Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Prison Break Musim Ke-3 di 8TV

Siri Terhangat di Amerika Syarikat Kini Kembali di 8TV
Selepas menayangkan dua musim yang penuh dengan aksi dan misteri yang tidak berpenghujung dengan jayanya, siri televisyen yang terhangat, Prison Break kini kembali dengan musim ketiganya yang akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV pada setiap hari Isnin, jam 10.30 malam bermula pada 31 Mac 2008 ini.

Prison Break merupakan sebuah drama bersiri Amerika Syarikat yang menceritakan kisah seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman mati di atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Di sebalik kejadian itu, adik lelakinya telah merancang pelan untuk membebaskannya dari hukuman mati.

Michael Scofield kini kembali dengan lebih aksi suspen dan mendebarkan di dalam kawasan penjara. Siri TV ini tidak dapat disangkal lagi akan kehebatannya sehingga diterima baik oleh para penonton, apatah lagi selepas memenangi banyak anugerah-anugerah yang berprestij. Para peminat pasti akan berasa lebih teruja apabila mengetahui musim ketiga ini bakal menjanjikan plot yang lebih menarik serta agak berlainan jika dibandingkan dengan musim sebelumnya. Walau bagaimanapun, kehebatan drama TV ini tidak berubah dan pastinya membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk!
 
Drama siri ini dicipta oleh Paul Scheuring dan diterbitkan oleh Adelstein-Parouse Production dengan kerjasama Original Television bersama 20th Century Fox Television. Pada musim ketiga ini, para penonton akan disogokkan dengan aksi-aksi penuh suspen tanpa henti yang bertemakan ‘penebusan’. Sangkaan para penonton yang menyangkakan drama siri ini diteruskan dengan agenda pembebasan meleset apabila anda semua akan dibawa ke dalam kancah yang lebih merbahaya.

Pada musim ketiga ini, Prison Break memaparkan Michael Scofield ditahan di Sona, sebuah penjara Panamia yang dahsyat tanpa sebarang peraturan, pengawal dan tiada jalan keluar.  Sementara itu di pihak yang lain, Lincoln didapati tidak bersalah daripada jenayah yang dilakukannya. 

Michael mendapati bahawa dia sengaja ditempatkan di Sona untuk merancang satu lagi pelan untuk melepaskan diri dari penjara - kali ini untuk membebaskan Whistler seorang lelaki misteri yang bersembunyi di dalam saluran paip penjara. 

Kali ini, Lincoln perlu ‘bekerja’ dari luar dinding penjara dan juga menyelamatkan LJ, anak lelakinya yang diculik bersama kekasihnya Michael (Sara Tancredi).

Adakah Lincoln berjaya membantu abangnya mencari jalan keluar? Atau berjayakah Michael untuk berhadapan dengan halangan di Sona?  Untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dalam musim yang penuh suspen ini, saksikan Prison Break pada setiap hari Isnin, jam 10.30 malam, bermula pada 31 Mac 2008 eksklusif di 8TV atau secara alternatif di Astro melalui saluran 708.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • AMAURY NOLASCO
  • Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV
  • Artis Bollywood Sanjay Dutt Dibebaskan Dari Penjara
  • Alam Juara So You Think You Can Dance
  • Fann Wong Bra Scenes Drama
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Buffet Ramadan Di Planet Hollywood Hanya Rm 33++
  • KUNGFU PANDA THE BIGGEST LIFETIME ANIMATION IN MALAYSIA
  • Drama Manjalara Musim Kedua Lakonan Emelda Rosmila Kembali
  • Paris Hilton is finally a free woman



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET