in

Program Cuti Sekolah Bersama Nick di 9

YEAY… YEAY… CUTI SEKOLAH BERSAMA NICK DI 9!

Cuti sekolah kembali lagi! TV9 menjanjikan adik-adik semua pelbagai hidangan rancangan menarik seperti Chalkzone – The Big Blowout, The Fairly OddParents – Wishology Series, Danny Phantom: The Ultimate Enemy dan Jimmy Neutron: Attack of the Twonkies. Menarik bukan?

Nantikan juga Back-To-Back Nick Movie Maraton yang akan membawakan Danny Phantom – Phantom Planet, Jimmy Neutron – Win dan Loose & Kaboom. SpongeBob: WhoBob WhatPants pula akan membuatkan adik-adik semua tidak kering gusi dengan gelagat karakter-karakter comel yang hidup di dalam lautan. Bermula 14 Mac hingga 20 Mac ini, Nick bersama TV9 akan menyiarkan kartun-kartun yang menyeronokkan penuh dengan pelbagai pengembaraan yang hebat dan mencabar.

wishology_poster_small

Siri kartun tebaru di TV9, Chalkzone : The Big Blowout akan menemui adik-adik pada 14 Mac ini jam 4 petang di mana adik-adik dapat mengenali Ruby Tabotie, seorang kanak-kanak biasa namun dengan sebatang kapur ajaib, dia boleh memasuki ke dunia fantasi Chalkzone. Dalam dunia tersebut segala benda yang terconteng dan terpadam akan muncul sebagai benda hidup. Apakah benda atau makhluk yang akan muncul dalam Chalkzone bersama Ruby?

Epik pengembaraan dalam The Fairly OddParents – Wishology Series pula menanti adik-adik dengan kehandalan Timmy mengalahkan kekuatan kuasa jahat. Timmy telah mengembara ke The Darkness iaitu sebuah lubang hitam berputar yang mengancam untuk menyerap semua cahaya dan keajaiban seluruh alam semesta.

Timmy hanya perlu melambatkan niat jahat The Darkness dan perlu mencari tongkat untuk mengalahkan kuasa jahat itu. Malangnya, Timmy dapat merasai yang dia akan tewas dan memerlukan bantuan teman-temannya. Dapatkah mereka menewaskan musuh mereka? Sama-sama kita saksikan kesudahan pengembaraan Timmy dan rakan-rakannya menyelamatkan dunia pada 15 Mac hingga 17 Mac ini, hari Selasa hingga Khamis jam 4.00 petang.

Dalam Danny Phantom: The Ultimate Enemy pula, Danny berusaha untuk menipu dalam satu ujian yang dapat meramal karier seseorang. Ujian tersebut mendedahkan Danny akan menjadikan hantu yang paling jahat di planet ini apabila umurnya menjangkau 24 tahun. Nantikan aksi hebat Danny pada 18 Mac (Jumaat) ini jam 4 petang.

Selepas Danny Phantom, jangan lupa untuk menonton Jimmy Neutron: Attack of the Twonkies di mana Jimmy kembali ke rumah menemukan satu makhluk asing comel yang telah tersisir jauh dari kapal angkasanya. Semua orang mula menyukai Twonkies walaupun Jimmy cuba memberi amaran tentang bahayanya memiliki mahkluk asing sebagai binatang peliharaan. Tidak diduga Twonkies telah mengancam untuk mengambil alih Retroville! Tontoninya pada hari Sabtu, 19 Mac jam 4 petang.

Istimewa juga pada musim cuti sekolah adalah adik-adik dapat melekat selama 3 jam di kaca TV untuk menonton Back-to-Back Nick Movie Maraton dengan tiga siri kartun aksi dan melucukan. Bermula jam 2.30 petang, Danny Phantom – Phantom Planet membawa adik-adik mengembara sebuah asteroid dari Ectoranium yang mengancam Bumi.

Danny hanya bergantung pada bantuan hantu-hantu dalam Ghost Zone! Selepas itu pada jam 3.30 petang pula, saksikan Jimmy Neutron – Win, Loose & Kaboom di mana Jimmy dan rakan-rakannya dibawa ke angkasa apabila berjaya membaca mesej yang menjemput mereka ke intergalaksi Showdown.

Pasukan Bumi harus belajar untuk bekerjasama memastikan menang mereka tidak kehilangan planet bumi! Mengembara lagi bersama SpongeBob WhoBob WhatPants dan bergelak tawa dengan aksi dan keletah spongebob pada jam 4.30 petang. Spongebob ingin menghabiskan masa bersama teman-temannya malangnya apabila semua orang mula melihatnya sebagai seseorang yang berperangai pelik, dia berkemas dan merancang untuk meninggalkan Bikini Bottom selamanya. Apakah yang mengganggu Spongebob sehingga terpaksa meninggalkan tempat asalnya?

Sepanjang cuti sekolah ini, TV9 menjanjikan siri kartun-kartun yang penuh aksi dan hidangan rancangan ini pasti membuatkan adik-adik tidak sabar menunggu di hadapan televisyen! Jangan lupa bermula cuti sekolah ini, 14 Mac hingga 20 Mac, dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang hanya di TV9. Yeay… Yeay… cuti sekolah bersama Nick Di 9!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Mydeals Reaches 2.8 Million Members

Ax Men Season 3