in

TV1 Siar Program Bual Bicara BARAKAH

Pengertian Nafkah Dalam Islam, Topik Utama Program Bual Bicara “Barakah” Minggu Ini, di TV1. Program bual bicara, “Barakah” tajaan penuh oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Ahad, pukul 9.00 malam hanya di TV1 sentiasa mengetengahkan topik-topik positif untuk dikongsikan bersama penonton.

Untitled

Justeru hujung minggu ini, 20 Disember 2015, Barakah episod 3 membawakan pula tajuk “Nafkah”, membincangkan tentang kewajipan umat Islam dalam pentingnya memberi nafkah. Dihoskan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Arif, Barakah episod ini akan menjelaskan tatacara serta bentuk-bentuk nafkah yang perlu difahami oleh umat Islam.

Topik “Nafkah” adalah satu topik berinfomasi penuh ilmu yang bermanfaat kepada para penonton untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian nafkah dalam Islam

Antara isi-isu yang dibincangkan dalam topik “Nafkah” adalah kepentingan memberi nafkah dalam Islam, tanggungjawab suami dalam memberi nafkah, tanggungjawab seorang suami memberi nafkah kepada anak-anak walaupun telah bercerai dan kategori golongan yang perlu diberi nafkah.

Tetamu jemputan bagi episod ini adalah pelakon Liza Abdullah yang akan membincangkan tentang tuntutan hak nafkah bagi wanita yang mempunyai kerjaya dan pendapatan sendiri serta kepentingan memberi “Nafkah” kepada isteri dan ibu yang mana lebih utama.

Panel jemputan bagi episod ini adalah Dr. Farid Ravi Pengarah Kanan Al- Quran dan Sunah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS. .

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana, Lah Ahmad & Ronnie Hussein Perform di MALAM KALIMAH CINTA

Selebriti Sahut Cabaran #CILIPADICHALLENGE