Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Profile Kamal Hero Remaja 2008



Kamal, Hero Remaja 07/08
Hari ini, Sensasi Selebriti ingin mengajak korang semua berkenalan dengan pemenang Hero Remaja 2008. Ketika dijemput oleh Karangkraf untuk majlis suai kenal dan makan malam bersama Top 5 Hero Remaja pada 23 Februari yang lalu, Budiey sempat menemurah pemenang utama ini.

Jejaka kacak kelahiran Pekan, Pahang ini merupakan seorang penuntut jurusan penyiaran di Malaysia Institute Of Integrative Media (MIIM). Baru berusia 22 tahun, namun kemenangannya sebagai Hero Remaja menjadi satu platform yang kukuh bagi menceburkan diri dalam industri hiburan. Beliau amat berharap, dengan kemenangan di Hero Remaja 07/08 yang dikelolakan oleh majalah Remaja terbitan Karangkraf, impian yang telah lama disimpan untuk menjadi pengacara akan menjadi impian.

Kamal, atau nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli yang suka bermain futsal dan menonton wayang ini lebih mendambakan kerja-kerja di belakang tabir seperti menjadi pengarah, dari bergiat aktif di depan kamera. Namun, seperti kata pepatah, rezeki jangan di tolak, jika diberikan peluang untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan, dia berjanji akan memberikan hasil yang terbaik. Pemuda yang mempunyai renungan mata memukau ini pernah menceburkan diri dalam bidang peragaan sehingga pernah berjalan di pentas-pentas peragaan di seluruh negara.

Beliau yang rasa cukup bersyukur memenangi Hero Remaja tahun ini, sama sekali tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang. Ini kerana dia melihat ramai antara peserta-peserta yang bertanding pada peringkat akhir memang berbakat dan hebat, tetapi mungkin takdir telah menyebelahinya dan dia cukup bersyukur di atas kejayaan itu.

Bagi mereka yang belum mengenalinya, kamal merupakan seorang yang cukup sederhana dalam segala-gala, kadang kala agak pendiam dan ada ketikanya agak gila-gila dan aktif bercakap. Dia seorang yang mudah berkawan, dan jika bertemu teman yang memahami dan sesuai dengan jiwanya, maka tidak mustahil, suasana yang diam pasti menjadi cukup hangat dengan celotehnya.

Kamal yang dinobatkan sebagai Hero remaja membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000, tiket penerbangan pergi balik ke Gold Coast, Australia, tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokya, Jepun bernilai RM 8,000 tajaan Tokyo International Talent Agency & M.A best Event Entertainment, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapian diri bernilai RM 1, 000 tajaan L’Oreal Paris, busana tajaan Tropicana Life bernilai RM 1, 000, pakej spa bernilai RM 400 tajaan Essential Spa, wangian tajaan Egyptian Potion bernilai RM 800, trofi dan selempang.

Dengan kemenangannya sebagai Hero Remaja 07/08, dia akan sebaris dengan pemenang-pemenang yang terdahulu seperti Zawen, Azhar Sulaiman, Esma danial, Zed Zaidi, Rizal, Faizal Yusof, Shahrizan, Yusri Adam dan ramai lagi.

Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Kamal dan pemenang Hero Remaja yang lain. Tak lupa terima kasih kepada Karangkraf atas jemputan dan Linda Onn sebab sudi belanja kitorang makan nasi ayam dia yang best dan lazat tu…

Oh ya, di malam itu, Budiey juga sempat menemubual seorang pelakon drama Vice Versa @ TV3. Jangan lupa ikuti temubual bersama boyfriend Linda Onn, sape lagi kalau bukan Fahrin Ahmad di entri yang akan datang… banyak betul cerita Fahrin sebenarnya… hehhe nak tau, kena belek blog ni setiap hari ya…

[tags]profile kamal hero remaja 2008, futsal kl, place happening, Zawen, Azhar Sulaiman, Esma danial, Zed Zaidi, Rizal, Faizal Yusof, Shahrizan, Yusri Adam, modelling tips, result pilihanraya, intercview model, election malaysia result, video ceramah pas[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Lee, Idris, Kamal, Am, Fizow Top 5 Hero Remaja 2008
  • Biodata Kamal Adli Hos Model Pelakon
  • Hero Remaja 2008 Milik Kamal
  • Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari di Hero Remaja Finalis 2008
  • Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja
  • Gambar Kamal Adli Pelakon Drama Bio-Nik di TV3 2009
  • Gambar Terbaru Mustapha Kamal dan Anak-Anak
  • Gambar Intan Ladyana & Kamal Adli di ABPBH2010
  • Video Promosi Drama Impian Kamal Hero Remaja
  • Gambar Kamal Adli di Karpet Merah ABP 2009



  • 31 Komen untuk entri “Profile Kamal Hero Remaja 2008”

    1. munga kata:

      mata memukau??? nampak mcm biasa jer. posing ngan jantan siap peluk lg. Ermm. Lelaki sejati ke??

    2. eita kata:

      ermm mcm tak menarik tp tentu glamer nnt mcm zed zaidi ek
      heheeee..

    3. CT SITU SANA SINI kata:

      tahniah diucapkan…semoga x sombong bila dah popular esok

    4. papadom kata:

      org kalau dah cepat sgt berprasangka buruk mmg mcm tu..kena la bezakan mesra dgn ‘mesra’..apa la munga!!

