in

Program Da’i Semakin Dapat Sambutan

Minggu lalu Da’i Sri Pentas 2 Shah Alam menerima kunjungan luar biasa apabila dipenuhi dengan peminat yang datang untuk menonton Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga secara langsung yang dipancarkan oleh D’Herbs. Ternyata, program Da’i ini diterima baik oleh masyarakat dan di atas sokongan itu juga, bilangan penonton semakin meningkat.

Dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Tuan Haji Zainal Ariffin, tema yang perlu dirungkaikan oleh para peserta dalam tazkirah mereka minggu lalu ialah “Saham Akhirat”. Sekali lagi, anak didik murabbi Ustaz Elyas Ismail iaitu kumpulan Ar-Rijaal yang kini hanya tinggal Da’i Fuad, Da’i Hijrah, Da’i Luqman dan Da’i Hilman setelah Da’i Ariffin menarik diri perlu meneruskan perjuangan untuk melayakkan mereka untuk berada di pentas Da’i musim ini.

penonton (2)

juri awam wanita

Berikut adalah topik-topik tazkirah yang telah dikupas oleh para peserta pada episod 4 yang lalu:

NO. PESERTA TAJUK
1 Da’i Fuad

Nama Penuh: Ahmad Fuad Bin Mohd Mokhtar

Umur: 20 tahun

Asal: Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

TASWIT: #daifuad

·      Online Dengan Allah

Apa akibatnya apabila solat wajib selalu dilewat-lewatkan kerana mementingkan urusan dunia? Rungkaikan kelebihan solat di awal waktu?

2 Da’i Hijrah

Nama Penuh: Muhammad ‘Asri Hijrah Bin Damni,

Umur: 25 tahun

Asal: Sarawak

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Keusahawan Universiti Utara Malaysia (UUM)

TASWIT: #daihijrah

·      Ujian Si Kaya

Allah SWT memberi nikmat harta kepada si Kaya sebagai salah satu ujian. Apa yang perlu dibuat oleh si Kaya menggunakan nikmat harta, untuk mendapat tempat di sisi Allah SWT?

3 Da’i Luqman

Nama Penuh: Luqmanul Hakim Bin Joohari

Umur: 26 tahun

Asal: pulau Pinang

Pendidikan: Diploma Syariah Undang-Undang Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

TASWIT: #dailuqman

·      La Takhaf (Jangan Takut)

Segala bentuk ujian Allah SWT kepada hamba-hambaNya adalah tanda kasih sayang. Bagaimana kita menangani ujian yang dekat dengan kita dan yang jauh?

4 Da’i Hilman

Nama Penuh: Muhammad Hilman Bin Fabli

Umur: 23 Tahun

Asal: Melaka

Pendidikan: Diploma Tahfiz Quran Wal Qiraat Kolej Universiti Insaniah Kedah

TASWIT: #daihilman

·      Pesta Mahsyar

Bagaimanakah keadaan 3 golongan padang mahsyar, seperti yang dikisahkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis?

 

*untuk undian Taswit sila layari www.tv3.com.my/dai

Minggu lalu, pentas Da’i musim ketiga turut dikejutkan dengan kemunculan seorang penonton yang tiba-tiba ingin bertanyakan soalan mengenai penyingkiran Da’i Hilman, tetapi diterima masuk kembali kerana Da’i Ariffin menarik diri. Menurut Mursyid, Datuk Ustaz Kazim Elyas memberi penjelasan ianya untuk menghormati permintaan Da’i Ariffin yang telah memberi amanah dan juga memberi peluang kepada Da’i Hilman untuk memperbaiki dirinya agar dapat memberi persaingan yang sama rata buat peserta-peserta yang lain.

Seperti minggu-minggu yang lalu, penilaian dilakukan oleh dua juri professional iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Sharhan Safie yang mewakili 70% markah keseluruhan dan seorang juri jemputan iaitu Ustaz Raihan Abdul Aziz. 20% lagi ditentukan oleh juri awam setiap minggu yang diwakili oleh Pengarah Urusan D’Herbs Holdings Sdn Bhd – Dato’ Alif Syukri, Da’i Izzhar, Da’i Elyas, Nadzmi Adhwa dan Yuyu (Nona Manis). 10% lagi markah melalui Taswit iaitu juri media sosial yang boleh dilakukan di www.tv3.com.my/dai. Minggu lalu, tiada penyingkiran yang berlaku dan markah mereka akan dibawa ke minggu hadapan.

Jika anda ketinggalan menonton persembahan kumpulan Ar-Rijaal, anda boleh mengikuti siaran ulangan Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga pada setiap hari Jumaat pada jam 10 pagi di TV3, saluran 103.

Da'i Fuad

Da'i Hijrah dan ayah

Da'i Hijrah

Da'i Hilman

juri awam lelaki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sam Smith Nyanyi Lagu Tema Filem James Bond SPECTRE

Linda Rafar Dicerai Suami Depan Ibu & Anak