in

Program Aidilfitri di 8TV

Gegarkan Aidilfitri bersama 8TV!
Raikan Aidilfitri dengan cara tersendiri bersama 8TV

Demam Hari Raya bakal tiba. Bersiap sedialah anda semua untuk meraikan Aidilfitri yang ceria bersama keluarga tercinta dengan menonton saluran hip 8TV kerana kami  telah menyediakan satu jadual program Raya yang amat istimewa untuk semua penonton bukan sahaja yang beragama Islam bahkan juga sesuai untuk tontonan pada bukan Islam di luar sana! Terdapat bermacam-macam program hebat untuk dinantikan menjelang Aidilfitri ini di saluran kegemaran anda, 8TV! 

Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya mempunyai banyak perkara untuk dinantikan pada Aidilfitri kerana 8TV bakal menggegarkan perayaan Hari Raya anda! Pelbagai jenis rancangan dan filem terbaik dan menghiburkan keluaran tempatan dan luar negara bakal disajikan untuk penonton seisi keluarga mulai sehari sebelum Hari Raya sehingga Hari Raya kedua

19th September 2009, MALAM HARI RAYA:

Saturday Movie: I’m a Cyborg, but that’s ok
Tarikh Siaran: 8.30pm

Filem ini mengambil tempat di sebuah institusi mental (rumah orang gila). Young-goon, seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah sejenis wira dipanggil Cyborg, enggan makan tetapi sebaliknya memberi kejutan electric kepada dirinya. Il-sun, seorang pesakit muda yang dimasukkan ke hospital kerana sikapnya yang anti-sosial dan menghadapi penyakit skizofrenia, percaya bahawa dia mampu mengambil nyawa orang lain mula berkawan dengan Young-goon. Selepas Young-goon diberi terapi kejutan elektrik, dia percaya bahawa dirinya telah dicaj semula dan berangan-angan untuk membunuh kakitangan hospital yang sebelum ini telah mengambil neneknya yang menghidap penyakit mental. Dalam realiti, keadaan fizikalnya mula merosot dengan pantas. Dengan meyakinkannya bahawa dia telah memasang satu unit penukaran makanan menjadi tenaga elektrik (sebuah ‘rice-megatron’) ke bahagian belakang badannya, Il-sun akhirnya  dapat membuat Yoong-goon untuk makan semula.

Rock Raya with 8TV Quickie
TX: 10.45pm – 11.45pm

Rancangan temu bual hiburan selama satu jam ini akan menjemput pengacara-pengacara lama Quickie bergabung di samping tetamu jemputan lain untuk berkongsi pengalaman berpuasa pada bulan Ramadhan dan persiapan Raya.  Dipersembahkan juga pesembahan dari band-band Indie seperti One Buck Short dan Deja Voodoo Spells. Tomok, pemenang One In A Million musim 3 bersama Esther dan Aweera akan muncul sebagai tetamu istimewa dalam rancangan istimewa ini dengan sebuah lagu raya yang mengujakan.

2009 MTV Movie Awards
TX: 11.45pm

MTV Movie Awards telah muncul pada tahun 1992 dan terus membina reputasi di dunia Hollywood mainstream. Pada tahun 2009, tradisi ini berterusan dengan majlis anugerah yang paling kelakar dan menghiburkan yang pernah disiarkan secara langsung di MTV pada 31 May 2009,  dihoskan oleh pelawak SNL Andy Samberg. Pentaruhan tertinggi pada tahun ini direbut oleh “Twilight” dan “Slumdog” yang kedua-duanya bertaruh dalam kategori Best Movie.

20th September 2009, FIRST DAY RAYA:

The 8TV Quickie Raya Carnival
TX: 11.00am

Dimeriahkan oleh hos-hos yang periang, program ini membariskan persembahan daripada  artis-artis terkenal tanahair, permainan dan aktiviti menarik serta pelbagai hadiah untuk dimenangi. Juga diselang-selikan dengan interaksi bersama peminat  dengan tema Hari Raya.

8 Style Raya Special
TX: 10.00am – 11.00am

Raikan Hari Raya anda dengan bergaya bersama 8 Style. Dapatkan inspirasi fesyen raya anda dari  hos rancagan,Jeffrey dan Cheryl.  Selain itu pakar-pakar fesyen dan gaya juga dijemput  untuk berkongsi rahsia bagi penampilan yang lebih bergaya, kena dengan tempat  namun masih dalam fesyen terkini di pagi Raya.  Tidak ketinggalan tip-tip untuk tampil hebat tanpa melebihi bajet perbelanjaan.

Tai Chung Countdown Concert 2009
TX: 2.00pm

Taichung Countdown Concert- Irama berkuasa dan muzik hebat dimainkan di atas pentas  selama 2 jam tanpa henti dihoskan oleh hos TV veteran Hu Gua dan Pauline Tan. Hiburan tahun ini lebih gempar dan hebat daripada yang yang lain. Menampilkan persembahan daripada ratu pop dari Taiwan. Jolin Tsai, Raja Menari – Show Luo, Idola Drama Rainie Yang, Genie Zuo dan jejaka kacak- Danson Tang, kumpulan popular terkini- Da Mouth dan bintang realiti – Jam Hsiao, dan ramai lagi.

Muslim in China (8TV in-house program)
TX: 4.00pm

Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh orang Islam di Malaysia malah ia disambut diseluruh dunia, terutama sekali di negara China.  Umat Islam Cina telah mempengaruhi sejarah Islam di China. Orang Islam menduduki kesemua rantau di China. Konsentrasi tertinggi dijumpai di wilayah-wilayah barat laut seperti Xinjiang, Gansu dan Ningxia. Walaupun satu dunia meraikan perayaan yang sama, kehidupan dan persekitaran adalah amat berlainan. Program ini ialah satu pembukaan mata yang membawa anda melihat dunia budaya dan adat Islam di sana.