    5. nieta kata:

      budiey…u baca metro hari ini pasal datuk ct…
      hari sabtu punya metro…
      u kata ct tak daftar…tapi die daftar…u penipu..lain kali sebelum nk keluarkan fakta…mesti siasat terlebih dahulu..ok

    6. oney kata:

      taklah hensem mana pun…
      biase je… tak de yg menarik..

    7. CT SITU SANA SINI kata:

      buat NIETA…bukan salah BUDIEY dan org lain, salah Tok Ti juga, sebab dia suruh linknya diblock sebab tak nak org tau butiran peribadi mcm tu. Bayangkanlah kalau semua org tau dimana Tok Ti mengundi…huru hara…org siap dok tunggu awal datang kat situ berpusu…bukan nak mengundi…tapi nak bergambar dan minta autograf. Bukan Tok Ti minta…org jadikan dia Idola ker…minat gila…ker…dia nak minta org minat lagu dia jer…tapi tau la org kita ni…

    8. niEzam kata:

      thniah arr pd yg mnang untuk hero rmaja.. huhu rasa nak torai arr thun dpn.. ahaxx =p

    9. amar182 kata:

      hensem ke? kalo dah make up, touch sini sana nampak la ok…
      cuba kalo muka tu palit lumpur…agak2 menang tak?

    10. faz kata:

      wahahaha…mmg sudah kujangkakn..
      kamal mmg besh..layak2…
      kamal sgt mnarik+cute+suke gle gk dier…

    11. zaizai kata:

      ermmm dh biasa tgk kat skool dlu….tp aku respect r kat ko sb ko dpt harumkan nama skola….hidup skola jln reko….

    12. roshy kata:

      eh x lah… saya buat persembahan sambil menyelam (ala2 suara di hidung gitu)

    13. klMetro kata:

      tahniah atas kejayaan kamal…wish u all the best…..bila dah terkenal jangan plak duk ikut salah laluan……jgn duk ikut perangai zed zaidi…semua tahu dia cam ne…..ni just nasihat je……hala tuju kamal masih lagi jauh….kalau kamal ikut jalan yang betul maka kehidupan mendatang akan sejahtera..kalau silap langkah gosip menanti…..apa pun maruah paling utama….tiada manusia bebas dari membuat kesalahan dalam hidup ni tapi jangan diteruskan bila dah bergelar artis nanti….silap sikit siap wartawan akan kerjakan kamal…itu sudah pasti berlaku…….so jaga peribadi dan kelakuan……jadilah artis yang baik..bukan artis yang penuh gosip..tak ada maknanya……

    14. cik kuni kata:

      wow.. u g0 kamal..
      all d besh
      peduli apa 0rg kata.. u g0t d talent s0 keep 0n babe!

    15. miss sya kata:

      kamal! h0t guy.. u pasti melet0p pasni..

    16. maya kata:

      emm wish g.luck for kamal n smoga murah rezeki k n jgn lupakan fmly bila dhterkenal t k…..

    17. ain kata:

      alah..bersyukurlah dengan aper yang kite ada sekarang.jadilah diri kita sendri dalam ape yang kite lakukan.so good luck.cepat-cepat kawin ekkk.hehehe..suker ar bila artis ni kawin.tapi bila artisni ramai yang bercearai jadi tak best plak,,

    18. xOxO kata:

      huHhh!memang hensem kamal nie…semalam aku mimpi dia..sumpah!hahaha!suke tGk die dlm sunsilk impian kt tv3 tue..minat gile kt die laa!!wEeee~

    19. herr ale kata:

      fizo sgt comel n idris macho…kamal kenapa mesti buat2 macho amek gambar?

    20. ira syafika kata:

      abg kamal mmg hensem gilerrrrr…….

    21. eiyra kata:

      huhu…he’s a very good looking guy….mmg ensem….sjuk mate mmndang…=)kamal blh pergi jauh dalam bidang industri….hopefully he will be successful in the future…caiyok2~

    22. awex cunz bangat kata:

      ensem mamat ni..mmg btl2 type yg aku dambakan..hihihi…anyway gud luck 4 ur future kamal…

    23. lizzzssss... kata:

      Tak ensem ponnnnn……….

    24. fara kata:

      mamt nih xde r ensem sgt bg aku..
      ensem n cute lg si fizow tu..
      kn2??
      huh..

    25. Anem kata:

      Mmg hensem.
      Kan best kalo dia jadi pakwe aku.he..he..
      Kamal… I lup u…

    26. intan ladyana kata:

      klu korang x ska kat dye…x pyh ar tgk cter bio-nok ngan zati & si mawas
      baba dye btul2 mnhayati watak dye…klu kamal jdi boy aku…aku x kan sia2 kan dye…i luv you

    27. iqah kata:

      memang patot abg kamal menang…!

    28. yakup atau yang kata:

      taniah atas kejayaan abg kamal…semoga abg kamal terus melangkah ke alam seni yang penuh dengan warna warni ini..your stail so cool….he2…..

    29. MS. NASHA'S kata:

      CONGRATS 2U!!!

      N hopefully jgn lpe dri N pndai2 la jg hati peminat…

      bla dh jd artis ni bnyk hati yg perlu d jga…

      nway bla nk kawen dgn ur gf??

    30. adam kata:

      bg sy kamal mmang lyak memegang watak hero…

    31. briarroses kata:

      huhu..zaizai…ko dak reko gak ke?
      haha…kamal ni dulu tak penah kot kite duk pandang2..
      skang mcm dah lain..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK