in

Program Chiki Boom! Musim Ke-9

Tingkatkan Daya Imaginasi dan Kreativiti Kanak-Kanak Menerusi Program Chiki Boom! Musim Ke-9 Di TV2

Gelagat dan aksi lima pengacara Kak Rara, Mamat, Aizaac, Crystal dan Fiqah kembali menemui penonton-penonton cilik untuk musim ke-9 menerusi program kanak-kanak terbitan RTM bertajuk Chiki Boom! yang bersiaran di TV2 mulai 1 April lalu, setiap Ahad, jam 9.00 pagi.

Program kanak-kanak yang sememangnya sudah memiliki pengikutnya sendiri ini berjaya menyumbang kepada meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap apa yang dipaparkan serta mendapat pengalaman yang berguna.

Penggambaran Chiki Boom! musim 9 bertemakan binatang

Chiki Boom! musim ini menjelajah satu malaysia untuk memberikan info serta maklumat menarik kepada penonton antaranya maklumat mengenai haiwan seperti harimau dan kura-kura gergasi.

Program majalah kanak-kanak ini memaparkan 3 segmen menarik antaranya segmen “Cerita Kawan Kita” yang merangkumi pilihan bahan dari abu children item exchange dimana RTM adalah ahli Asia Broadcasting Union (ABU). Segmen ke-2 pula adalah ‘Aktiviti Minda’, di mana menerusi segmen ini adik-adik berpeluang untuk mempelajari matematik asas dengan mudah dan cepat.

Ia diakhiri dengan segmen ‘Jom Buat Sama-Sama’ yang memaparkan eksperimen sains yang mudah dan boleh cuba di rumah. Selain daripada itu, info menarik juga diselitkan untuk menberikan maklumat yang unik dan berguna untuk pelajaran adik-adik.

Antara lokasi menarik yang menjadi lokasi penggambaran untuk musim ini ialah Zoo Negara, Zoo Taiping, Zoo Melaka, Sunway Lagoon Wildlife Park, Orang Utan Island Bukit Merah Laketown Resort, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan banyak lagi.

Sama-sama berhibur dan meningkatkan kreativiti anda dalam program Chiki Boom! hanya di TV2.

Aksi sebelum ke lokasi pengambaran di Bukit Merah, Perak.

Aksi pengacara CB di Bukit Merah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DiGi Live K-pop Jay Park Malaysia Showcase

New Lipstick Maybelline