Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Profile Kumpulan Nasyid All One



Sejarah ALL One

All-One adalah sebuah kumpulan nasyid yang menggabungkan empat orang anak muda dan merupakan mahasiswa Pengajian Ilmu Wahyu UIAM . Ia ditubuhkan pada tahun 2000 apabila mereka bertemu di kampus UIA Gombak. “All-One” adalah istilah Inggeris yang membawa maksud forming a complete unit dan ia juga kalimah Arab yang bermaksud ‘warna-warni’ dan di dalam bahasa melayunya bolehlah di istilahkan sebagai ‘aluan’.

All-One yang dianggotai oleh Kamal, Sham, Zack & Fazil, mempunyai pengalaman luas di dalam bidang nasyid sejak di bangku sekolah lagi. disamping itu, mereka juga telah banyak membuat persembahan di dalam dan luar kampus. Misalnya, mereka pernah mengadakan persembahan di hadapan DYMM Raja Permaisuri Agong sempena lawatan baginda ke UIA dan Dinner bersama Ketua Menteri Melaka, terlibat dalam persembahan pentas di dalam dan di luar kampus, terlibat secara langsung dengan ASPIRASI (kumpulan nasyid rasmi UIA) dan sebagainya. All-One lebih cenderung kepada konsep nasyid kontemporari moden dan universal. Ini adalah kerana konsep sedemikian mudah diterima masyarakat khususnya golongan remaja yang merupakan target group mereka.

Disamping itu, mereka turut mengunakan minus-one di dalam persembahan pentas. setelah sekian lama ALL One kini dalam proses akhir menyiapkan album studio pertama mereka. Idola mereka ialah kumpulan Raihan, Rabbani, Saujana, Inteam dan kumpulan2 nasyid tanah air malah mereka juga mempunyai hubungan baik dengan kumpulan-kumpulan nasyid tersebut. Mereka juga bercita-cita tinggi untuk menjadi contoh buat golongan remaja ke arah mewujudkan budaya hidup yang positif. Nantikan kemunculan album pertama All One di pasaran tidak lama lagi!!

All One muncul kali pertama di dalam album kompilasi Riwayat Agung terbitan HIjjaz Records menampilkan lagu Bilal Bin Rabah. Setelah menandatangani Perjanjian sebagai artis rakaman bersama NSR Music Sdn Bhd  All One mempertaruhkan single pertama mereka berjudul Bilal bin Rabah dan single kedua Arah. Album studio pertama mereka akan berada di pasaran tidak berapa lagi.

Lagi info tentang All One sila klik:

http://myspace.com/allone
http://all_one.blogspot.com

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • PROFILE THEWANS
  • Gossip Peserta Nasyid Makan Hati
  • Profile RIO REIFAN
  • KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN
  • Rabbani, Ina Naim & Far East Dalam Daurah NMI Khas Raya
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Profile AB AF7



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      fake fake.. this is not very good

    • sham_allone

      what the fake are u talking about?

    • Badrul

      2 la sham..ape yg fakenye??

    • Carsharf

      Sudah 6 tahun saya tidak mendengar lagu-lagu kumpulan ALL ONE.

    • maryam

      ape2 pown all the best 2 u all

    • maryam

      ustaz sham jgn lupe…. dtg kat sek lame..

    • sue

      salam…all the best tuk all-one…

    • ila

      kirim salam dekat keluarga toi

    • eila

      assalamualaikum..tahniah kpd kump all one..
      lagu bilal bin rabah sgt mnyentuh hati sy..
      smoga trus melangkah maju ke hadapan..
      insyaallah..
      wassalam..

    • sakura

      salamm..ana da dgr sbhgian lgu all one.. bes sgt!!truskn usha.. salam perkenaln dri ana..

    • hidayah

      assalamualaikum..ana sngt meminati kump all one.lgu2 smuanya best yang pling best lgu Bilal bin Rabah…so, ana doakan kjyaan kump all one.all da best..truskan usha untuk mnyampaikan dkwah yang brksn… insyaallah.wassalam

    • http://amira amira

      semoga berjaya

    • rufa hera

      saya angt suka dengan senandung nasyeed All One…
      kbnyakan slow n mnyentuh Qalbu



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK