Sama-sama kita saksikan nanti.

Vlog Adira

Vlog Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Travel Ke Beijing Syafiq Yusof Bersama Anuar Zain

Samsung Global Bloggers