Ho Chak! Raya Special
TX: 6.30pm

Hari Raya ialah sebuah perayaan penting yang menandakan berakhirnya sebulan berpuasa dan bermulanya limpahan makanan! Bersama dengan tetamu undangan istimewa, Orange dan Chris akan mencungkil juadah Raya yang mempunyai sifat yang berbeza tetapi tetap enak dimakan. Mereka akan membongkar proses rumit mencipta juadah manisan yang menceriakan Hari Raya anda.

Double, Triple or Nothing 2 Raya Special
TX: 7.00pm

Ceriakan hari anda bersama tetamu-tetamu istimewa kami pada musim istimewa ini. Dengan permainan dan cabaran-cabaran baru, musim baru ini menjanjikan lebih keriangan dan gelak ketawa!

Rock Band Battle
TX: 12.00am

MTV bersedia untuk pertempuran dalam permainan muzik video terhangat apabila LIMA kumpulan Rock bersaing dalam permainan Rock Band Battle. Bersama pelawak Dan Levy dan pelakon wanita Carrie Keagan sebagai hos, rancangan istemewa satu jam ini akan menampailkan LIMA kumpulan rock bersaing antara satu sama lain untuk mencapai impian menjadi bintang rock ‘n roll dan bertanding untuk memenangi barangan elektrik yang telah diubahsuaikan!

21st September 2009 (SECOND DAY RAYA):

m.net km music video festival 2007
TX: 10.00am

Pesta Music Video m.net km telah diakui oleh industri muzik sebagai tempat percaturan video muzik yang ditubuhkan tujuh tahun yang lalu. Bergabung dengan KMTV “Korean Music Awards”, pesta ini menjanjikan sebuah acara yang terbesar diarena  industri muzik.

Forbes Top 20 under 25
TX: 12.00noon

Forbes’ 20 Under 25: Young, Rich, and Famous ialah sebuah senarai eksklusif bakat-bakat industri hiburan yang paling dikehendaki dan bergaji besar di bawah usia 25 tahun. Daripada bintang muda terkenal kepada atlet juara, kami akan mendedahkan kerjaya terbesar paling berkuasa di dalam pembuatan, sementara kami menamakan bintang terkaya yang dilahirkan dalam tahun 80an. Senarai ini mengandungi bintang-bintang seperti Mary-Kate dan Ashley Olsen, Daniel Radcliffe, Hilary Duff  dan Carrie Underwood.

Viking
TX: 2.30pm

Pernahkah anda melalui kursus yang penuh dengan halangan? Kami yakin anda tidak pernah melihat halangan seperti sebesar VIKING, kapal Viking Course yang telah karami! Dirancang melalui beberapa peringkat yang berlainan dan amat mencabar, dan mengandungi pelbagai halangan, kursus ini tidak seperti yang pernah wujud. Apatah lagi, Viking memerlukan lebih daripada kekuatan otot peserta malah peserta dikehendaki  menggunakan teknik, ketelitian dan paling penting menggunakan otak mereka.

8 E-news Raya Special
TX: 4.00pm

Berbaju Raya, hos 8 E-News yang disukai ramai, Gary Yap dan Natalie Ng akan membawa penonton nikmati kemeriahan Hari Raya dengan adat-adat tradisional Hari Raya. Istimewa Hari Raya 8 E-News menampilkan tetamu-tetamu yang akan berkongsi bersama penonton pelbagai elemen yang membuatkan Raya sungguh istimewa dan menggembirakan  bersama penonton yang berbilang kaum.

Chinese Movie: The Magnificent Scoundrels 
TX: 5.00pm

Chow Sing, seorang kaki tipu dipaksa oleh peminjam wang haram yang jahat, Roy Cheung supaya berkerjasama dengan seorang wanita untuk mengambil alih sebuah rumah mewah yang sudah diduduki. Malangnya, pasangan itu telah ditangkap oleh pemilik rumah (Ng Ma dan Tien Niu) di dalam rumah itu tetapi mereka tidak mengetahui bahawa pasangan tersebut juga ialah kaki tipu yang berkerja untuk orang yang sama. Saksikan siapa yang akan ditipu dahulu. Dibintangi Stephen Chow, Teresa Mo, Amy Yip, Yuen Wah, Roy Cheung, Chu Mimi.

Michael Jackson 30th Anniversary Celebration
TX: 9.30pm

Michael Jackson 30th Anniversary Celebration ialah salah satu daripada rancangan yang mempunyai jumlah penonton yang tertinggi dalam sejarah US Network Television. Malam- lagenda ini ( 8 & 9 September 2001) menampilkan perembahan terakhir Raja Pop ini. Rancangan istimewa ini juga membariskan bintang-bintang terkenal seperti Beyonce, Justin Timberlake, Whitney Houston dan The Jackson Five.

Forbes Top 20 Cash Queen of Music
TX: 11.30pm

Forbes’ Top 20 Cash Queens of Music menyenaraikan wanita-wanita terkaya dalam industri muzik. Tidak kira bakat baru atau diva-diva yang sudah wujud bertahun-tahun, wanita-wanita ini telah mencapai status tertinggi dan  menikmati kemewahan yang datang bersama kejayaan. Saksikan mereka mengelilingi serata dunia dan mengaut penjualan album yang tinggi, wanita di dalam senarai Forbes’ Top 20 Cash Queen menerima bayaran berjuta-juta sepanjang bulan Jun 2006 hingga Jun 2007.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Selamat Hari Raya Dari Shila dan IZ OIAM

Ahmad Fetri Yahya Dalam Rumah Kecil Tiang Seribu di Aidilfitri