in

Program Christmas Joy 2011 Di TV2

Hiburan Hari Natal di RTM : Program Christmas Joy 2011 Di TV2

Kegembiraan meraikan Hari Natal ‘dihidupkan’ oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila menghidangkan sebuah program hiburan yang menyaksikan artis terkenal negara daripada pelbagai generasi berkongsi pentas menyanyikan lagu-lagu bertemakan sambutan perayaan Krismas.

Menggunakan tajuk Christmas Joy 2011 yang bakal disiarkan pada 25 Disember ini, jam 9.30 malam, ia sekaligus memberi peluang kepada penonton setia saluran TV2 untuk berhibur dengan rangkaian lagu-lagu bertemakan Krismas yang menghiburkan.

Program ini menampilkan kemunculan artis-artis terkenal tanah air termasuklah Dato’ Leonard Tan yang menyampaikan lagu Jingle Bell dan I’ll Be Home For Christmas, Francissca Peter (It’s Start With Me), Esther Khoo (I Saw Mommy Kissing Santa Claus), Reynaldo (Santa Claus Is Coming To Town), Nikki (Rocking around The Christmas Tree dan All I Want For Christmas Is You) juga persembahan mantap daripada Irene Soliano (White Christmas). Malah istimewanya persembahan nyanyian artis dipilih bakal diringi pemuzik Orkestra RTM.

Saksikan duet antara Irene Soliano dengan Dato’ Leonard Tan yang menyampaikan lagu The Christmas Song juga kolaburasi lagu The Prayer oleh Francissca Peter dengan Reynaldo. Turut berkongsi persembahan adalah Koir Kebangsaan Malaysia yang menyampaikan lagu Carol of The Bells secara harmoni.

Sepanjang satu jam setengah siarannya, program ini menampilkan Pamela Chong sebagai pengacara yang ‘menghidupkan’ program ini secara santai dan bersahaja.

Usah ketinggalan berhibur dengan lagu-lagu Krismas popular hanya di TV2.

PAMELA CHONG DAN REYNALDO

SEMUA ARTIS TERLIBAT

FRANCISSCA PETER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

An Audience With Micheal Buble

Filem Terbaik & Animasi Meraikan Sambutan Hari Natal